| sebab kesalahan seiras-iras | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan seiras-iras bermaksud hampir serupa atau sama dengan seseorang atau sesuatu, seiras. Contoh ayat, Dia seiras-iras wajah Allahyarhamah Saloma. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung pada bentuk dan konteks ayat yang sesuai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana. | Makna | 16.05.2023 |
| Assalamualaikum Tuan, Saya sedang menyiapkan rekabentuk (layout) untuk sebuah buku coffeetable. Saya keliru dalam menyusun sumber 'petikan' mengikut turutan. Sebagai 'petikan perhiasan' saya menggunakan pantun dan juga sajak didalam buku tersebut. Sumber petikan pantun dari buku. Adakah turutannya seperti berikut: (Nama buku, Terbitan. Tahun terbitan, halaman 13). Semua teks menggunakan italik dan dalam kurungan (). Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Kurik Kundi Merah Saga, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005, hlm. 13) 2. Pantun atau sajak gubahan sendiri. Adakah turutannya seperti berikut: (Nama, Tempat. Tarikh dan Tahun). Semua teks menggunakan italik dan dalam kurungan (). Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Abdullah bin Jusuh, Shah Alam. 12 Januari, 2005) 3. Petikan dari lagu. Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Mengapa di rindu, Saloma…..) Sekian Terima Kasih. Harap mendapat pencerahan dari Tuan. Semuga amal jasa baik Tuan/Puan di beri balasan baik Allah Subhanawataala. Insya Allah. Suhaimi Abdul Minal | Dalam menulis petikan, turutannya dalah seperti yang berikut: Nama Buku, tahun Terbitan, Terbitan, Halaman. Petikan boleh dieja dalam bentuk italik atau seperti biasa dan diletak dalam tanda kurung. Walau bagaimanapun tarikh lazimnya tarikh tidak ditulis, kecuali petikan diambil daripada kertas kerja yang dibentangkan dalam sesuatu seminar. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berbincang dengan kami di talian 03-21479109/9112/9400. | Ejaan | 15.05.2015 |