Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lon] | سالون

Definisi : IB bilik yg indah (utk menerima tetamu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh tahu perbezaan dengan tepat penggunaan salon dan saloon ????Mengikut Kamus Oxford Kata salon bermaksud 'room or establishment of hairdresser, fashion designer. Saloon bermaksud ' large room or hall on ship, saloon car, US drinking bar.  Lain-lain07.04.2008
Ini mengenai istilah BM, SALUN. Dalam BI ialah SALOON. SALOON maknanya ialah tempat orang minum arak. Kalau kita tengok cerita koboi, SALOON ialah tempat koboi minum arak dan berseronok. Di Malaysia apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai ejaan kedai kecantikan iaitu SALUN Kecantikan yang diterjemahkan dari BI, Beauty SALON. Cadangan saya iaalh pihak DBP membetulkan tentang ejaan SALUN Kecantikan kepada SALON Kecantikan. Saya menulis kepada pihak DBP kerana saya pernah ditanya oleh beberapa orang profesor luar negara tentang makna Salun Kecantikan. Saya adalah seorang pensyarah di UPM. Tolong pertimbangkannya.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, salun bermaksud 1. ruang (bilik besar dan sebagainya) untuk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sebagai tempat perniagaan), sejenis kedai atau tempat perniagaan. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, penyesuaian ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain dibuat menurut peraturan penyesuaian huruf. Dalam konteks ini huruf "oo" dalam bahasa Inggeris ditukar menjadi "u" dalam bahasa Melayu.  Oleh itu, saloon menjadi salun, cartoon menjadi kartun, tattoo menjadi tatu dan sebagainya.Istilah01.10.2012

Kembali ke atas