Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lun] | سالون

Definisi : ruang (bilik besar dsb) utk sesuatu ke-gunaan tertentu (biasanya sbg tempat berniaga), sj kedai atau tempat perniagaan: di Singa-pura, dia mengusahakan ~ kecantikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lun] | سالون

Definisi : ; kereta ~ kereta sedan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lun] | سالون

Definisi : 1 ruang, bilik besar dsb utk sesuatu kegunaan tertentu, biasanya sbg tempat berniaga. 2 sj kedai atau tempat perniagaan: Dia mengusahakan ~ kecantikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.lun] | سالون

Definisi : , = kereta ~ kereta bertutup yg mempunyai dua atau empat pin­tu, tempat duduk utk empat atau enam orang, termasuk pemandu, dan bahagian but terpisah dr tempat duduk belakang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat penggunaan bahasa bagi "salun(di ikuti nama syarikat)" adalah betul...atau "salun rambut (nama syarikat)"... cth : "Salun Aida" atau "Salun Rambut Aida" mohon pandangan tuan..TKFrasa yang betul untuk keterangan aktiviti syarikat tersebut ialah "Salun Dandanan Rambut Aida" atau "Salun Dandanan Rambut".Tatabahasa25.08.2011
SAYA ADALAH SEORANG PENGUSAHA SALUN KECANTIKAN WANITA.. DBKL INGIN PASTIKAN PENGUNAAN PERKATAAN " SALUN KECANTIKAN WANITA " DI ATAS RUANGAN PAPAN IKLAN DI HADAPAN SALUN ADA LAH BETUL. DENGN INI , SAYA INGIN MENDAPAT SIJIL KEBENARAN DARI DBP UNTUK PENGUNAAN PERKATAAN TERSEBUT DI ATAS PAPAN IKLAN.Frasa "Salun Kecantikan Wanita" adalah betul. Untuk tujuan pengesahan iklan sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) dan ikuti prosedur seterusnya.Lain-lain14.11.2011
Ini mengenai istilah BM, SALUN. Dalam BI ialah SALOON. SALOON maknanya ialah tempat orang minum arak. Kalau kita tengok cerita koboi, SALOON ialah tempat koboi minum arak dan berseronok. Di Malaysia apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai ejaan kedai kecantikan iaitu SALUN Kecantikan yang diterjemahkan dari BI, Beauty SALON. Cadangan saya iaalh pihak DBP membetulkan tentang ejaan SALUN Kecantikan kepada SALON Kecantikan. Saya menulis kepada pihak DBP kerana saya pernah ditanya oleh beberapa orang profesor luar negara tentang makna Salun Kecantikan. Saya adalah seorang pensyarah di UPM. Tolong pertimbangkannya.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, salun bermaksud 1. ruang (bilik besar dan sebagainya) untuk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sebagai tempat perniagaan), sejenis kedai atau tempat perniagaan. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, penyesuaian ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain dibuat menurut peraturan penyesuaian huruf. Dalam konteks ini huruf "oo" dalam bahasa Inggeris ditukar menjadi "u" dalam bahasa Melayu.  Oleh itu, saloon menjadi salun, cartoon menjadi kartun, tattoo menjadi tatu dan sebagainya.Istilah01.10.2012
Selamat Pagi admin... No. Pendaftaran : 4927/2011 Pemohon : norhasimah Syarikat : Kool Kutz Inc Sdn Bhd Tajuk : salun kool kutz inc Tarikh Selesai : 05/09/2011 Status : TIDAK LULUS saya ingin mendapat penjelasan tentang permohonan saya di atas...sebab-sebab mengapa tidak mendapat kelulusan daripada pihak dbp, dan apa yang harus saya buat untuk mendapat kelulusan daripada dbp untuk iklan ini. Sila beri penjelasan.... terima kasih..

Permohonan tersebut tidak diluluskan kerana keterangan aktiviti yang dikemukakan tidak jelas. Penggunaan perkataan "SALUN" sahaja tidak menggambarkan aktiviti/jenis perniagaan yang diusahakan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "Salun" bermaksud ruang (bilik besar dsb) utk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sbg tempat berniaga), sj kedai atau tempat perniagaan.

Oleh yang demikian, cadangan keterangan aktiviti yang baharu ialah Salun Dandanan Rambut atau Salun Kecantikan atau Salun Persolekan.

Lain-lain07.09.2011
Salun kecantikan Dan Dandanan RambutMenurut data kami, ejaan yang betul ialah Salun Kecantikan dan Dandanan Rambut.   (perhatikan pengunaan huruf kecil dan besar)Lain-lain29.04.2019
adakah perkataan salun unisex adalah betul dan sesuai digunakanEjaan yang betul ialah uniseks dan boleh digunakan seperti "Salun Uniseks".Istilah26.08.2011
Minta Bantuan Ejaan JAWI untuk : 1) SALUN 2) PUSAT KECANTIKANEjaan JAWI untuk :

1) SALUN

سالون


2) PUSAT KECANTIKAN


ڤوست  کچنتيقن
Lain-lain27.12.2019
Salam, Apakah padanan bahasa Melayu yang paling sesuai bagi perkataan Inggeris berikut: - Sports Saloon Untuk pengetahuan tuan, perkataan tersebut merujuk kepada kereta salun jenis sport. Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Sports Saloon". Walau bagaimanapun, dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terdapat perkataan "saloon car" yang padanan bahasa Melayunya ialah kereta salun. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk "Sports Saloon" ialah Kereta Salun Sport.Istilah05.04.2013
Car Beauty SaloonSalun Kecantikan KeretaIstilah19.10.2011
untuk iklan papan tandaPinda kepada: SALUN DANDANAN RAMBUT. setelah dibetulkan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain27.05.2015
12

Kembali ke atas