Assalamualaikum, Saya atas kapasiti individu awam ada menulis sajak/puisi. Jadi adakah DBP ada menerbitkan karya orang seprti saya? atau ada saluran-saluran yang boleh membantu saya menerbitkan karya saya? Terima kasih. | Puisi-puisi yang saudara hasilkan itu saudara boleh hantar kepada mana-mana penerbitan akhbar atau majalah sama ada penerbit kerajaan atau swasta, kerana mereka ada menyediakan ruangan sastera seperti puisi dalam setiap keluarannya. Saudara juga boleh menghantar kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Ketua Editor Bahagian Majalah untuk disiarkan dalam majalah-majalah terbitan DBP sekirannya sesuai dan mencapai mutu yang ditetapkan. | Lain-lain | 24.11.2010 |
MAKNA SALURAN | Saluran bermaksud salur, iaitu sesuatu yang menjadi jalan atau laluan untuk mengalirkan air dsb.. jalan (perantaraan, cara) untuk melalkukan sesuatu. Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1375. | Makna | 13.03.2008 |
ternestnal (saluran percuma) | saluran/stesen tak berbayar | Istilah | 06.03.2012 |
participate outlet | saluran penyertaan / menyertai saluran keluar | Lain-lain | 28.07.2008 |
apakah maksud puisi sebagai saluran komunikasi | Maksud kenyataan puisi menjadi saluran komunikasi ialah puisi menjadi wahana atau saluran komunikasi kepada penyair untuk menyampaikan perasaan dan fikirannya tentang sesuatu perkara kepada khalayak pembaca. | Lain-lain | 27.12.2007 |
1. Ahli bomba memadamkan api dengan air. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan hos. 3. Ahli bomba memadamkan api dengan saluran paip air. Adakah penggunaan "hos" dan "saluran paip air" boleh digunakan untuk ayat di atas. Mengikut kamus, hos bererti tiub untuk mengalirkan air dari paipnya. Adakah saluran yang digunakan oleh ahli bomba untuk memadamkan api ialah hos? | Tiub merujuk tiub yang dibuat daripada getah dan sebagainya untuk menyalurkan cecair atau gas; manakala saluran ialah sesuatu (seperti paip) yang digunakan untuk mengalirkan benda-benda cair. Merujuk maksud perkataan hos dan saluran tersebut ketiga-tiga contoh ayat tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 14.04.2010 |
Salam sejahtera, Apakah singkatan (abbreviation) yang boleh digunakan bagi perkataan "Saluran"? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat singkatan yang khusus untuk perkataan "saluran". Oleh itu, kami mencadangkan perkataan tersebut dieja sepenuhnya. | Ejaan | 20.03.2015 |
Selamat Petang. Saya ingin bertanyakan, sama ada penggunaan berikut adalah betul atau tidak, jika dipaparkan sebagai suatu info melalui saluran media massa, terutamanya, jika ianya adalah untuk saluran pendidikan. 6.00pg - 12 t/mlm Persoalannya; adakah 12 t/mlm betul dari segi penggunaan secara bertulis, iaitu "tengah malam" boleh diringkaskan sebagai t/mlm? Sekian, terima kasih di atas khidmat nasihat. | Ejaan ringkasan tengah malam ialah tgh. mlm. | Lain-lain | 19.07.2012 |
Salam sejahtera, izinkan saya untuk luahkan lagi pandangan dan cadangan saya tentang bahasa Melayu. Saya pernah menonton saluran televisyen Thailand dan pernah menonton siaran beritanya. Saya sangat terkejut kerana siaran beritanya masih lagi menggunakan tulisan Jawi disamping tulisan Thai. Kita sudah tahu dan kenal dengan masyarakat Thai yang sangat mencintai bahasa mereka dan dasar kerajaan mereka yang mengamalkan satu bahasa yakni bahasa Thai sebagai bahasa kebangsaan mereka tetapi mereka masih juga menyiarkan tulisan Jawi di saluran televisyen mereka kerana mereka juga cinta kepada bahasa serumpun iaitu bahasa Melayu dan mahu bersatu padu dengan bangsa Melayu kerana mereka pernah menjajah Tanah Melayu di Selatan Thai yang dulunya dikenali sebagai Patani. Saya sebenarnya rasa sangat kagum dengan kerajaannya yang berpandangan jauh dalam mencapai semangat perpaduan di kalangan warganegaranya. Selain memberikan kemudahan prasarana kepada penduduk Melayu, kerajaan Thai juga menyiarkan saluran berita berbahasa Melayu loghat Patani atau Kelantan setiap Jumaat biasanya serta menyiarkan tulisan Jawi dalam saluran beritanya tapi soalnya, kenapa tulisan Jawi tidak disiarkan di saluran televisyen Malaysia? kenapa surat khabar juga sudah tidak menggunakan tulisan Jawi? Sekarang saya rasa tersangat sedih dengan bahasa dan tulisan kita. Bagi saya tulisan adalah budaya bangsa. Kalau tulisan kita boleh lenyap. Jadi, tak mustahil bahasa dan budaya kita juga pun boleh lenyap. | Terima kasih atas makluman yang disampaikan. Agak sedih kerana akhbar tulisan Jawi di negara kita juga tidak lagi diterbitkan. Walau bagaimanapun, berita yang menggembirakan kita ialah pelaksanaan tulisan Jawi dalam paparan awam di beberapa wilayah pihak berkuasa tempatan, seperti yang telah diketahui umum iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu, juga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran kemaman. | Lain-lain | 17.11.2015 |
apakah maksud wadah paling berkesan? | wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi , mungkin makna yang saudara maksudkan maksud yang kedua, iaitu sebagai asas/alat/medan yang paling berkesan. | Makna | 16.10.2007 |