Ayat yang manakah betul? 1. Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima kepada mangsa kebakaran secara sama rata. 2. Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima secara sama rata kepada mangsa kebakaran. | Kedua-dua ayat yang diberikan betul namun ayat kedua iaitu Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima secara sama rata kepada mangsa kebakaran, lebih sesuai. | Tatabahasa | 30.08.2015 |
Salam sejahtera. Mohon ulasan, adakah tiga ayat di bawah membawa maksud yang sama? Bolehkah ayat ke-3 diguna pakai? 1. Kami adalah majikan yang menyediakan peluang sama rata. 2. Kami adalah majikan dengan peluang sama rata. 3. Kami adalah majikan peluang sama rata. Terima Kasih. | Cadangan ayat yang betul dan gramatis ialah: Kami ialah majikan yang menyediakan peluang sama rata. | Tatabahasa | 17.07.2019 |
sila semak: 1.sel yang dibelah itu mendua 2. Emak menduai pisang itu agar boleh dibahagikan sama rata 3. Zali menduakan isterinya 4. Wang yang dicuri itu diperdua untuk diberi kepada orang bawahannya | Ayat yang betul ialah "emak membahagikan pisang itu kepada dua agar boleh dibahagikan sama rat". Ayat yang lainnya adalah betul. Harap maklum. | Tatabahasa | 24.09.2007 |
Di bawah kata terbitan awalan kata adjektif ade imbuhan se yang bermaksud sama rata Adakah selepas,setiap,sehingga,setelah adalah golongan tersebut | Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda atau yang menerangkan kata nama seperti besar, tinggi dan sebagainya. Se- pula merupakan awal yang bermaksud sama, seluruh, sedari, lepas, hingga dan banyak lagi. Untuk makluman, awalan se- yang bermaksud sama/serupa boleh digunakan sekiranya se- diikuti dengan kata adjektif. Contoh: Sekecil hama, sebesar rumah, secantik bidadari dan sebagainya. Perkataan selepas, setiap, sehingga dan setelah bukanlah kata adjektif walaupun mempunyai awalan se-. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 07.08.2018 |
Saya memohon jasa baik pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengemukakan definisi, perbezaan beserta contoh penggunaan ayat bagi perkataan di bawah: 1) Kesamarataan; dan 2) Kesaksamaan | Dalam Kamus Dewan, kesamarataan bermaksud sifat atau keadaan yang sama rata atau sama sahaja (antara satu sama lain), contoh ayat anda mempersoalkan hak dan tanggungjawab, keadilan dan kesamarataan antara lelaki dengan perempuan; dan kesaksamaan bermaksud perihal saksama (teliti, adil, dll), contoh ayat kesaksamaan, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim amat dititikberatkan. | Makna | 04.08.2017 |
Dalam Bahasa Malaysia ada tidak perkataan menyamaratakan. contoh: menyamaratakan taraf. Apakah perkataan yang boleh saya guna selain perkataan ini | Terdapat perkataan menyamaratakan dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut membawa maksud menjadikan atau menganggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain): Contoh ayat, Kamu menyamaratakan sahaja manusia lain dengan Wim. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, pada ruangan "Cari" tulis perkataan yang hendak dicari, seperti "padat", dan tuan akan memperoleh maksud daripada kamus dan istilah juga data daripada sumber yang lain. | Tatabahasa | 01.06.2017 |
Dalam ayat, penggunaan nombor satu (1) hingga sembilan (9) dieja penuh,iaitu satu, dua hingga sembilan. bagaiman pula dalam ayat matematik? contoh: Situasi berikut menunjukkan satu contoh kegunaan pecahan dalam kehidupan seharian. 3 orang sahabat berkongsi secara adil 1 biji kek. ‘Satu pertiga’ ditulis sebagai, 1 mewakili bahagian yang diberi kepada setiap orang. 3 mewakili bahagian yang sama rata daripada keseluruhan kek. tq | Dalam ayat nombor satu hingga sembilan dieja sepenuhnya. Walau bagaimanapun peraturan ini ditekankan dalam ayat matematik. Ayat matematik ditulis unitnya (1, 2 dan seterusnya) agar tidak mengelirukan pembaca/pelajar. | Tatabahasa | 26.01.2011 |
menghamburkan dan menyemburkan,apa bezanya? | Menghamburkan bermaksud membuang sesuatu (bunga dan lain-lain) merata-rata; sama makna dengan menyebarkan dan menaburkan. Menyemburkan bermaksud memancarkan sesuatu dari mulut. Sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my , taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan peroleh data daripada kamus, istilah dan sebagainya. | Makna | 31.01.2011 |
Mengapa di laman PRPM (kategori Ensiklopedia) di bawah tajuk 'Isocrates', perkataan 'walau bagaimanapun' dieja sebagai 'WALAUBAGAIMANAPUN'? Begitu juga perkataan 'pro rata'. Ejaan yang manakah betul sama ada 'prorata' atau 'pro rata'? Di ruangan 'Kamus Bahasa Melayu' dieja 'pro rata' sedangkan di ruangan 'Istilah Malaysia' dieja 'prorata'. Ejaan 'sama ada' atau 'samada' yang betul? Di ruangan 'Istilah Malaysia' dieja 'samada' manakala di ruangan 'Kamus Bahasa Melayu' dieja 'sama ada'. | Ejaan yang betul ialah 'walau bagaimanapun', 'sama ada', 'prorata' dan 'pro rata'. Sebagai kata umum dan istilah pentadbiran perniagaan 'prorata' dieja dalam satu perkataan, manakala dalam bidang undang-undang 'pro rata' dikekalkan ejaan seperti dalam bahasa sumber (Latin) - dieja dua perkataan dan ditulis condong. | Ejaan | 12.04.2011 |
Apakah definisi Diaspora? | Diaspora bermaksud 1. penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama; 2. kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dlm budaya yang sama yang telah tersebar di merata-rata tempat lain. | Makna | 05.11.2009 |