Yang mana satu betul - "adalah sama sekali" atau "sama sekali adalah"? Mengapa? | Untuk makluman saudara, selepas penggunaan kata "adalah" perlu diikuti dengan kata sendi atau kata adjektif. Selain itu, jawapan yang sesuai ialah "sama sekali". | Lain-lain | 01.08.2007 |
perkataan sama sekali atau samasekali. yang mana betul. TK | Yang betul ialah sama sekali. | Tatabahasa | 19.06.2007 |
saya ada lihat satu soalan bekenaan dengan perkataan yg mana betul sama sekali atau pun samasekali.kesalahan adalah dari segi tatabahasa.boleh tak huraikan kenapa sama sekali.tatabahasa dari segi kata nama ke,adverba ke?mohon penjelasan | Untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan ini, saudara dimohon agar dapat memberikan contoh ayat yang lengkap bagi membolehkan pihak kami mengenal pasti penggolongan jenis kata ini. | Istilah | 24.04.2009 |
1) pada zaman penjajahan jepun di negara kita dahulu, pengunaan bahasa jepun sahaja di benarkan pada zaman itu dan di larang sama sekali mengunakan bahasa lain. Kenapakah negara kita tidak mewajibkan mengunakan bahasa kebangsaan kita sahaja dan dilarang sama sekali mengunakan bahasa lain seperti yang digunakan pada zaman penjajah jepun terdahulu. Sedangkan dengan cara itu juga mungkin kita dapat membangunkan semula bahasa kebangsaan kita? 2) Apakah punca-punca rakyat negara kita tidak dapat membangunkan semula bahasa kebangsaan kita, sedangkan negara kita sudah maju ke hadapan. | Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan ini hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perpaduan, bahasa pengantar dan bahasa komunikasi negara ini. Walau bagaimanapun pembelajaran bahasa lain selain bahasa Melayu tidak dilarang. Sehingga kini bahasa kebangsaan kita sudah pun berkembang hingga peringkat antarabangsa dengan wujudnya beberapa pusat pengajian bahasa Melayu antaranya di Korea, Jepun, China dan United Kingdom. Oleh yang demikian berdasarkan fakta ini tidak timbul isu bahawa bahasa kita tidak dapat dibangunkan. | Lain-lain | 13.05.2008 |
KENAPA "JEJAK LANGKAH" TIDAK BOLEH DIGUNAKAN? CONTOH AYAT: Mak Enon sama sekali tidak menyangka bahawa anaknya mengikut "jejak langkah" suaminya yang memang perokok tegar? | Perkataan "jejak langkah" boleh digunakan kerana ia merupakan simpulan bahasa yang bermaksud mengikut jejak. Oleh itu, penggunaannya dalam ayat yang diberi adalah betul. | Lain-lain | 23.07.2007 |
Apakah nama awak? / Siapakah nama awak? - Penggunaan 'siapa' lebih tepat, tetapi adakah penggunaan 'apa' tidak boleh diterima sama sekali untuk menanyakan nama? Terima kasih... | Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Sumber Kurik Kundi Merah Saga Sayang lalang berputih mata, Tujuh DIAN bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali <<<< apakah dengan DIAN di dalam ayat ini.. adakah bermaksud kuasa? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dian mempunyai dua makna, iaitu 1. pelita yg dibuat drpd lilin, 2. burung kaki ~ sejenis burung. | Istilah | 15.01.2010 |
Dok Rok Chetong. Apa definasinya? | Berdasarkan sumber yang tidak rasmi juga, ungkapan dok rok chetong bermaksud tidak berupaya sama sekali. | Makna | 27.12.2012 |
saya sedang mencari biografi penulis yang dikeluarkan oleh dbp dan di dalamnya terdapat biografi tentang abd talib hassan yang pernah memenangi tempat pertama sayembara GAPENA pada tahun 1976. judulnya saya sama sekali tidak tahu.boleh saya dapatkan judul biografi tersebut. | Judul biografi tersebut ialah Biografi Penulis Wajah. | Lain-lain | 22.05.2013 |
Mohon pihak DBP membuat semakan tatabahasa terhadap ayat berikut: Penafian: Semua bahan yang diterbitkan dalam Buletin JKT merupakan hak cipta terpelihara. Sebarang bentuk pernerbitan semula sama ada secara keseluruhan atau sebahagian adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak JKT. Walaupun ketepatan fakta dipatuhi semasa pengumpulan maklumat pihak JKT tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku akibat kesilapan yang tidak dimaksudkan. | Ayat yang berikan adalah betul kecuali penggunaan tanda baca yang perlu dibaiki seperti yang berikut: | | Semua bahan yang diterbitkan dalam Buletin JKT merupakan hak cipta terpeklihara. Sebarang bentuk penerbitan semula sama ada secara keseluruhan atau sebahagian adalah dilarang sama sekali, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak JKT. Walaupun ketepatan fakta dipatuhi semasa pengumpulan maklumat,pihak JKT tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku akibat kesilapan yang tidak dimaksudkan. | |
| Tatabahasa | 19.12.2012 |