Manakah istilah yang sesuai untuk nama bagi objek Jam Besar yang terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad? 1. Jam Besar Menara Bangunan Sultan Abdul Samad 2. Menara Jam Besar Bangunan Sultan Abdul Samad 3. Loceng Jam Menara Bangunan Sultan Abdul Samad 4. Jam Besar Bangunan Sultan Abdul Samad | Cadangan penamaan yang sesuai ialah Jam Besar Bangunan Sultan Abdul Samad. | Lain-lain | 22.02.2024 |
1. Senarai anugerah dan pencapaian Datuk A.Samad Said dalam bidang kewartawanan. 2. Biodata penuh Datuk A. Samad Said. 3. Sejarah permulaan Datuk A.Samad Said dalam bidang kewartawanan. | Senarai anugerah, biodata, pencapaian dan sejarah permulaan Datuk A. Samad Said dalam bidang kewartawanan/penulisan boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 05.03.2008 |
"bangunan Sultan Abdul Samad" atau "Bangunan Sultan Abdul Samad" perkataan yang manakah betul? | Ejaan yang betul ialah "bangunan Sultan Abdul Samad". | Ejaan | 08.08.2011 |
Adakah sajak Tetamu Senja karya A. Samad Said, merupakan salah satu sajak terbitan DBP? | Sajak "Tetamu Senja" karya Sasterawan Negara A. Samad Said pertama kali telah tersiar dalam Utusan Zaman , 3 November 1955. Sajak ini kemudian telah dimasukkan dalam Kumpulan Puisi A. Samad Said yang dikumpulkan dan diberi Kata Pengantar oleh Dharmawijaya terbitan Utusan Publications & Distributors tahun 2005.Terima kasih. | Lain-lain | 18.02.2010 |
Pak Samad sedang ........ lebihan dawai kawat yang telah digunakan untuk memagar kebunnya. Gelung atau gulung.... | Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul, namun pada kebiasaannya gelung lebih sedikit ukurannya berbanding dengan gulung. Oleh itu, soalan tersebut menunjukkan lebihan lingkaran dawai yang ukurannya tidaklah sepanjang mana, jawapan yang paling tepat ialah gelung. | Lain-lain | 26.08.2015 |
Salam sejahtera; Tuan, Ayat-ayat yang berikut yang mana satu lebih tepat? 1. Pak Samad mengait buah manggis dan buah mangga. 2. Pak Samad mengait buah manngis dan mangga. Minta pihak Tuan berikan penjelasan tentang jawaban tersebut. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah Pak Samad mengait buah manggis dan buah mangga. Dalam ayat tersebut, berlaku pengguguran kata kerja yang sama, iaitu mengait. | Tatabahasa | 02.09.2013 |
Adakah pihak tuan mempunya sajak yg diperlukan, butiran seperti berikut. tajuk sajak : mahasiswa. nukilan : A.Samad Said. Saya sudah mencari,tetapi tidak jumpa. munkin tajuk tidak tepat, tetapi tentang mahasiswa. ataupun pihak tuan mempunyai laman untuk saya mencari koleksi nukilan A.Samad Said.t.kasih | Sila rujuk bahan ini : 1. A.Samad said : sebuah antologi puisi yang menghimpunkan karya-karya selama lebih setengah abad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2005 . 2.Koleksi terpilih Sasterawan Negara A.Samad Said Dewan Bahasa dan Pustaka 2005 . Sekian, terima kasih | Lain-lain | 05.09.2007 |
Pak Samad yang tua itu terpaksa menjaga isterinya yang uzurr. Masalah yang dihadapi oleh Pak Samad turut dirasai oleh jiran2nya. situasi ini diibaratkan ........ ? apakah peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas? | Sdr. yuyew, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. peribahasa yang sesuai ialah berat sama dipikul ringan sama dijinjing | Makna | 29.04.2009 |
pak samad seorang yang rajin. dia mendpat keuntugan berlipat kali ganda hasil usaha kerasnya. sifat pak samad ibarat peribahasa apa? | Data peribahasa disusun mengikut perbilangan itu sendiri bukan mengikut makna. Oleh itu, suadara perlu menyemak setiap entri peribahasa untuk mendapatkan maklumat tersebut. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan semak satu per satu perbilangan tersebut. | Lain-lain | 23.03.2013 |
saya ingin mendapatkan sedikit biodata A. Samad Ahmad, penyelenggara "Hikayat Amir Hamzah" yang telah diterbitkan oleh DBP. | Biodata lengkap A. Samad Ahmad boleh dirujuk pada buku BIOGRAFI PENULIS WAJAH (EDISI KETIGA) - (m/surat 28 - 34), terbitan DBP, 2005 di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di mana-mana perpustakaan negeri di Malaysia. | Lain-lain | 02.08.2007 |