Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.but] | سمبوت

Definisi : ; bersambut 1. ada balasan (jawaban dll): pertanyaan tadi tidak ~; 2. disertai (oleh): bunyi tapak sepatu berdentum-dentum dihentakkan kuat-kuat pd anak tangga ~ dgn cakap-cakap kasar dan bangga; 3. membeli sesuatu dgn membayar kemudian; dagangan ~ yg dijualnya ki mengatakan sesuatu dgn hanya menurut kata orang lain; bersambutan 1. berpadanan, sesuai (dgn): rambutnya ikal terlalu panjang ~ dgn leher-nya jinjang; 2. = bersambut-sambutan, sambut-menyambut berbalas-balasan, ber-sahut-sahutan: maka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dgn bunyi-bunyian sekalian; bunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya; menyambut 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; sambut-menyambut 1. berbalas-balasan (perbualan, nyanyian, dll): mereka berpantun ~; 2. berturut-turut, berganti-ganti, sambung-menyambung; sambutan 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; penyambutan perihal menyambut: sebuah senyum telah diberikannya sbg salam ~; penyambut 1. orang yg menyambut (tetamu dll), penerima: ~ tetamu; 2. kayu yg dipasang utk menyangga gelegar (pd rumah); 3. angka pembahagi yg besar (dlm kira-kira pecahan); 4. pelengkap (dlm sesuatu ayat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.but] | سمبوت

Definisi : ; bersambut mendapat ba­lasan; ada yg menerima (menjawab dsb); berjawab; berbalas: Segala soalan kita telah ~. menyambut 1 menerima apa-apa yg diberikan dgn tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yg jatuh atau yg dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kpd sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. sambutan 1 cara-cara meraikan ketibaan tetamu dll: Setibanya di bandar itu, beliau telah menerima ~ yg sangat meriah. 2 perhatian dll yg diberikan terhadap sesuatu hal: Buku karangannya tidak mendapat ~ yg memuaskan drpd masyarakat. penyambut 1 orang yg menyambut kedatangan orang: ~ tetamu. 2 nombor pembahagi dlm sesuatu angka pecahan. 3 ist frasa nama yg letaknya sesudah kata kerja transitif dlm susunan sesuatu ayat; objek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Naik bukit terkedok-kedok,
     Hendak cari damar batu;
Habis kering bergadai golok,
     Hendak sambut anak menantu.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata akar ' sambut' kita masukkan imbuhan pe dan kan spt penyambutan - adakah boleh? ataupun hanya menjadi sambutan ?

Penyambutan dan sambutan boleh digunakan mengikut konteks. Penyambutan ialah perihal menyambut, manakala sambutan ialah penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu dan sebagainya.

Tatabahasa23.04.2009
1. Para tetamu disambut oleh kami sekeluarga atau para tetamu kami sekeluarga sambut? 2. Kuda tidak pernah ditunggang oleh saya dan adik atau kuda tidak pernah saya dan adik tunggang? 3. perkara-perkara lain atau perkara lain atau kedua-duanya boleh diterima? 4. sedikit banyak atau sedikit sebanyak atau kedua-duanya boleh diterima?1. Ayat yang betul ialah para tetamu kami sekeluarga sambut
2. Ayat yang betul ialah kuda tidak pernah saya dan adik tunggang.
3. Perkara-perkara lain dan perkara lain, kedua-duanya betul.
4. Sedikit banyak dan sedikit sebanyak, kedua-duanya betul.
Tatabahasa17.08.2020
1.perkataan luar biasa harus dieja rapat atau jauh? 2.adakah ayat- ayat di bawah betiul dari segi ejaan, imbuhan? -sambut baik nyanyi Negaraku di pawagam - Karim dinasihat berdialog dengan bekas pemimpin dahulu. - PM seru pegang 4 asas utama perpaduan1. Ejaan yang betul ialah luar biasa. 
2. Frasa yang betul ialah "...menyambut baik nyanyian Negaraku di pawagam" dan "Karim dinasihatkan oleh ... berdialog dengan bekas pemimpin dahulu" dan "PM menyeru rakyat memegang 4 asas utama perpaduan".
Tatabahasa24.04.2014
Mohon carikan padanan kata Bahasa Melayu/ istilah sukan bagi perkataan trapping (salah satu teknik mengawal bola dalam bola sepak). Terima kasih.Merujuk istilah pendidikan jasmani, trapping bermaksud sambut, iaitu salah satu teknik menyambut/mengawal bola.Istilah27.10.2010
"Kami sekeluarga" ialah kata ganti nama diri pertama atau ketiga? Sila berikan tunjuk ajar. Bagaimanakah pasifkan ayat berikut: Kami sekeluarga menyambut tetamu dengan tangan terbuka. A. Tetamu disambut oleh kami sekeluarga dengan tangan terbuka. atau B. Tetamu kami sekeluarga sambut dengan tangan terbuka. Terima kasih.Kami merupakan kata ganti nama diri orang pertama. Ayat Pasif yang betul ialah "Tetamu disambut oleh kami sekeluarga dengan tangan terbuka"
Tatabahasa13.08.2018
Assalamualaikuk! Tuang, saya ingin bertanya perkataan JINJANG dan JENJANG yang terdapat dapam kamus PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Jinjang - si ketua dan lebih merujuk hatntu atau perkara-perkara tidak baik Jenang - merujuk tangga, leher dan jenjang pelamin. Tetapi dalam contoh perkataan lain, contoh perkataan SAMBUT perkataan jinjang juga ditulis JINJANG PELAMIN. 1. Adakah boleh bertukar ganti jinjang pelamin dengan jenjang pelamin?

Jawapan yang betul ialah jenjang pelamin.

Tatabahasa16.07.2010
assalamualaikum.......saya razak bin esa pelajar dari kolej institut profesional baitulmal..... saya berminat dengan semua aktiviti yg dilakukan & dianjurkan oleh dewan bahasa dan pustaka.......... saya ada sekali-dua pergi ke DBP utk menyaksikan dan menyertai program2 yg dilakukan DBP......ttp dalam amatan saya...program yg dianjurkan.....kadg2 tiada sambutan........ ...adakah pihak DBP tidak membuat liputan secara meluas terhadap program yg dijalankan??..... atau pihak DBP menghadkan bilangan peserta yg ingin menyertai program2 tersebut??Pihak DBP telah menjemput semua Media dan semua rakyat Malaysia melalui iklan di lawan seswang DBP. Sambut itu amat abstrak kerana DBP tidak boleh memaksa rakyat untuk mengikutinya tetapi cuma mampu mengajak demi sebuah kesedaranLain-lain23.11.2013

Kembali ke atas