Kata akar ' sambut' kita masukkan imbuhan pe dan kan spt penyambutan - adakah boleh? ataupun hanya menjadi sambutan ? | Penyambutan dan sambutan boleh digunakan mengikut konteks. Penyambutan ialah perihal menyambut, manakala sambutan ialah penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu dan sebagainya. | Tatabahasa | 23.04.2009 |
1. Para tetamu disambut oleh kami sekeluarga atau para tetamu kami sekeluarga sambut? 2. Kuda tidak pernah ditunggang oleh saya dan adik atau kuda tidak pernah saya dan adik tunggang? 3. perkara-perkara lain atau perkara lain atau kedua-duanya boleh diterima? 4. sedikit banyak atau sedikit sebanyak atau kedua-duanya boleh diterima? | 1. Ayat yang betul ialah para tetamu kami sekeluarga sambut. 2. Ayat yang betul ialah kuda tidak pernah saya dan adik tunggang. 3. Perkara-perkara lain dan perkara lain, kedua-duanya betul. 4. Sedikit banyak dan sedikit sebanyak, kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 17.08.2020 |
1.perkataan luar biasa harus dieja rapat atau jauh? 2.adakah ayat- ayat di bawah betiul dari segi ejaan, imbuhan? -sambut baik nyanyi Negaraku di pawagam - Karim dinasihat berdialog dengan bekas pemimpin dahulu. - PM seru pegang 4 asas utama perpaduan | 1. Ejaan yang betul ialah luar biasa. 2. Frasa yang betul ialah "...menyambut baik nyanyian Negaraku di pawagam" dan "Karim dinasihatkan oleh ... berdialog dengan bekas pemimpin dahulu" dan "PM menyeru rakyat memegang 4 asas utama perpaduan". | Tatabahasa | 24.04.2014 |
Mohon carikan padanan kata Bahasa Melayu/ istilah sukan bagi perkataan trapping (salah satu teknik mengawal bola dalam bola sepak). Terima kasih. | Merujuk istilah pendidikan jasmani, trapping bermaksud sambut, iaitu salah satu teknik menyambut/mengawal bola. | Istilah | 27.10.2010 |
"Kami sekeluarga" ialah kata ganti nama diri pertama atau ketiga? Sila berikan tunjuk ajar. Bagaimanakah pasifkan ayat berikut: Kami sekeluarga menyambut tetamu dengan tangan terbuka. A. Tetamu disambut oleh kami sekeluarga dengan tangan terbuka. atau B. Tetamu kami sekeluarga sambut dengan tangan terbuka. Terima kasih. | Kami merupakan kata ganti nama diri orang pertama. Ayat Pasif yang betul ialah "Tetamu disambut oleh kami sekeluarga dengan tangan terbuka"
| Tatabahasa | 13.08.2018 |
Assalamualaikuk! Tuang, saya ingin bertanya perkataan JINJANG dan JENJANG yang terdapat dapam kamus PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Jinjang - si ketua dan lebih merujuk hatntu atau perkara-perkara tidak baik Jenang - merujuk tangga, leher dan jenjang pelamin. Tetapi dalam contoh perkataan lain, contoh perkataan SAMBUT perkataan jinjang juga ditulis JINJANG PELAMIN. 1. Adakah boleh bertukar ganti jinjang pelamin dengan jenjang pelamin? | Jawapan yang betul ialah jenjang pelamin. | Tatabahasa | 16.07.2010 |
assalamualaikum.......saya razak bin esa pelajar dari kolej institut profesional baitulmal..... saya berminat dengan semua aktiviti yg dilakukan & dianjurkan oleh dewan bahasa dan pustaka.......... saya ada sekali-dua pergi ke DBP utk menyaksikan dan menyertai program2 yg dilakukan DBP......ttp dalam amatan saya...program yg dianjurkan.....kadg2 tiada sambutan........ ...adakah pihak DBP tidak membuat liputan secara meluas terhadap program yg dijalankan??..... atau pihak DBP menghadkan bilangan peserta yg ingin menyertai program2 tersebut?? | Pihak DBP telah menjemput semua Media dan semua rakyat Malaysia melalui iklan di lawan seswang DBP. Sambut itu amat abstrak kerana DBP tidak boleh memaksa rakyat untuk mengikutinya tetapi cuma mampu mengajak demi sebuah kesedaran | Lain-lain | 23.11.2013 |