Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : sambut-menyambut 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong semak jawapan saya. ( Ayat aktif kepada Ayat pasif ) 1. Setelah membuat segala persiapan,  kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di  luar  dewan . Jwp: Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sekeluarga sambut di luar dewan.

Ayat aktif: Kami sekeluarga menyambut para tetamu di luar dewan, setelah membuat segala persiapan.

Ayat pasif: Para tetamu disambut di luar dewan oleh kami sekeluarga, setelah membuat segala persiapan.

Tatabahasa18.05.2026
1.perkataan luar biasa harus dieja rapat atau jauh? 2.adakah ayat- ayat di bawah betiul dari segi ejaan, imbuhan? -sambut baik nyanyi Negaraku di pawagam - Karim dinasihat berdialog dengan bekas pemimpin dahulu. - PM seru pegang 4 asas utama perpaduan1. Ejaan yang betul ialah luar biasa. 
2. Frasa yang betul ialah "...menyambut baik nyanyian Negaraku di pawagam" dan "Karim dinasihatkan oleh ... berdialog dengan bekas pemimpin dahulu" dan "PM menyeru rakyat memegang 4 asas utama perpaduan".
Tatabahasa24.04.2014
Tolong buatkan semakan terhadap jawapan saya dengan telitinya. Adakah kedua-dua jawapan tersebut sesuai dan tepat? Tukarkan ayat aktif kepada Ayat pasif 1. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. Jwp: Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima. ATAU Surat pelantikan telah saya terima sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. 2. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan. Jwp: Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sambut di luar dewan. ATAU Para tetamu pun kami sekeluarga sambut di luar dewan setelah membuat segala persiapan. 3. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Jwp: Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu. ATAU Guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu selain berbuat bising.Penggunaan ayat pasif yang betul adalah seperti yang berikut:



1. Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima.


2. Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sambut di luar dewan.


3. Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga diganggu oleh pelajar-pelajar itu.

Tatabahasa23.05.2026

Kembali ke atas