| Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih. | 1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun. 2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. 3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia. 4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya. | Tatabahasa | 12.08.2009 |
| Penggunaan perkataan yang betul sebagai tajuk yang mana tidak dieja tulisan besar sepenuhnya. 1. Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang ke-61 atau Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang Ke-61. 2. Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas dalam Kursus di Pusat Latihan atau Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas Dalam Kursus di Pusat Latihan | Ejaan yang betul: 1. Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang Ke-61 2. Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas dalam Kursus di Pusat Latihan | Ejaan | 20.09.2018 |
| Mohon penjelasan:- 1. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 2. SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 3. MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 4. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI | Ayat yang betul ialah "Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri", "Majlis Hari Raya Aidilfitri" dan "Sambutan Hari Raya Aidilfitri". | Tatabahasa | 30.04.2024 |
| Mohon pencerahan mengenai susunan yang tepat bagi tajuk majlis sambutan. Antara peringkat atau tahun, manakah yang perlu didahulukan pada penulisan? Contoh: 1) Majlis Sambutan Hari Peladang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 atau 2) Majlis Sambutan Hari Peladang 2025 Peringkat Negeri Selangor. Sekian. | Kedua-dua susunan tajuk majlis sambutan boleh digunakan bergantung pada kehendak penganjur. 1) Majlis Sambutan Hari Peladang Peringkat Negeri Selangor 2024 2) Majlis Sambutan Hari Peladang 2025 Peringkat Negeri Selangor | Tatabahasa | 16.08.2025 |
| Rumah Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. Ling Sing mengadakan sambutan hari jadi. Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? Adakah budak kecil sesuai mengadakan sambutan? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1) Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. 2) Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. | Lain-lain | 01.10.2021 |
| Salam Sejahtera, Tuan, Sektor HIV/STI/Hep C, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM akan mengadakan sambutan Hari AIDS Sedunia peringkat Kebangsaan pada 1 Disember 2019. Tema sambutan tersebut di dalam bahasa Inggeris ialah, "Communities Make the Difference". Terjemahan yang dicadangkan adalah, "Komuniti Membawa Perubahan". Sektor HIV/STI/Hep C seterusnya ingin memohon khidmat nasihat daripada DBP untuk pengesahan terjemahan tema tersebut di dalam bahasa Melayu ATAU pindaan sekiranya terjemahan adalah tidak tepat. Pehatian dan kerjasama DBP di atas perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Dr. Mohd Hafizuddin Bin Mahfot Ketua Penolong Pengarah, Sektor HIV/STI/HEP C, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, Malaysia. MMC No. : 68147 Office : +6038834373 Mobile : +60126300480 eMail : mhdhafizuddin@moh.gov.my | Terjemahan yang dicadangkan oleh pihak tuan bagi "Communities Make the Difference", iaitu Komuniti Membawa Perubahan sesuai digunakan sebagai tema sambutan tersebut. | Istilah | 15.11.2019 |
| 1. Muridmurid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. 2. Semua murid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. kedua-dua ayat betul atau salah? kegunaan 'melibatkan diri' dan 'terlibat diri'? | Ayat yang betul ialah "Semua murid dan guru terlibat dalam sambutan hari guru." | Tatabahasa | 02.03.2017 |
| Yang mana satukah ayat yang betul? 1. Aqilah sangat teruja kerana dia akan menyaksikan sambutan hari kemerdekaan pada minggu hadapan. atau 2. Aqilah sangat teruja kerana dia akan menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan pada minggu hadapan. Soalan: Adakah hari kemerdekaan merupakan kata nama khas atau kata nama am? | Ayat yang betul ialah “Aqilah sangat teruja kerana dia akan menyaksikan sambutan hari kemerdekaan pada minggu hadapan”. Selanjutnya, hari kemerdekaan ialah kata nama am abstrak yang membawa konsep mujarad atau bukan benda yang nyata. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 85 – 86. | Tatabahasa | 28.05.2024 |
| Tuan, 1. Bolehkah digunakan perkataan "kesemua" dalam contoh ayat berikut dan komen tentang bandingan ayat-ayat berikut yang salah dari segi nahu. a). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di kesemua 14 parlimen dalam negeri Kelantan. b). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di kesemua parlimen dalam negeri Kelantan c). Majlis Sambutan Peringkat Parlimen akan diadakan di semua 14 parlimen dalam negeri Kelantan. Sekian ,terima kasih. | Ayat (C) lebih tepat dan gramatis | Tatabahasa | 25.10.2007 |
| Assalamualaikum. Pertanyaan berkenaan kata ganda pada tajuk. Bagaimanakah cara yang betul? (1) Berkelah Bersama-sama atau Berkelah Bersama-Sama, (2) Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia atau Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia (3) Ucapan Kata-kata Baik atau Ucapan Kata-Kata Baik. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah: (a) Berkelah Bersama-sama. (b) Sambutan Hari Kanak-kanak. (c) Kata-kata yang Baik. | Tatabahasa | 01.07.2026 |