Salam sejahtera, Gabungkan ayat-ayat tunggal berikut menjadi ayat majmuk. 1.Kok Seng mengutip sampah. 2.Kok Seng membuang sampah ke dalam tong sampah. Jawapan: 1.Kok Seng mengutip sampah lalu membuang sampah ke dalam tong sampah. 2.Kok Seng mengutip sampah lalu membuang ke dalam tong sampah. 3.Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Ayat majmuk yang mana satu betul ? Sekian , terima kasih. | Ayat majmuk yang betul ialah Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. | Tatabahasa | 20.07.2016 |
1. Ali membuang sampah ke dalam tong sampah. 2. Ali membuang sampah di dalam tong sampah. ayat yang kedua betul atau salah? mohon tuan berikan pencerahan jika ayat tersebut salah. terima kasih. | Ayat kedua juga betul kerana menunjukkan tempat Ali membuang sampah. Walau bagaimanapun ayat pertama Ali membuang sampah ke dalam tong sampah telah mantap penggunaannya dalam kalangan msyarakat. | Tatabahasa | 13.05.2013 |
Dia membuang sampah di dalam tong sampah. Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Soalan saya, adakah keuda-dua ayat di atas boleh digunakan? (Penggunaan di dan ke) Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang betul bagi perkataan bahasa Inggeris berikut: dustpan Adakah penyeduk atau penceduk? | Ayat yang betul ialah Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan dustpan ialah penadah sampah. | Makna | 28.06.2010 |
Yang manakah betul? Sampah sarap bertaburan ATAU sampah bertaburan. | Kedua-duanya betul. Sampah sarap bermaksud bermacam-macam sampah, manakala sampah membawa maksud benda-benda yang dbuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll) | Tatabahasa | 12.05.2010 |
Menyapu sampah atau menyapukan sampah -Emak menyapu sampah di halaman rumah. -Emak menyapukan sampah di halaman rumah. | Emak menyapu sampah di halaman rumah. | Tatabahasa | 29.04.2014 |
Merujuk soalan 106, saya berpendapat' sampah bertaburan' betul sebaliknya ' sampah sarap bertaburan' adalah kurang tepat . Hal ini adalah kerana 'bertaburan' mempunyai maksud jamak. Oleh itu, memadailah subjeknya ditulis' sampah' daripada menggunakan' sampah sarap' yang membawa maksud bermacam-macam sampah. Sila beri pandangan tuan. terima kasih. | Kedua-duanya betul. Sampah sarap bertaburan bermaksud terdapat berbagai-bagai jenis sampah yang bertaburan. | Lain-lain | 14.05.2010 |
Salam sejahtera, Gabungkan ayat tunggal dengan kata hubung supaya menjadi ayat majmuk. 1. Kok Seng mengutip sampah. Kok Seng membuang sampah ke dalam tong sampah. (lalu) Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Adakah ayat majmuk di atas betul? Sekian, terima kasih. | Gabungan ayat "Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah', tidak ada kesalahan dan boleh digunakan. Untuk makluman, lalu ialah kata hubung gabungan yang berfungsi menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Kata hubung gabungan terletak pada pertengahan ayat dan ayat yang terbentuk disebut ayat majmuk gabungan. Ini bermakna, tidak ada yang salah dengan struktur ayat tersebut. | Tatabahasa | 18.07.2016 |
saya ingin mempastikan jawapan bagi soalan berikut adalah betul atau tidak betul. 1.soalan: Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah. Jawapan : Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh. 2. soalan : Ayat aktif :Halimah menghidangi tetamu itu sepinggan kuih. Jawapan : Ayat pasif : Tetamu itu dihidangi sepinggan kuih oleh Halimah. | Ayat pertama kedua-duanya betul, manakala ayat kedua (aktif) telah dibuat pembetulan. 1. Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah, Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh. 2. Ayat aktif : Halimah menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu, Ayat pasif : Tetamu itu dihidangkan sepinggan kuih oleh Halimah. | Tatabahasa | 12.08.2009 |
merujuk soalan 106, saya berpendapat bahawa ayat' sampah bertaburan' betul , sebaliknya ayat' sampah sarap bertaburan' kurang tepat kerana ' bertaburan' mempunyai maksud jamak. Oleh itu, subjeknya lebih sesuai jika 'sampah' .Keadaan ini samalah dengan ayat' bintang bertaburan di langit' adalah betul dan bukannya' bintang-bintang bertaburan di langit'. Minta berikan pandangan, terima kasih. | Encik Wong, Sampah bermaksud benda-benda yang terbuang, kotoran. Sarap bermaksud sampah. Sampah sarap pula bermaksud berbagai-bagai sampah atau bermacam-macam sampah, iaitu merujuk jenis sampah. Oleh itu, frasa sampah sarap bertaburan boleh diterima. | Tatabahasa | 14.05.2010 |
Assalamualaikum Boleh saya tahu penggunaan kata yang lebih tepat SIFAR SAMPAH atau SAMPAH SIFAR. kalau ikut hukum DM sepatutnya 'sampah sifar'? | Penggunaan frasa yang betul ialah SAMPAH SIFAR. Contoh lain, KEMPEN INFLASI SIFAR | Tatabahasa | 19.07.2019 |