Salam sejahtera. Terima kasih di atas masa yang diluangkan. Saya ingin bertanya mengenai kerja sampingan yang ditawarkan pihak dewan bahasa sekiranya ada. Contohnya, kerja-kerja alih bahasa untuk manuskrip dan sebagainya. Selain dapat menambah pendapatan sampingan, saya juga berharap dapat memartabatkan lagi bahasa melayu saya. Terima kasih. | Sebarang pemakluman organisasi seperti jawatan kosong akan diiklankan dalam akhbar utama dan laman web DBP. Sila ikuti kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat tersebut. | Lain-lain | 26.09.2016 |
panduan menulis manuskrip untuk membolehkan dbp menerbirkat buku itu...serta syarat-syarat sampingan.. terima kasih | Assalamualaikum, 1. Untuk pengetahuan saudara, setiap buku yang ditulis dan diterbitkan oleh DBP haruslah berdasarkan matlamat dan dasar DBP iaitu penerbitannya merangkumi penerbitan konvensional dan elektronik dengan reka bentuk dan isi yang bermutu tinggi (judul yang membina tamadun bangsa dan merangsang minda pembaca) dan tepat pada sasaran pembaca. Penerbitan ini juga seharusnya dapat memberi manfaat kepada pembaca dan boleh dijual dengan larisnya. Judul ini merangkumi penerbitan buku bahasa (umum dan ilmiah), buku sastera(filsyen dan bukan fiksyen), buku umum pelbagai bidang (Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Sains dan Teknologi) untuk pelbagai peringkat umur, dewasa, remaja dan kanak-kanak. 2. Manuskrip hendaklah ditulis berdasarkan judul yang dikemukakan dan merangkumi bahagian awalan (judul separa, judul penuh, hlm. hak cipta, kandungan, kata pengantar, prakata, penghargaan dan sebagainya), bahagian teks (tajuk bahagian dan tajuk bab) dan bahagian akhiran (bibliografi, indeks dan sebagainya) - kesemuanya, mohon rujuk buku Gaya Dewan. Laras penulisan hendaklah mengikut bidang yang ditulis dan mengikut peringkat umur pembaca. 3. Cara menyediakan manuskrip ialah, penaipan dengan komputer langkau dua baris dengan menggunakan perisian yang sesuai dengan DBP, setiap fail tidak melebihi 20 halaman dan sertakan satu set lengkap senarai ilustrasi (jika ada). 4. Penghantaran hendaklah bersama-sama dengan manuskrip lengkap, disket atau CD-ROm, surat iringan kepada yang berkenaan, akuan penulis bahan miliknya dan biodata penulis. Saya berharap maklumat ini dapat membantu saudara untuk menulis buku dan menerbitkannya dengan DBP. Sekiranya perlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya di talian 03-21481532. | Lain-lain | 07.03.2010 |
apakah maksud mahupun? kd edisi4 mengatakan mahupun maksud dia walaupun? Persoalan ialah perkara sampingan di samping tema sama ada tersurat mahupun yang tersirat. penggunaan 'mahupun' dlm ayat di atas betul ke? | Mahupun bermaksud meskipun, walaupun, ataupun. Oleh itu, penggunaan mahupun dalam ayat tersebut betul. | Lain-lain | 31.05.2010 |
Apakaah yang dimaksudkan tentang bahasa kebangsaan?, ciri-ciri, konsep penting dan semua fakta utama dan sampingan tentang bahasa kebangsaan. | Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi sesebuah negara. Peruntukan ini diwartakan dan dikandung dalam Perlembagaan negara. Contoh, bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Ciri-cirinya antara lain termasuklah bahasa majoriti, bahasa asal, menjadi bahasa perpaduan, bahasa komunikasi sosial dan bahasa ilmu. | Makna | 25.01.2007 |
Tuan, Selamat sejahtera. Bolehkah tuan terangkan kepada saya 1. perbezaan penggunaan antara 'selain itu' dengan 'di sampingan itu'? 2. Tolong menerangkan kedua-dua tanda wacana tersebut dengan memberikan ayat contoh. Saya tidak dapat membezakan kedua-dua tanda wacana tersebut kerana saya merujuk kamus dan mengatakan kedua-dua tana wacana tersbut adalah sama. tetapi dalam latihan pelbagai pilihan wujud kedua-dua tanda wacana tersebut sebagai pilihan. oleh itu, saya minta jasa baik daripada pihak tuan untuk menerangkan kepada saya. sekian terima kasih. | Selain itu dan di samping itu, kedua-duanya sama sahaja penggunaannya dan berfungsi sebagai penghubung yang menyampaikan maklumat tambahan yang diperkatakan sebelumnya. Oleh itu, soalan peperiksaan sepatutnya meniadakan pilihan jawapan yang memberi makna yang sama atau mempunyai fungsi yang sama. | Tatabahasa | 07.10.2010 |
Assalamualikum dan salam sejahtera. Soalan saya, adakah penggunaan frasa "jalan cerita" dalam ayat ini sesuai untuk kajian sastera? Ayatnya adalah 'Kepentingan watak sampingan dalam perkembangan jalan cerita'. Terima kasih. | Frasa "Jalan Cerita" boleh digunakan. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
SETAKAT MANA SURVIVAL PUISI PADA MASA KINI? | Di Malaysia sehingga kini tidak ada pengarang yang menjadikan bidang penulisan puisi sebagai kerjaya sepenuh masa dan kebanyakannya menjadikannya sebagai kerja sampingan. Sehingga kini sukar untuk mengukur survival puisi dalam kehidupan. | Lain-lain | 05.08.2007 |
Apakah perbezaan maksud perkataan kesan dengan pengaruh? | Menurut Kamus Dewan Edisi Kempat, kesan mempunyai pelbagai maksud, yang salah satu daripadanya bermaksud pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak, dsb) yang timbul akibat daripada menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yang mendalam kepada pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yang timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yang turut timbul selain daripada kesan utama yang dikehendaki atau yang telah dijangkakan. Pengaruh pula bermaksud kuasa yang terbit daripada orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yang meninggalkan kesan kepada orang (lain) dll: ia masih memikirkan tentang ~ wang kepada seluruh manusia dan seluruh dunia. | Makna | 03.04.2017 |
Salam sejahtera, Saya ada beberapa soalan tentang perkembangan tulisan jawi di negara ini. 1-Bagaimana pihak DBP berperanan dalam mengekalkan warisan ini. 2-Bagaimana sambutan para pelajar terhadap tulisan jawi pada masakini. 3-Apakah kelebihan lain menguasai tulisan jawi selain daripada menguasai asas bahasa arab dan memantapkan amalan fardhu ain. Sekian, terima kasih. | 1- Pengeluaran buku teks Jawi, Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, penganjuran ceramah Jawi, penyelidikan tentang Jawi, dll. Usaha memartabatkan semula tulisan Jawi sekarang ini sebenarnya bermula daripada usaha DBP. 2- Pelajar sekarang semakin celik Jawi terutama pelajar sekolah rendah selepas J-Qaf diperkenalkan. 3- Sekiranya anda mahir dalam seni khat anda boleh manfaatkan bakat anda itu untuk menjana pendapatan sampingan anda. | Lain-lain | 30.10.2008 |
khidmat nasihat sastera kanak-kanak dan remaja : 1)peringkat umur yang sebenar buku bacaan sastera kanak-kanak dan remaja di malaysia 2) maksud plot dan sudut pandangan sastera kanak-kanak dan remaja | Soalan 1: Peringkat umur sebenar buku bacaan kanak-kanak bergantung pada bentuk atau genre buku. Buku bergambar/buku konsep (0-3 tahun); buku cerita bergambar (5-9 tahun). Buku berilustrasi: novel(10-12 tahun);kumpulan cerpen (7-9;10-12 tahun);kumpulan puisi (7-9;10-12 tahun). Peringkat umur remaja awal (13-15 tahun); remaja pertengahan (16-18 tahun); remaja akhir (19-21 tahun)- untul pelbagai bentuk penerbitan buku seperti novel, puisi, cerpen dan genre lain. Soalan 2: Plot ialah rentetan peristiwa atau jalinan cerita yang direka oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dalam cerita itu berlaku. Peristiwa dijalin dengan melibatkan pertikaian atau konflik yang di akhir cerita menemukan peleraiannya. Plot untuk cerita kanak-kanak sesuai disusun pengarang secara kronologi;berurutan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita. Pengarang tidak perlu mencampuradukkan plot dengan imbas kembali, imbas muka sehingga menyukarkan pemahaman kanak-kanak. Plot cerita kanak-kanak terbina daripada urutan peristiwa yang bermula dengan pengenalan cerita, dikembangkan dalam pertengahan cerita dan diakhiri dengan peleraian cerita. Sudut Pandangan-pencerita sebagai sudut pandangan orang pertama ditandai dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama pertama, watak aku atau saya, dan mungkin juga cerita menggunakan ganti nama kami. Teknik ini lebih mudah dan sesuai untuk penulis baru. Teknik ini membenarkan pengarang bertindak sebagai pencerita utama watak atau watak sampingan yang bercerita tentang watak utama. Sudut pandangan orang ketiga ditandai dengan penggunaan kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, atau memakai nama watak dalam cerita. Sudut pandangan orang ketiga beerti anda sebagai pengarang yang mempamerkan apa-apa yang dilihat dan dilakukan oleh watak-watak, malah berusaha menyelami setiap sudut perasaan watak. Hingga pembaca boleh mengetahui setiap yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-watak dalam cerita. | Lain-lain | 02.05.2014 |