Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pi.ran] | سمڤيرن

Definisi : 1. tempat menyidai (kain dll), ampaian, gantungan; 2. pembayang maksud (pd pantun). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sampir
Kata Terbitan : menyampirkan, sampiran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh terangkan secara ringkas,perbezaan dan persamaan antara 'pantun', 'sajak', 'puisi', 'syair', 'gurindam' dan 'seloka'?

Secara ringkas persamaan pantun, syair, seloka dan gurindam adalah dikenali sebagai puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a.

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

 

 

Lain-lain18.05.2010
Apakah beza antara puisi, sajak dan pantun? Terima kasih

Puisi ialah karangan berangkap. Kata-katanya disusun mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menggunakan irama, bunyi dan kiasan. Puisi dapat dibahagikan kepada dua jenis yang utama, iaitu puisi tradisional dan puisi moden. Dalam puisi tradisional terdapat empat bentuk puisi yang penting, iaitu pantun, syair, seloka dan gurindam. dalam puisi moden pula hanya ada satu bentuk sahaja, iaitu yang dikenali sebagai sajak.

Pantun ialah jenis puisi tradisional atau lama yang terikat dengan ciri-cirinya, sebagai contoh pantun empat baris serangkap, yakni dua baris pertama dikenali sebagai pembayang atau sampiran dan dua baris terakhir dikenali sebagai maksud.

 

Sajak pula ialah puisi moden yang tidak terikat dengan ciri-ciri puisi tradisional seperti pantun. Justeru, sajak lebih bebas penciptaannya.

 

 

 

 

Lain-lain17.05.2010
ASWT.. Saya ingin memohon huraian secara jelas mengenai pantun di bawah. Pohon maaf juga kalau saya tersalah tempat untuk bertanya. Berbanyak terima kasih. Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi.
  1. Yang merah itu saga,
  2. Yang kurik itu kundi,
  3. Yang indah itu bahasa,
  4. Yang molek itu budi.

Secara umum, pantun di atas dikategorikan dalam Pantun Budi. Dalam baris 1 dan 2, dikenali sebagai pembayang atau sampiran. Pembayang pantun tersebut mengambil unsur tumbuhan, iaitu biji saga. Kundi juga adala sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas.

Dalam baris 3 dan 4 pula dikenali sebagai maksud pantun yang menyatakan bahawa yang indah itu bahasa dan yang molek itu budi. Perkataan molek jika dirujuk adalah berkaitan dengan perbuatan yang berkaitan dengan budi.

Jika dikaitkan dengan pembayang dan maksud pantun di atas, kita dapat lihat bagaimana kaitan tersebut dibuat oleh pencipta pantun ini. Dalam pembayang 1, penciptanya menegaskan bahawa  biji saga itu berwarna merah   dan jika dikaitan dengan maksud baris pantun ke 3, pencipta juga menegaskan bahasa yang indah itu bahasa. Manakala dalam pembayang ke 2 pula pencipta menyebut perkataan kundi yang digunakan untuk menimbang emas, iaitu sesuatu yang sangat berharga dan ini dikaitkan pula dengan maksud pantun dalam baris ke 4 yang menyatakan bahawa yang molek itu budi. Cuba lihat bagaimana pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.

Begitulah serba ringkas huraian daripada pantun di atas. Sekian, terima kasih. 

 

 

 

Lain-lain06.07.2009
Nak tanya. Puisi yang bertajuk Negaraku Permai ciptaan Khadijah Hashim ini merupakan syair ke? Saya tidak berapa jelas perbezaan antara puisi, pantun, gurindam kerana saya baru nak berjinak-jinak.Untuk makluman, pantun, syair, seloka dan gurindam merupakan puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a.

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

Sastera15.04.2020

Kembali ke atas