Apakah beza antara perkataan sana dan situ? Pada pengetahuan saya, situ digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh tetapi masih boleh kelihatan manakala sana digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang jauh dan tidak boleh kelihatan. Contoh ayat : 1.Adik saya berdiri di sana/situ. 2. Saya berjalan ke arah sana/situ. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sana bermaksud tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Di sana bermaksud tempat yang jauh (dari orang yang bercakap). Situ pula ialah (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara). Di situ bermaksud di tempat itu. | Makna | 13.08.2011 |
Kamus Dewan Edisi 3 dan 4: Perkataan "pecicilan" - Jawa - terbelalak matanya. Maksud "terbelalak matanya" adalah salah. Yang betul adalah kepada budak-budak bermain lompat sana lompat sini, lari sana lari sini tanpa menghiraukan teguran orang keliling. | Sila jelaskan soalan atau pandangan saudara. | Lain-lain | 25.03.2010 |
soalan 1 adakah penggunaan kata situ dan sana digunakan bagi jarak yang sama?atau 'sana' digunakan bagi jarak yang lebih jauh? soalan 2 apa yang membezakan penggunaan kata awak dan kamu? saya masih keliru.harap dapat penjelasan.tq | 1. Situ ialah kata yang menunjukkan tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara; manakala sana menunjukkan tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. 2. Awak ialah kata ganti nama diri kedua dan sama seperti engkau dan kamu. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan tarafnya. | Tatabahasa | 22.02.2011 |
Banyak orang pergi ke sana. Ayat ini gramatis? Ramai wajar menggantikan banyak? Terima kasih. | Ayat "banyak orang pergi ke sana" adalah gramatis kerana banyak juga boleh digunakan untuk manusia selain daripada ramai. | Tatabahasa | 24.08.2011 |
Mohon pencerahan: a) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera," nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. b) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera." Nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. | Ayat kedua (b) yang tepat kerana terdapat dua ayat yang berbeza konteksnya, pertama dialog dan kedua situasi ketika itu. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Gadis itu yang bertudung putih anak Puam Faridah yang tinggal di hujung sana. Adakah ayat tersebut betul dan jika salah, mengapakah salah? Apakah ayat yang betul? | Ayat yang betul ialah, Gadis yang bertudung putih itu anak Puam Faridah yang tinggal di hujung sana. Kelemahan yang utama ialah menggabungkan banyak ayat menjadi satu. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
sila tandakan kesalahan dalam ayat berikut, (A. Sejak) berpindah ke sana, Ali turut terlibat (B. di dalam) kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua (C. serta) membantu orang miskin. (D. tiada kesalahan). pada pendapat saya, kesalahannya adalah B, sepatutnya dalam. | Ayat yang gramatis, sejak berpindah ke sana, Ali turut terlibat dalam kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua serta membantu orang miskin. Pendapat tuan betul, kesalahan pada jawapan B. di dalam. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
Alina baharu sahaja balik daripada berkursus di Langkawi dan dia mendapat banyak pengalaman di sana. bolehkah tolong saya cari satu kesalahan tatabahasa dan satu kesalahan penggunaan istilah atau kata dalam ayat di atas?... | Alina baharu sahaja balik daripada berkursus di Langkawi dan dia mendapat banyak pengalaman di sana. - ayat ini betul | Tatabahasa | 19.04.2010 |
Burung merpati hinggap di dahan pokok sena setelah terbang ke sana sini. Soalan: penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas. Jawapan untuk soalan di atas sama ada "di dahan pokok" atau "pada dahan pokok". -soalan ujian BM Selaras ZPWPKL 2011. | Berdasarkan rumus tatabahasa, penggunaan yang paling tepat ialah pada - Burung merpati hinggap di dahan pokok sena setelah terbang ke sana sini. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 275, (c) kata sendi nama "pada"- terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
ada perbezaan tak antara perkataan awak dan kamu, sana dan situ? terima kasih. | Awak ialah kata ganti nama diri kedua dan sama seperti engkau dan kamu. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. | Tatabahasa | 15.02.2011 |