Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sanctuary


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terjemahan yang paling sesuai untuk ayat english ini: Perpustakaan Kuala Lumpur : Your Knowledge Sanctuary In The City

Bagi penterjemahan, lebih-lebih lagi slogan/tema mohon tuan dapat memberikan konsep yang ingin disampaikan. Perkataan ‘sanctuary’ boleh diterjemahkan sebagai 1. tempat suci; 2. tempat perlindungan 3. kawasan perlindungan. Pada pendapat kami, ketiga-tiga maksud daripada terjemahan langsung ini tidak sesuai untuk perpustakaan negara.

Antara cadangan terjemahan yang kami boleh cadangkan berdasarkan konsep yang kami agak adalah seperti yang berikut:

  1. Perpustakaan Kuala Lumpur: Gedung Ilmu Bandar Raya
  2. Perpustakaan Kuala Lumpur: Pusat Ilmu Bandar Raya
Penyemakan dan penterjemahan09.02.2015
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagarTerjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Luxury mixed development -  Pembangunan becampur yang mewah

Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri
 
Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda

Freehold - Pegangan kekal

An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau
 
Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan  alam semula jadi

Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal
Penyemakan dan penterjemahan03.11.2016
Sesuai atau tidak pengunaan perkataan ini dalam Bahasa Malaysia: Perpustakaan Kuala Lumpur : Santuari Ilmu Anda ayat tema asal: Perpustakaan Kuala Lumpur : Your Knowledge Sanctuary In The City

Perkataan ‘santuari’ dalam tema Perpustakaan Kuala Lumpur:Santuari Ilmu Anda tidak sesuai kerana santuari bermaksud 1. tempat suci; 2. tempat perlindungan 3. kawasan perlindungan.

 

Penyemakan dan penterjemahan10.02.2015

Kembali ke atas