Yang mana satu betul: Kelab Ahli-Ahli Majlis Daerah Sandakan atau Kelan Ahli Majlis Daerah Sandakan. | Kelab Ahli Majlis Daerah Sandakan. Perkataan Ahli boleh merujuk bilangan banyak. | Tatabahasa | 29.09.2011 |
Sila semak struktur ayat-ayat berikut: 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan untuk bercuti semasa hari persekolahan, ibu bapa harus membawa surat memohon cuti berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir pada kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum. Ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah menyerah kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti menulis nama atau melekat nama. Setiap hari Isnin, ada seorang guru bertugas di kantin B untuk murid menemukan barang-barang yang tercicir di sekolah. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) . | 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan semasa hari persekolahan, ibu bapa harus mengemukakan surat memohon cuti dan berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir ke kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum, ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti ditulis nama atau dilekatkan tanda nama. Setiap hari Isnin, seorang guru bertugas di kantin B dan murid-murid boleh menyerahkan barang yang dijumpai kepada guru tersebut. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) . | Tatabahasa | 26.06.2011 |
Dimanakah saya boleh mendapatkan panduan terperinci jika saya bercadang menerbitkan buku sendiri. Maksudnya dari segi perundangan dan borang-borang berkaitan. Sekian Al Fazli Sandakan Sabah | Menerbitkan buku sendiri atau “self publishing” telah diamalkan di Amerika Syarikat dan mula diamalkan di Malaysia. Antara majalah antarabangsa yang sering memberikan tumpuan kepada “self publishing” ialah “Writers Digest”. Beberapa tahun lalu, akhbar “The Star” ada menyiarkan makalah tentang “self publishing”. Untuk menerbitkan buku sendiri, selain sebagai penulis, seseorang itu lazimnya menanggung sendiri kos pracetak dan percetakan, serta memasarkan bukunya. Tidak ada borang khusus berkaitan dengan “self-publishing”. Dari segi perundangan, antara undang-undang yang perlu dipatuhi ialah peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berhubung peruntukan pelesenan dan permit penerbitan, serta kandungan bahan penerbitan; Akta Hakcipta 1987, berhubung perlindungan hakcipta penulis, Akta Hasutan 1948 berkaitan dengan larangan menerbitkan bahan penerbitan yang menghasut, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan dengan larangan mencetak dokumen tegahan. | Lain-lain | 28.05.2007 |
Saya ingin bertanya kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai buku antologi peserta Minggu Penulis Remaja 2008 yang telah dilangsungkan di SMK Batu Sapi Sandakan. Adakah buku antologi tersebut sudah siap dan jika sudah siap bagaimana cara untuk mendapatkan buku antologi tersebut? | Kami akan menyemak sama ada buku tersebut sudah diterbitkan ataupun belum dan akan memaklumkannya kepada pihak tuan dengan seberapa segera. | Lain-lain | 04.09.2010 |
Assalamualaikum. Saya ingin memohon pengambilan Munsyi Dewan (Bahasa) 2018.Bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak (Sarjana muda) bidang pengurusan pendidikan(sarjana) bidang pengajian saya di maktab perguruan sandakan(pendidikan awal-kanak-kanak / Bahasa Melayu sekolah rendah.soalan saya adakah saya berkelayakan untuk memohon pengambilan Munsyi dewan ini.Bagaimana caranya.Sekian terima kasih | Waalaikumsalam. Pertamanya kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih tentang hasrat dan minat puan untuk menjadi Munsyi Dewan. Sehubungan itu, bagi mendapatkan maklumat yang tepat berhubung tatacara untuk memohon menjadi Munsyi Dewan, puan diminta menghubungi Encik Mohd. Jusoh bin Majid menerusi talian telefon: 03-21470210/019-2744848 atau menerusi e-mel: jusoh@dbp.gov.my. Sekian. | Lain-lain | 21.03.2018 |
Menurut Gaya Dewan, kata atau ayat dalam bahasa asing hendaklah ditulis dengan huruf condong. Dalam Kata Nama Khas Hospital Queen Elizabeth (di Kota Kinabalu) dan Hospital Duchess of Kent (di Sandakan) - perkataan Queen Elizabeth dan Duchess of Kent perlu ditulis dengan huruf condong ataupun tidak? Terima kasih. | Kata nama khas tidak perlu ditulis miring, maka cara penulisan yang betul ialah Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Duchess of Kent | Tatabahasa | 07.07.2014 |