Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.dal] | ساندل

Definisi : sj alas kaki yg bahagian tapaknya agak rendah dan bahagian atasnya pula tidak menutupi bahagian kaki sepenuhnya; bersandal memakai sandal: ada yg ber-kasut, ~ atau berterompah sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.dal] | ساندل

Definisi : sepatu yg bahagian tapaknya agak rendah dan bahagian atasnya pula tidak menutupi bahagian kaki sepenuhnya. bersandal memakai san­dal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sandal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1. Multi Post Presses 2. Off Center Loading Presses 3. Pad Forming Presses 4. Spotting Tryout Presses 5. Straight Side Gib Guided Presses 6. Tank Head Forming Presses Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Multi-post presses - Penekan multitiang
2. Off Center Loading Presses - Penekan muatan luar pusat
3. Pad forming presses - Penekan pembentukan pad
4. Spotting tryout presses - Penekan percubaan pembentukan acuan
5. Straight side gib guided presses - Penekan berpandu sandal sisi lurus
6. Tank head forming presses - Penekan pembentukan kepala tangki
Istilah11.04.2016

Kembali ke atas