Manakah yang betul berkaitan dengan kata sandang : 1 Kakak memberi Si Putih sepiring susu ATAU 2 Kakak memberi Sang Putih sepiring susu. | Penggunaan untuk Si, biasanya untuk orang sahaja. | Tatabahasa | 28.08.2007 |
Assalammualaikum/salam sejahtera. Saya ingin bertanya apa maksud dgn kata "Sang Murabbitun" terima kasih.... | Sang: kata sandang yg lebih hormat drpd si, a) depan nama orang dll yg dimuliakan. Murabbitun: tiada dalam rekod simpanan kami. Murabbi: orang yg mendidik atau membimbing. | Makna | 06.05.2009 |
sayan ingin mengetahui perbezaan penggunaan Si dan Sang dalam bahasa melayu. T.K. | Si dan sang ialah kata sandang yang terletak di depan kata-kata tertentu yang digunakan sebagai nama timangan, untuk mengejek, untuk menghormati dan lain-lain, dan kedua-duanya boleh digunakan untuk manusia dan binatang. | Tatabahasa | 11.07.2010 |
Wajarkah perkataan 'sang' digunakan pada Nabi, Sultan atau Raja. Adakah perkataan 'sang' memang boleh digunakan pada manusia tanpa mengira kedudukan atau darjat? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain. Sang biasanya digunakan dalam penceritaan sastera kreatif yang menunjukkan keakraban. Sang tidak wajar digunakan kepada Nabi, Sultan atau Raja dan manusia tanpa mengira kedudukan atau darjat dalam urusan seharian. | Tatabahasa | 01.08.2012 |
KGND I 'aku' lazimnya digunakan kepada rakan. KGND I itu agak kasar tetapi bersifat mesra. Kenapakah 'aku' digunakan untuk Tuhan? Apakah hujahnya? Tolong jelaskan penggunaan kata 'sang' dan 'si' dengan terperinci? | Aku, kata ganti nama diri pertama yang selalu digunakan dalam perhubungan yang akrab antara sesama kawan dan begitu juga antara manusia dengan tuhan. Oleh itu, aku sebagai laras bahasa yang sering digunakan dalam doa untuk merujuk keakraban antara manusia dengan pencipta-Nya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain, seperti: Sang Arjuna; dan Sang kancil. Si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, seperti Si Bongsu dan Si Ahmad. | Tatabahasa | 11.11.2010 |
Assalamualaikum. Kenapa "sangkakala" tidak ditulis sebagai "sang kakala", iaitu sepertimana kita tulis "sang kancil"? Terima kasih. | Sangkakala merupakan satu perkataan , iaitu sejenis serunai daripada kulit kerang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain. Sang biasanya digunakan dalam penceritaan sastera kreatif yang menunjukkan keakraban. | Tatabahasa | 02.10.2013 |