| Istilah perkataan sandiwara | Mohon maaf, soalan tuan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian. | Lain-lain | 19.08.2025 |
| Apakah perbezaan antara perkataan peranan dan fungsi? Dari segi istilah, definisi dan contoh. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, “peranan” bermaksud pemain sandiwara, pelawak; bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yang dipegang, manakala “fungsi” bermaksud tugas, jawatan; kerja (bahagian tubuh dan lain-lain), tugas, peranan. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, perkataan “peranan” dan “fungsi” membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan ini dalam ayat digunakan mengikut kesesuaian. Contohnya, i. Paru-paru mempunyai “fungsi” yang penting dalam pernafasan. ii. Suri rumah tangga harus memainkan “peranan” yang penting dalam usaha menyemai dan memupuk minat membaca dalam kalangan murid.
| Lain-lain | 27.02.2022 |
| perkataan sandiwara dieja tanpa sempang. mengapa apabila diletakkan imbuhan apitan di..kan, jadi disandi-warakan? Contoh: cerita itu pernah disandi-warakan di radio. Terima kasih. | Tiada kata terbitan "di...kan" untuk "sandiwara". Ayat di atas mungkin lebih sesuai digantikan dengan "dimainkan" atau "diputarkan" menjadi "Cerita itu pernah dimainkan/diputarkan di radio." | Tatabahasa | 05.04.2015 |
| beza peranan dan fungsi | Peranan bermaksud bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yg dipegang manakala fungsi bermaksud tugas atau jawatan. | Lain-lain | 21.12.2006 |
| apakah perbezaan antara pertunjukan dan persembahan ? | Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim. | Lain-lain | 10.05.2016 |
| ayat yang lebih tepat ... persembahan bunga api atau pertunjukan bunga api | Salam sejahtera, Puan, Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim. Jadi, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 07.08.2017 |
| Salam, apakah terjemahan yang paling tepat untuk 'prologue'? Melalui carian internet, terjemahannya prolog dan permulaan. 'Prologue' ini biasanya terdapat dalam buku genre fiksyen. | Perkataan yang digunakan ialah prolog. Prolog ialah kata-kata atau bahagian pendahuluan/permulaan terhadap sesebuah karya seperti novel ataupun persembahan seperti sandiwara, pidato dan yang seumpamanya. | Lain-lain | 07.03.2012 |
| Salam. Adakah perkataan "peranan" berasal drp kata dasar "peran" atau berdiri dgn sendiri (kata dasar) juga? | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, maksud "peran" dan "peranan" mempunyai perkaitan makna, iaitu i. pemain sandiwara; ii. Bahagian yang dipegang ( sandiwara, pekerjaan, tugas). Perkataan "peranan" tersebut muncul di bawah entri "peran" dan tidak terdapat entri tersendiri bagi perkataan "peranan", oleh itu perkataan "peranan" berasal daripada kata dasar "peran". | Istilah | 18.09.2018 |
| assalamualaikum.tuan, sy ingin bertanya, apakah maksud implisit beserta huraiannya sekali? sy sedang mengkaji unsur implisit dalam teks ucapan.adakah implisit itu mempunyai banyak cabang pula id bawahnya? adakah eufemisme dan retorik termasuk dalam implisit? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, implisit didefinisikan seperti yang berikut: (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat. Contoh penggunaan: Hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara implisit mahupun eksplisit. Untuk makluman, kami tidak mempunyai maklumat tentang cabang di bawah implisit seperti eufemisme dan retorik. Kami hanya boleh berikan maksud perkataan tersebut seperti yang berikut: Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar. Retorik pula bermaksud 1. (Linguistik) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar 4. berkaitan dengan, penuh dengan atau menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk nutuk mempengaruhi pemikiran pendengar | Makna | 24.04.2012 |
| Selamat pagi, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya mengenai perkataan "pentas". Adakah wujud perkataan "pentasan"? Ayat contoh: Kelab Seni menyaksikan pentasan teater di Balai Seni Visual Negara. Harap pihak DBP boleh memberikan penjelasan mengenai perkataan tersebut. Sekian, terima kasih. | Tiada perkataan "pentasan" dalam data kami. Perkataan yang hampir sama dan sesuai digunakan untuk ayat tersebut ialah pementasan yang bermaksud perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll). | Ejaan | 10.08.2020 |