Gadis itu sangat baik budi pekertinya. Apakah pola ayat ,subjek dan predikat untuk ayat ini? Mohon pencerahan munsyi. | Subjek - Gadis itu Predikat - sangat baik budi pekertinya | Tatabahasa | 31.07.2021 |
Gadis itu sangat baik budi pekertinya. Apakah pola ayat untuk ayat ini? Mohon pencerahan tuan. Selain itu, 'tambahan pula' tergolong dalam kata hubung gabungan; Dia tekun belajar, tambahan pula aktif dalam kegiatan kokurikulm. Oleh itu, bolehx "tambahan pula" digunakan pada pangkal ayat. Mohon pencerahan tuan | Pola ayat "Gadis itu sangat baik budi pekertinya" ialah Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA). Gadis itu (subjek) + sangat baik budi pekertinya (pradikat). Perkataan “tambahan pula” boleh digunakan dipangkal ayat sebagai penanda wacana yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat tambahan lain dalam wacana. Penanda wacana "tambahan pula" hadir pada awal ayat lazimnya diberikan tanda koma selepas perkataan tersebut. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525 - 526. | Tatabahasa | 03.08.2021 |
1. AMAT baik sekali / SANGAT baik sekali / SUNGGUH baik sekali......Bolehkah saya menggunakan kata-kata penguat ini bersama-sama dengan SEKALI?? 2. bagaimanakah untuk menggunakan "sementelahan" ?bolehkah saya menggunakannya seperti ini :Sementelahan itu (yang bermaksud 'selain itu' ) Terima kasih... :p | 1. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan ketiga-tiganya boleh digunakan dengan perkataan "sekali". 2. "Sementelahan" atau "sementelah" bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. Contoh ayat: Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. | Tatabahasa | 17.07.2009 |
1. Ini adalah sebuah permintaan daripada penduduk kampung. 2. Hal itu adalah satu usaha yang sangat baik. Mohon penjelasan tuan tentang penggunaan perkataan “adalah” dalam kedua-dua ayat ini. Terima kasih atas jawaban yang lalu dan jawapan terhadap kemusykilan ini | "Adalah" merupakan kata pemeri yang digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, manakala "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Oleh itu bagi kedua-dua ayat di atas, perkataan "adalah" hendaklah digantikan dengan "ialah". | Tatabahasa | 10.11.2009 |
Slm, Harap pihak tuan dapat mengesahkan sama ada ayat di bawah betul atau tidak? a) Sesetengah nutrien perlu dilarut oleh lemak sebelum mereka boleh doserap oleh badan. b)Asid oleik sangat baik untuk jantung dan membantu mengawal terhadap radang sendi. c)Pokok avokado mempunyai kecenderungan menghasilkan buah yang banyak pada satu-satu tahun itu dan pada tahun berikutnya akan menghasilkan buah yang sedikit pula. tq | Salam, Ayat yang lebih sesuai dicadangkan: 1) Sesetengah nutrien perlu dilarut oleh lemak sebelum boleh diserap oleh badan. 2) Asid oleik sangat baik untuk jantung dan membantu mengawal radang sendi. 3) Pokok avokado mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan buah yang banyak pada satu-satu tahun dan pada tahun berikutnya pula sedikit. | Lain-lain | 25.06.2015 |
Apakah maksud remaja cemerlang? | Pelajar cemerlang ialah pelajar yang mendapat kejayaan atau menerima keputusan peperiksaan yang sangat baik. | Makna | 18.03.2012 |
Salam, saya cuma nak ucapkan terima kasih untuk perubahan laman web baru-baru ini. Jauh lebih cepat dan memudahkan kerja saya sebagai penterjemah. Syabas atas usaha yang sangat baik! | Terima kasih. Semoga perkara ini mendatangkan manfaat kepada semua pihak. | Lain-lain | 18.05.2017 |
apakah maksud pencapaian yang bagus? | Sila jelaskan dalam konteks apa ayat ini digunakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pencapaian bermakna apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi. Bagus pula ialah berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati, sangat baik. | Makna | 19.09.2008 |
Ahli J/Kuasa sedang menyediakan Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Melalui Kaunter dan Taklimat. Mohon pandangan pihak DBP ayat yang lebih tepat untuk skala tahap kepuasan pelanggan untuk menggantikan yang asal: 1. Amat Tidak Memuaskan 2. Tidak Memuaskan 3. Sederhana Memuaskan 4. Memuaskan 5. Amat Memuaskan Tukar kepada: a) 1. Kurang Memuaskan 2. Memuaskan 3. Baik 4. Sangat Baik 5. Cemerlang b) 1. Tidak Memuaskan 2. Kurang Memuaskan 3. Memuaskan 4. Amat Memuaskan 5. Cemerlang atau pihak DBP ada cadangan yang lebih baik. Kerjasama pihak DBP amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih | Pada pandangan kami, penggunaan kata yang sesuai adalah seperti yang berikut: 1. Kurang Memuaskan 2. Memuaskan 3. Baik 4. Sangat Baik 5. Cemerlang | Tatabahasa | 14.12.2015 |
Apa beza komitmen penuh dan komitmen tinggi? Mana yang lebih sesuai digunakan untuk contoh ayat di bawah? Contoh ayat : Terima kasih kepada Semua Kakitangan yang sentiasa ikhlas memberi komitmen yang penuh dalam mengharungi cabaran ini. Anda juga seorang wira. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan penuh dan tinggi adalah seperti yang berikut: -Penuh: ki tidak kurang, cukup -Tinggi: peringkat atas (ttg. Pangkat, taraf dll); sangat baik (mutunya dll) Berdasarkan maksud-maksud di atas, komitmen penuh bermaksud memberikan komitmen yang cukup, dan komitmen tinggi bermaksud memberikan komitmen yang sangat baik. Oleh itu, kedua-dua perkataan (komitmen penuh dan komitmen tinggi) boleh digunakan dalam ayat contoh di atas. | Tatabahasa | 21.04.2020 |