1. air sangat berguna kepada manusia. atau untuk manusia. 2. mereka sedang menepuk tangan sambil menyanyi atau bertepuk tangan sambil menanyi. 3. gantinama "nya" boleh digunakan untuk bukan manusia contoh anjing itu sedang makan daging itu. daging yang dimakannya itu sangat besar. dia membeli banyak barang antaranya ialah ...... . Terima kasih | 1. Yang paling tepat ialah "air sangat berguna kepada manusia". 2. Yang paling tepat ialah "mereka bertepuk tangan sambil menyanyi". 3. Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga, oleh itu tidak boleh digunakan untuk bukan manusia. Walau bagaimanapun nya juga bermaksud oleh, iaitu yang tersebut terlebih dahulu. | Tatabahasa | 10.10.2009 |
Saya ingin bertanya adakah laman web http://www.karyanet.com.my sudah tidak berfungsi atau sudah di ganti dengan laman web lain.. Ini kerana ia sudah tidak dapat di akses.. Laman ini sangat berguna.. | Assalamualaikum Saya cadangkan saudara melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan rujukan berkaitan kebahasaan dan khazanah persuratan melayu di alamat http://www.dbp.gov.my Terima kasih | Lain-lain | 28.03.2010 |
salam sejahtera. saya ahmad adam,pelajar dari uniten kampus putrajaya. saya dan ahli kumpulan saya terpilih utk menjalankan satu perbincangan tentang DBP. sy berharap agar pihak DBP blh memberi sy n juga ahli kumpulan saya maklumat2 yg dirasakan sangat berguna utk kami gunakan sebagai isi. mungkin dari segi asal usul,pengenalan yang sesuai n juga lain2 yang pihak DBP rasakan sesuai. kami dengan berbesar hati utk mengumpulkan maklumat serta mengenal dengan lebih mendalam mengenai DBP.sekian terima kasih | Sila kunjngi Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau hubungi pegawai yang berkenaan. | Lain-lain | 14.07.2010 |
Salam sejahtera buat anda semua. Soalan saya bukan mengenai masalah ejaan dan sebagainya. Soalan saya ialah ingin meminta senarai seminar antarabangsa mengenai pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu /Kesusasteraan Melayu yang pihak tuan akan adakan/ anjurkan sepanjang tahun 2009. Hal ini sangat berguna bagi kami untuk membuat perancangan bagi mengikuti seminar tersebut. Sekian terima kasih. | Tuan/puan boleh melayari laman sesawang dbp kerana setiap seminar atau program yang dianjurkan, kami akan siarkan di laman sesawang tersebut. www.dbp.gov.my. | Lain-lain | 08.11.2008 |
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikan | Kelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana. (Pendeta Za’ba,) | Lain-lain | 26.07.2008 |
1) Apakah kata ganti nama diri yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?kamu atau kalian? "Saya mahu apabila kamu semua keluar dari sekolah ini, ______________ akan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat," kata Cikgu Mohamad kepada pelajar-pelajarnya. 2) Apakah perumpamaan yang sesuai bagi pernyataan di bawah? Seperti cincin dengan permata atau seperti isi dengan kuku? Pasangan suami isteri iaitu Cikgu Hamdi dan Ustazah Zarifah boleh dianggap sebagai pasangan yang sangat secocok kerana semenjak mendirikan rumah tangga sepuluh tahun yang lalu, mereka hidup rukun damai dan tidah berselisih faham. | 1. Kalian lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan yang bermaksud kamu. Oleh itu, kata ganti nama yang baku ialah kamu. 2. Peribahasa yang sesuai ialah seperti cincin dengan permata. | Tatabahasa | 05.06.2013 |