apakah maksud bagai aur dengan tebing | Berdasarkan sumber rujukan kami peribahasa ini menakrifkan hubungan antara suami dan isteri atau antara sahabat sejati yang sangat rapat seperti bandingan aur yang bergantung pada tebing. | Sastera | 27.02.2015 |
Tolong huraikan penggunaan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga dalam ayat pasif. Terima kasih. | Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan dan dicadangkan merujuk Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu terbitan SASBADI. Terima kasih. | Tatabahasa | 15.01.2008 |
"bagai aur dengan tebing" bermaksud hubungan yang sangat erat. Apa cerita di belakang peribahasa ini kerana maksud harfiahnya sukar dikaitikan dengan maksud kiasannya. | Berdasarkan sumber rujukan kami peribahasa ini menakrifkan hubungan antara suami dan isteri atau antara sahabat sejati yang sangat rapat seperti bandingan aur yang bergantung pada tebing. | Tatabahasa | 28.01.2011 |
adakah kata panggilan merupakan kata ganti nama diri ? | Kata ganti nama diri mengandungi perkataan yang nerujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 17.03.2013 |
Saudara masih belum menjawab satu soalan saya? Apakah kata ganti nama untuk masa dan waktu? | Kata ganti nama diri mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 24.02.2014 |
Saya Jirayus Afdall Dentong sedang belajar bahasa melayu dasar, Di Universiti Fatoni Salatan Thailand. igin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah pengertian kata Ganti nama ? terima kasih. | Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain spt kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang mis dia, saya, kamu. Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
Tuan, Bolehkah beta digunakan oleh kerabat diraja selain daripada Sultan/Raja sebagai kata ganti nama diri? Jika tidak, apakah kata ganti nama diri yang betul apabila misalanya 1. perbualan antara puteri dengan Sultan 2. perbualan antara puteri dengan puteri 3. perbualan antara puteri dengan rakyat jelata Terima kasih. | Selamat petang Dalam bahasa diraja, bentuk-bentuk dengan –nda/anda tetap utuh. Dalam sesuatu keluarga diraja, sapaan anakanda, ayahanda, bonda, kanda, dinda dan ninda merupakan bentuk hormatan yang digunakan. Penggunaan bentuk-bentuk hormatan ini menjadi kelaziman dalam pembahasaan antara ahli-ahli satu keluarga diraja dengan ahli-ahli keluarga diraja yang lain. Contohnya, seorang putera akan merujuk diri sendiri sebagai “kekanda”, dan dengan itu puteri yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “adinda” dan sebaliknya menurut pangkat umur. Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 04.08.2016 |
salam tuan.... adakah penggunaan kata "rapat" ini betul Rumah Salina terletak rapat dengan sekolah. terima kasih | Antara maksud rapat termasuklah dekat sangat atau berhampiran sungguh. Penggunaan kata rapat dalam ayat tersebut dibenarkan dengan syarat kedudukan rumah itu dekat sangat dengan sekolah. | Tatabahasa | 08.05.2012 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/Puan, Saya sering juga menggunakan khidmat nasihat DBP khususnya dalam mencari perkataan-perkatan terkini dalam bahasa melayu. Namun saya keliru dengan perkataan yang dahulunya rapat tetapi kini perlu dijarakkan. Namun, apabila saya mencari istilah seperti 'hakmilik' dan 'sepertimana' dengan menaip di ruangan carian kata, kedua-dua versi iaitu jarak dan rapat terpapar keluar. Pada Pandangan saya ini sangat mengelirukan, sepatutnya hanya versi yang terkini (jarak) sahaja yang sepatutnya terpapar keluar. Ini pastinya akan mengelirukan user. Terima Kasih | "Hakmilik" dalam bentuk istilah khususnya istilah undang-undang dieja sebagai satu perkataan seperti successors in title padanannya pengganti hakmilik dan historic title padanannya hakmilik sejarah, tetapi dalam bentuk rangkai kata umum hak milik dieja sebagai dua perkataan, contohnya; hak milik tanah mestilah dicatatkan di dalam buku pendaftaran. Walau bagaimanapun "seperti mana" sewajarnya dieja dengan dua perkataan. | Ejaan | 09.04.2009 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Peristiwa (suram) itu terjadi 10 tahun yang lalu. (b) Tulisannya sukar dibaca kerana sangat (kotor). (c) Rumah nenek nampak (segar) selepas dipasang kain langsir. (d) Anita Lim baru (segar) daripada demam. (e) Saya tidak suka makan daging kambing kerana baunya (manis). (f) Lembu jantan itu merenung kami dengan wajah yang (manis). (g) Kami tidur (rapat) kerana khemah itu sempit. (h) Lori itu (rapat) melanggar sebuah motosikal. (i) Ibu bangun lebih awal untuk (panas) lauk untuk kami. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |