Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangatlah

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kalau kerbau sekawan dapat dikawali,
     manusia seorang tiada dapat dimaklumi.

Bermaksud :

Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berapa sangatlah yang diperolehnya pada hari itu. Munsyi, adakah berapa betul digunakan dalam ayat ini? atau beberapa lebih sesuai kerana ayat ini merujuk kepada kata ganti nama tak tentu? TKDalam Kamus Dewan edisi keempat, berapa bermaksud 1. (kata tanya) untuk menanyakan jumlah (besar, bilangan, harga, tinggi, dll) 2. sebanyak mana, sebesar apa (jumlahnya)  3. bagaimana, betapa. Dalam ayat yang diberikan, "berapa" dan "beberapa" tidak boleh digunakan. Beberapa bermaksud lebih daripada dua tetapi tidak banyak. Ayat yang diberikan merupakan bahasa percakapan yang tidak rasmi.Tatabahasa11.06.2012
“Oleh sebab jauhlah perjalanan yang kami lalui ini, kami berasa sangatlah tidak selesa apatah lagi hujan turun sepanjang perjalanan.” Adakah perkataan “jauhlah” di sini salah digunakan?

Ayat yang betul ialah “Oleh sebab perjalanan yang kami lalui ini jauh, kami berasa sangatlah tidak selesa apatah lagi hujan turun sepanjang perjalanan.”

Tatabahasa25.08.2024
Perkataan 'terabur' dan 'berterabur' sangatlah luas dan kerap penggunaannya. Mengapa tiada dalam kamus?Soalan ini akan dipanjangkan kepada Bahagian Perkamusan untuk mendapatkan bantuan jawapan.  Jawapan mungkin mengambila masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Terima kasih.Tatabahasa20.06.2019
1. Berapakah wang yang telah dihabiskan untuk makanan aku? 2. Berapa sangatlah wang yang telah dihabiskan untuk makanan aku? Ayat yang manakah baku? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah ayat pertama, Berapakah wang yang telah dihabiskan untuk makanan aku?Tatabahasa14.08.2013
NO. PERMOHONAN IKLAN Pejabat kami di Petaling Jaya, Selangor dengan itu PBT kami ialah MBPJ. Tetapi kami telah tersalah pilih iaitu MBSA. Nasihat dan kerjasama dari pihak tuan sangatlah dihargai untuk membetulkan PBT kami. Terima kasih Regina Joseph 014-3229946Pihak Berkuasa Tempatan telah ditukarkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan iklan telah diluluskan.Lain-lain20.07.2022
Minta tolong salurkan aduan ini kepada pentadbir Gerbang Kata. Sila beri pilihan untuk memuatkan lebih daripada 20 (mungkin seratus atau dua ratus sekali gus) istilah dalam satu halaman. Sangatlah sukar untuk membaca sekilas kerana sudah lebih 30 halaman.Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388.Lain-lain20.04.2019
Salam Sejahtera, saya memuji laman web DBP yang baru, tetapi di manakah perkhidmatan thesaurus yang pernah ada di laman web pihak tuan. kerjasama pihak tuan dalam menyediakan semula perkhidmatan berkenaan sangatlah saya hargai..sekian terima kasih

Untuk menggunakan perkhidmatan carian tesaurus sdr.  boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain08.05.2009
Salam warga DBP, apakah POSTAG yang sesuai untuk perkataan yg mengandungi affixes + '-nya'. Kalau perkataan: /fungsinya/,/komposisinya/ kejayaannya ditagkan ke dalam NNG (Genitive Common nouns) bagaimanapula dengan perkataan: mengharunginya, terhadapnya, membahagikannya, dibentangkannya, dimaksudkannya Penerangan dari pihak DBP sangatlah diperlukan dan saya hargai. Terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada data berkenaan dengan POSTAG.Lain-lain02.11.2016
Salam Ramadhan 2015..saya ingin bertanyakan bagaimanakah cara untuk saya mengundang pegawai dari DBP untuk datang ke sekolah saya bagi menyampaikan ceramah tatabahasa bm upsr. InsyaAllah, pihak sekolah saya sedia memberi kerjasama keoada pihak DBP. Lebih-lebih lagi kehadiran pegawai DBP yang pakar dalam bidang bahasa sangatlah kami hargai dan mampu menaikkan semangat calon upsr 2015.Seperkara lagi, adakah pihak DBP menerbitkan buku tatabahasa lengkap yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah iaitu untuk upsrKami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Akademi DBP, ketuanya Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479000 atau e-mel dbp.gov.my">amran@dbp.gov.my.Lain-lain06.07.2015
Selamat sejahtera, Saya menghadapi kesukaran utk menentukan perbezaan antara 'sungguh' dan 'sangat' dalam konteks ayat. Ada tak formula untuk menggunakannya?TQ

Sangat bermaksud 1. terlalu, terlampau 2. hebat, kuat, menjadi teruk 3. benar-benar(sungguh-sungguh, sememangnya Contoh: Bilangan murid yang mendapat sijil pertama sangatlah sedikit.

Sungguh bermaksud 1. tidak bohong,tidak lancung, benar,betul 2. amat, sangat, terlalu. Contoh: bising sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar.    Penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks. 

  

Tatabahasa30.01.2008
12

Kembali ke atas