Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.ga.han] | سڠݢهن

Definisi : bantahan atau tentangan (terhadap sesuatu): lekas benar dia mengalah apabila menerima ~ drpd isterinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.ga.han] | سڠݢهن

Definisi : bantahan atau tentangan terhadap sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanggah
Kata Terbitan : menyanggah, sanggahan, penyanggahan, penyanggah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya berminat menganalisa novel Cakra Waruga karya Pak Arena Wati untuk Extended Essay. Topik yang saya ingin bincangkan ialah berkenaan tentang kritikan dan masalah yang dihadapi oleh golongan intelek. Apa perkataan yang saya boleh gunakan untuk menggabungkan kedua-dua ini. Saya bercadang untuk menggunakan perkataan "polemik", adakah ia relevan?

Perkataan polemik lazimnya digunakan bagi tujuan yang melibatkan kegiatan pertukaran, perbantahan atau perdebatan antara dua pihak yang berbeza pandangan mengenai sesuatu isu/masalah.  Jika  saudara melakukan penghujahan dengan menggunakan teknik/kaedah sedemikian dalam esei saudara,  maka saudara bolehlah menggunakan perkataan tersebut bagi tujuan penghujahan subjek yang ingin saudara ajukan.

 Adakah soalan saudara itu juga bertujuan untuk mendapatkan judul esei yang sesuai?  Jika demikian saya mencadangkan judul esei saudara ialah " Analisis kritis permasalahan golongan cendekia dalam Cakra Waruga"atau "Polemik permasalahan golongan cendekiawan dalam Cakra Waruga" dengan memasukkan hujahan sokongan dan sanggahan

Salam takzim.

Lain-lain03.08.2010

Kembali ke atas