apakah peribahasa yg mempunyai maksud berikut : 1. mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka 2.bertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yg bernar 3.apabila menyedari bhw kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan berusaha utk membetulkannya | Peribahasa yang sesuai untuk mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka ialah bulan jatuh ke riba. Manakala ertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yang benar ialah berani kerana benar. Sila rujuk Kamus Peribahasa Melayu karya Abdullah Hassan untuk mengetahui maksud atau peribahasa yang sesuai. Harap maklum. | Makna | 16.07.2008 |
(Oh , Eh) tidak sangka Sandra mahu menyertai pertandingan silat itu! Maaf saya ingin bertanya tentang jawapan tersebut adakah eh jawapan yang tepat? | Untuk makluman puan, eh ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll) , manakala oh pula ialah kata seru untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll). Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama. Puan boleh merujuk laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 21.05.2020 |
Apa Perbezaan Tanpa dan Tampa? | Tanpa bermaksud dengan tiada dan tampa dalam frasa salah tampa bermaksud salah sangka. | Makna | 20.06.2013 |
maksud banjir kilat mengikut kamus DBP | Maknanya ialah banjir yg berlaku dgn serta-merta atau dgn tidak disangka-sangka. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 22.08.2009 |
MAKSUB PERKATAAN 'TIBA-TIBA' DALAM KAMUS DEWAN | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tiba-tiba bermaksud dengan tidak disangka-sangka, dengan mendadak dan sekonyong-konyong. | Makna | 05.01.2007 |
Harap encik/puan boleh tolong menterjemahkan bahan iklan tersebut. Terjemahan terkini adalah seperti berikut: Launch Print Ad – BM HEADLINE Siapa sangka Formula One™ boleh membantu anda menikmati lebih penjimatan petrol? Kami menjangka. Kami menciptanya. BODYCOPY Teknologi Formula One™, untuk semua. Petrol ciptaan kami menjadi pemacu Pasukan Formula One™ MERCEDES AMG PETRONAS. Kecekapannya yang unggul membolehkan mereka berlumba dengan pengurangan petrol sebanyak 30%. Kami terapkan teknologi yang sama dalam rumusan baharu Advanced Energy Formula yang membersih, menghasilkan semburan lebih halus dan mengurangkan geseran untuk penjimatan petrol yang unggul. Alami sendiri teknologi paling inovatif di dunia, kini di semua stesen PETRONAS. | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 20.05.2014 |
asal usul perkataan kira dan maksud perkataan kira | Perkataan 'kira' berasal daripada kata Melayu asli, iaitu 'kira-kira'. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kira bermaksud 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka; 2. fikir, rasa, anggap; 3. taksiran, hitung; 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran; dan 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah merujuk Kamus Dewan Edisi Kempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 05.01.2007 |
"Meniti harapan, menggapai asa" adakah betul bagi ayat tersebut dan membawa makna? apakah ayat yang lebih sinonim untuk digantikan dengan kata "asa" terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud asa ialah 1. harapan 2. sangka atau sengaja Maka cadangan ayat yang lebih sesuai ialah "Meniti cabaran, menggapai harapan" | Makna | 23.10.2018 |
Apakah contoh-contoh novel kanak-kanak yang berunsurkan islam? | Semua novel kanak-kanak yang diterbitkan oleh DBP mempunyai unsur-unsur Islam, kerana dalam setiap novel nilai-nilai murni menjadi salah satu nilai yang diterapkan dalam novel. Setiap novel yang dipilih untuk diterbitkan mesti mempunyai nilai murni, seperti berbudi bahasa, berbaik sangka, ketaatan kepada ibu bapa, menghormati orang tua dan sebagainya. | Lain-lain | 16.07.2009 |
Salam sejahtera, Saya ingin tahu perbezaan perkataan 'fikir' dan 'berfikir' dan penggunaan kedua-duanya sebagai kata kerja. Boleh tolong beri contoh ayat? Terima kasih. | Untuk makluman, fikir merupakan kata nama yang bermaksud: 1. Akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur dan angan-angan. Contoh: “Fikir itu pelita hati.” dan “Tidak habis fikir.” 2. Anggapan, pendapat, sangka, kira. Contoh: “Dia fikir bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya." Manakala, berfikir merupakan kata kerja yang bermaksud memerah otak, menggunakan akal, bermenung, mempertimbangkan, beranggapan, bercadang, berasa dan mengingat. Contoh: “Dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.”
| Tatabahasa | 26.11.2019 |