Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk program *work attachment* dan *student attachment*? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "work attachment" dan "student attachment". Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk attachment, iaitu penempatan dan sangkutan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penempatan pelajar (Program Penempatan Pelajar). | Istilah | 01.06.2013 |
Apakah perkataan yang sesuai untuk menterjemahkan perkataan Attachment ke dalam Bahasa Melayu. Contoh perkataan adult attachment | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "adult attachment". Walau bagaimanapun, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk attachment, iaitu penempatan, perapatan, penahanan, pelekapan, pelekatan, alat tambah dan sangkutan. Padanan bahasa Melayu ini berbeza berdasarkan konsep dan bidang. Oleh itu, puan perlu mengetahui konsep istilah tersebut unutk mengetahui padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 07.08.2012 |
Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding. | Saudara, Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Bajunya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 bersangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu perkara (urusan dsb); melibatkan. menyangkutkan meletakkan sesuatu pd kait; menggantungkan; menggayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; terpaut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkutan hal, keadaan dsb bersangkut atau bersangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk menyangkutkan sesuatu. Daripada makna di atas, kata menyangkut digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding. | Tatabahasa | 25.08.2010 |
skop tugas seorang editor. | Tugas Editor Secara Umumnya: 1. Membuat penilaian manuskrip 2. Mempewraku buku/manuskrip untuk diterbitkan 3. Membuat penyuntingan Substantif dan penyuntingan kopi 4. Membuat penyediaan bahan lengkap Naskhah Sedia Kamera (NSK/CRC) 5. Menyediakan perwajahan buku 6. Memantau bahan siap dicetak dan terbit serta jual. Selengkapnya perlu menhadiri kursus atau sangkutan mana-mana penerbit berwibawa | Lain-lain | 23.10.2009 |