Sanjungan berikut - yang manakah betul - Selamat Hari Merdeka atau Selamat Hari Kemerdekaan? | Ayat yang lebih betul dan gramatis ialah ayat yang kedua walau bagaimana pun ayat yang pertama pun boleh digunakan. | Makna | 09.08.2007 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, PERMOHONAN SEMAKAN ISTILAH Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan, saya diberi tanggungjawab untuk merekabentuk paparan latar belakang Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 Dan Penghargaan Pesara Tahun 2024. 3. Bagi mencipta kelainan pada tahun ini, terdapat cadangan untuk menukarkan nama majlis tersebut kepada bahasa yang lebih indah lagi contohnya Penghargaan Pesara ditukarkan kepada LESTARI BUDI atau LAMBAIAN BUDI atau SANJUNGAN BUDI, LESTARI KASIH. 4. Mohon bantuan khidmat nasihat daripada pihak tuan untuk memberikan maksud sebenar cadangan perkataan/tersebut dan adakah perkataan/istilah tersebut sesuai untuk menggantikan Penghargaan Pesara. 5. Mohon juga cadangan daripada pihak tuan jika ada istilah yang sesuai bagi menggantikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) agar ayat tersebut lebih seimbang secara keseluruhan. 6. Bantuan tuan berhubung perkara ini saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Hasfaizah Binti Zaini, Seksyen Pengurusan Teknologi Maklumat, Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Telefon : 0168314515 Email : hasfaizah.zaini@moh.gov.my | Cadangan yang sesuai bagi menggantikan penggunaan “Penghargaan Pesara” ialah “Sanjungan Budi” atau “Lambaian Kasih”. Perkataan “lestari” tidak sesuai digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1313, perkataan tersebut bermaksud dalam keadaan tidak berubah daripada yang asal atau tetap pada kedudukan atau pada tahap yang tertentu. Manakala bagi penggunaan “Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)”, pihak kami mencadangkan supaya nama tersebut dikekalkan. | Makna | 11.07.2024 |
Salam terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBP kerana telah membantu UTM memilih nama majlis anugerah kualiti kita kepada Anugerah Citra karisma. Sekali lagi saya ingin mendapatkan kerjasama pihak tuan untuk mencadangkan nama klasik untuk majlis meraikan pesara dan bakal pesara utm yang bakal diadakan pada November 2009. Atas kerjasama saudara dalam perkara ini didahului dengan terima kasih. | Saudara Norazizah, Kami mencadangkan nama berkut : i. Majlis Jasamu Dikenang ii. Majlis Sanjungan Budi iii. Majlis Budimu Disanjung | Lain-lain | 02.09.2009 |
Maksud lansung | Langsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; | Lain-lain | 04.08.2010 |
pemimpin negara yang sangat saya SANJUNG ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj PILIH perkataaan seerti bagi SANJUNG A puji B suka Cgemar D hormat terima kasih | Sanjung membawa maksud; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn berlebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji. Dalam konteks ayat tersebut perkataan hormat boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.05.2015 |