apa perbezaan bahasa Sanskrit dan bahasa melayu | Bahasa Sanskrit ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi. Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu yang tergolong dalam cabang Nusantara daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa. | Lain-lain | 24.08.2023 |
Assalamualaikum. Saya Aisyah Binti Ibrahim ingin bertanya tentang kosa kata bahasa Sanskrit. Bolehkah sebut kosa kata Bahasa Sanskrit sebanyak mungkin. Terima kasih | Senarai kosa kata Sanskrit tidak ada dalam sumber rujukan kami. | Tatabahasa | 15.10.2015 |
Berikan contoh-contoh perkataan sanskrit. Bincangkan. | Contoh perkataan Sanskrit ialah anugerah, bahagia dan derhaka. Apakah yang dimaksudkan dengan "bincangkan"? Sekiranya ini merupakan tugasan di institusi pendidikan tuan/puan, sila buat rujukan melalui bahan bacaan seperti Kamus Dewan Perdana, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan buku-buku lain yang berkaitan. Tuan/puan juga boleh membuat carian melalui Internet bagi membantu tuan/puan menyelesaikan tugasan tuan/puan. | Lain-lain | 29.08.2023 |
bagaimana caranya untuk saya memperolehi makna perkataan melayu dalam bahasa sanskrit | Soalan sdr terlalu luas dan umum. Untuk memperoleh perkataan Melayu dlm bahasa sanskrit sdr cubalah mencari kamus sama ada di perpustakaan universiti ataupun di perpustakaan negara. Persoalan kami, apakah bidang yg sdr inginkan? Buat permulaan, sdr lihatlah dahulu teks Melayu lama dan perhatikan di bahagian glosari yg mencatatkan tentang makna bahasa tertentu, misalnya sebutan sanskrit dan maknanya dalam bahasa Melayu. Saya pasti setiap glosari dalam kebanyakan teks Melayu lama yg terdapat di perpustakaan, terdapat pemerolehan ini. Terima kasih. | Makna | 21.09.2008 |
Diharapkan pihak DBP dapat menyediakan platform(buku, e-book, pdf) untuk perkataan bahasa melayu lama(sanskrit, klasik dll). Saya meminati untuk belajar bahasa | DBP belum menghasilkan satu terbitan khusus seperti buku atau risalah senarai kata yang bersumberkan kata Sanskrit atau klasik. Walau bagaimanapun sebagai pelajar yang minat untuk belajar bahasa tuan boleh menyemak kamus dan mencari perkataan yang dilabelkan dengan ark (arkaik) dan sl (sastera lama) kerana kata-kata ini dikategorikan sebagai kata klasik (ada juga yang bersumberkan kata Sanskrit) dan sebahagian daripadanya sudah jarang digunakan. | Lain-lain | 27.09.2019 |
Apa beza bahasa kuno dengan bahasa sanskrit? | Bahasa kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan pada zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dan sebagainya. Bahasa Sanskrit pula ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi. | Lain-lain | 24.08.2023 |
saya ateekah madeng ,sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya DBP perkataan "pahala" itu berasar daripada bahasa sanskrit atau tidak bagaimana contoh dalam ayat terima kasih atas jawapannya. | Kata ‘pahala’ ialah kata pinjaman daripada kata Sanskrit. Sila layari prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" untuk mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. | Makna | 22.09.2014 |
apakah yang dikatakan bahasa serapan nusantara ke dalam bahasa melayu? adakah bahasa nusantara sama dengan bahasa sanskrit? | Bahasa Nusantara merujuk bahasa yang dituturkan di Kepulauan Melayu atau wilayah Nusantara termasuklah keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya. Bahasa-bahasa tersebut diambil dan diserap kedalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit adalah salah satu bahasa Indo-Eropah yang paling tua yang masih dikenal, dan masih menjadi salah satu bahasa rasmi di India.Oleh itu bahasa nusantara dan bahasa sanskrit adalah dua bahasa yang berbeza. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Perkataan “puasa” berasal daripada bahasa Sanskrit, manakala perkataan “ramadan” berasal daripada bahasa Arab. Adakah ayat di atas betul dari segi tatabahasa? | Sila kemukakan soalan yang jelas. | Lain-lain | 05.11.2024 |
Assalamualaikum, Apakah ciri-ciri / perbezaan antara seloka dan gurindam? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun nama gurindam itu berasal daripada pengaruh asing, tetapi bentuk gurindam itu dicipta oleh masyarakat Melayu sendiri dan berkembang dalam tradisi lisan Melayu. Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas untuk tujuan memberi nasihat dan pesanan. Gurindam digubah dalam bahasa yang indah. Berikut diturunkan salah satu contoh gurindam, iaitu: Kalau banyak berkata-kata, Di sanalah boleh terjadi dusta. Seloka juga berasal daripada bahasa Sanskrit, tetapi dalam bahasa Melayu seloka adalah sejenis puisi lisan Melayu yang tiada tetap sajaknya. Puisi ini digubah bertujuan untuk menyindir, mengejek, bergurau senda dan berjenaka dengan menggunakan bahasa yang berangkap seperti yang berikut: Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang. | Lain-lain | 28.08.2009 |