Bagaimana hendak membuat nota kaki? | Nota yang dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga | Ejaan | 09.08.2006 |
bagaimanakah cara betul menulis nombor rujukan nota kaki (footnote) di penghabisan ayat? adakah nombor rujukan ditulis sebelum atau selepas titik noktah? | Nota kaki dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri. Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut: Nama penulis (diikuti dengan tanda koma) Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah) Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah) Jilid (diikuti dengan tanda noktah) Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah. Walau bagaimanapun sdr boleh merujuk secara terperinci buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. | Lain-lain | 11.03.2008 |
Bagi buku teks BM Tahun 3 SJKC, didapati permulaan setiap perenggan pertama suatu petikan tidak dijarakkan sedikit tetapi permulaan perenggan kedua dan berikutnyanya dijarakan pula. Adakah ini format baharu untuk petikan atau karangan? | Perenggan pertama ialah perenggan konsep, mengandungi ayat tesis atau idea utama kepada subidea. Perenggan konsep (perenggan pertama) mesti santak kiri untuk membezakannya dengan perenggan fizikal, iaitu idea-idea sokongan kepada idea utama. | Lain-lain | 02.10.2006 |
ADAKAH FORMAT BARU UNTUK PENULISAN MINIT MESYUARAT DAN SURAT KIRIMAN RASMI? | Format penulisan minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Bentuk ini dipilih bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Misalnya, mesyuarat berkala lazimnya menggunakan format kotak, manakala mesyuarat agung menggunakan format tanpa kotak. Bagi penulisan surat rasmi pula, format yang diguna pakai umumnya berbentuk santak kiri. Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan pihak INTAN atau Jabatan Perkhidmatan Awam. | Lain-lain | 02.07.2009 |
Salam 1Malaysia Bagaimana nak membezakan penggunaan digunapakai dengan diguna pakai. Bagaimana cara menulis nota kaki | 1. Ejaan yang betul ialah diguna pakai. 2. Buku Gaya Dewan Edisi Ketiga memberi garis panduan yang berikut: a. Muka taip nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip. b. Jarak di antara garis pemisah dengan garis dasar baris pertama nota kaki ialah satu em. c. Saiz taip nota kaki dua poin lebih kecil daripada saiz taip teks. d. Reka letak maklumat nota kaki hendaklah dipisahkan daripada teks oleh satu garis halus mendatar sepanjang 2.5 cm. e. Jarak di antara garis dasar baris akhir teks dengan garis pemisah nota kaki hendaklah tidak kurang daripada satu em. f. Nombor nota kaki dicetak santak kiri. Bahan nota kaki hendaklah sebaris dengan nombor dan dijarakkan satu em. Baris nota berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu. Sila rujuk Gaya Dewan Edisi ketiga untuk keterangan selanjutnya. | Ejaan | 19.09.2011 |
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah DBP menyimpan sebarang maklumat terperinci mengenai gaya penulisan ilmiah (Gaya Dewan) khususnya dalam menulis nota kaki dan bibliografi? Terima kasih. | Saudara Ronil, bibliografi ditulis mengikut kaedah ini: i. Nama penulis, editor, atau penyusun diikuti dengan tanda koma. ii. Tahun terbit diikuti dengan tanda noktah. iii. Judul dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. iv. Jilid, diikuti dengan tanda noktah. v. Edisi dan cetakan, diikuti dengan tanda noktah. vi. Tempat terbit diikuti dengan tanda titik betindih. vii. Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. viii. Nama penterjemah, diikuti dengan tanda noktah. ix. Judul penerbitan berkala, diikuti dengan tanda noktah. x. Kata singkatan "dlm." dan "hlm." . xi. Bilangan siri, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah. xii. Bentuk penerbitan, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah. Nota kaki ditulis di sebelah bawah ruang teks, pada halaman yang sama. Nota kaki dipisahkan daripada teks, oleh satu garis pemisah mendatar dan ditulis santak kiri. Teks nota hendaklah ditulis sebaris dengan nombor nota. Baris berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu. Nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip dan ditulis berurutan, bermula dengan nombor satu bagi setiap bab. Jika di dalam sesebuah buku itu terdapat banyak nota yang panjang, bahan ini bolehlah disusun sebagai nota bab atat nota hujung. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 04.03.2010 |