Salam. Sekolah kami ingin menamakan secara rasmi dewan makan sekolah dengan nama Balai Santapan. Adakah itu dibenarkan? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud Balai ialah gedung, rumah (untuk awam) atau pejabat manakala menurut Kamus Dewan Edisi Kedua maksud santapan pula ialah makanan atau minuman atau apa-apa yang disantap. Maka penggunaan Balai Santapan betul dan boleh digunakan bagi dewan makan. | Makna | 19.09.2019 |
Mercu Jaya, Citra Utama, Citra Perdana, Santapan Perdana, adakah nama2 ini sesuai untuk sesebuah dewan ataupun bilik? | Mercu Jaya, Citra Utama, Citra Perdana, Santapan Perdana tidak sesuai untuk menamakan dewan atau bilik | Lain-lain | 07.08.2008 |
1. Adakah majlis santapan diraja merupakan kata nama khas? 2. Adakah ayat bersusunan biasa di bawah ini mengandungi kesalahan? Saya setiap hari ke pasar. Terima kasih. | 1. Kata Nama Khas: Majlis Santapan Diraja Sempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong. 2. Kata Nama Am: Saya sedang menguruskan majlis santapan diraja. 3. Contoh ayat yang dinyatakan tersebut betul penggunaannya. | Tatabahasa | 23.05.2017 |
Bagaimanakah cara menyebut bagi perkataan santapan? adakah san-ta-pan atau san-tap-an? | Puan Isme Azura, Cara sebutan perkataan tersebut ialah san.ta.pan. | Tatabahasa | 19.04.2010 |
harap pihak tuan dapat memberikan suku kata yang tepat untuk perkataan berikut: 1)santapan 2)memperolehi 3)Allah 4)mengisi 5)kebaikan 6)permainan 7)dunia 8)kaum tq | Saudara Asmazaira, Suku kata yang tepat adalah seperti yang berikut: i. san.ta.pan ii. mem.per.oleh (bukan memperolehi) iii. Al. lah iv. me.ngi.si v. ke.bai.kan vi. per.mai.nan vii. du.nia viii. kaum | Ejaan | 15.04.2010 |
Adakah DBP menerbitkan kamus yang memberi definisi perkataan-perkataan bersertakan golongan kata seperti yang telah diterbitkan oleh pelbagai kamus bahasa Inggeris (Oxford, Longman, dll.)? Contoh: Makan - 1. (kata kerja) perbuatan.... 2. (kata nama) santapan... Sesetengah perkataan yang dicari di halaman Carian Kata PRPM tidak mempunyai paparan golongan kata. Sebagai contoh, perkataan "punya" tidak diberi golongan katanya di halaman tersebut, tetapi hanya diberi penjelasan definisinya. Paparan golongan kata mampu meyenangkan lagi tugas penyelidik dalam bidang linguistik seperti saya. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, DBP telah menerbitkan buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan: Edisi Baharu, 2008 yang memerikan perkataan berserta dengan golongan kata. Sebagai contoh, perkataan makan diberikan pemerian dan golongan kata berserta kata terbitan yang terhasil pada halaman 538 manakala perkataan punya pada halaman 681. Bagi penyelidik linguistik seperti tuan, kami cadangkan tuan mempelbagaikan sumber rujukan bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang lebih tuntas. | Tatabahasa | 04.06.2014 |
Sultan Selangor akan berangkat untuk menghadiri majlis makan-makan diraja yang diadakan di sebuah hotel terkenal. Tuan, makan-makan adalah salah dan apakah perkataan yang sesuai digantikan? | Perkataan yang sesuai digunakan ialah santapan. | Istilah | 03.08.2011 |
Puteri raja itu akan menghadiri majlis makan malam diraja yang diadakan di sebuah hotal terkemuka. soalan saya ialah kenapa kesalahan bahasa adalah makan malam. jika benar kesalahan bahasa adalah makan malam, apakah parkataan yang paling sesuai digunakan di sini? bolehkan perkataan makan malam diganti dengan makan kawah? | Bahasa diraja untuk makan ialah santap. Oleh yang demikian perkataan yang sesuai digunakan ialah majlis santapan malam. Perkataan makan kawah tidak boleh digunakan kerana perkataan ini bukan bahasa diraja. | Tatabahasa | 29.05.2008 |