Berdasarkan tajuk buku "Betulkan Tatabahasa" hasil penulisan Tan Wee Chien terbitan SAP Publications, pembetulan ejaan untuk taekwando ialan tae kwan do. mohon penjelasan. | Ejaan yang betul ialah tae kwan do, untuk maklumat lanjut klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tae+kwan+do. | Ejaan | 20.01.2015 |
Salam. Saya ingin mengetahui terjemahan yang sesuai dan tepat bagi singkatan GCE (General Certificate of Education), GCSE (General Certificate of Secondary Education), dan GDP (Gross Domestic Product). Harap pihak DBP dapat membantu. Terima kasih. | Walaikumussalam. Menurut data kami, GCE diterjemahkan sebagai Sijil Am Pelajaran (SAP); GDP diterjemahkan sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). GCSE tidak digunakan di Malaysia. Sijil peringkat sekolah menengah di Malaysia ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STP). Namun begitu, kami mencadangkan padanan GCSE dalam bahasa Melayu ialah Sijil Am Pendidikan Menengah. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 15.09.2017 |
Hani Haizan Sep 22nd, 4:05pm Salam, tumpang bertanye ye..saya Hani bertanya bagi pihak Puan Rozita ia itu pengasas Sendayu Tinggi dan Product Jamu Ratu Malaya, saya ingin buat program wanita di Dewan Bahasa Dan Pustaka, program tu seperti seminar kesihatan, demo make up, demo pakai tudung..Puan Rozita Ibrahim sendiri akan turun ke sana utk memberikan ceramah, ceramah ini akan berlangsung selama 2 1/2 jam..mungkin boleh di selitkan pada hari jumaat semasa lunch hour atau bila-bila masa yg free .dengan siapa saya harus ber komunikasi? jika tidak keberatan boleh saya dapatkan no hp beliau..ni hp saya..boleh direct wat sap saya ye 016-6655435.Terima Kasih | Berkaitan dengan perkara ini, puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 22.09.2014 |