Maksud bunjut dalam sup bunjut dan kenapa ia tiada dalam kamus. | Menurut data kami penggunaan frasa yang betul ialah punjut yang bermaksud sapu tangan dan lain-lain yang keempat-empat sudutnya diikat menjadi satu (untuk membawa sesuatu); memunjut menyimpulkan (mengikat) keempat-empat sudut sapu tangan dan lain-lain (menjadikan punjut). (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala sup bunjut pula merupakan nama yang telah didaftarkan. | Lain-lain | 21.09.2018 |
adakah bongkah polistirena dan bola ping pong serta penyambung "L" merupakan kata majmuk rangkai kata bebas? | Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: 1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya. 2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks. 3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas. kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133. Jika merujuk kepada maksud tersebut, ini bermakna bongkah polistirena, bola pingpong dan penyambung 'L' merupakan kata majmuk bebas. | Tatabahasa | 29.12.2015 |
macam mana kita hendak mengenal pasti kata majmuk? ilmu pengetahuan, nilai murni, rakan sebaya itu kata majmuk ke? ibu bapa itu kata majmuk atau bukan ? | Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar ; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan perkataan yang sdr. tanyakan juga adalah kata majmuk. | Tatabahasa | 04.04.2007 |
Assalamualaikum, Mana satukah ayat yang betul untuk sekolah rendah. 1. Kereta itu ada empat tayar 2. Kereta itu ada tayar empat Mohon pencerahan daripada pakar. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah ayat 1.: Kereta itu ada empat tayar. Apabila unsur penerang itu terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan, maka penerang demikian boleh mendahului inti, iaitu hadir di bahagian hadapan frasa nama seperti: empat tayar sekawan burung tiga helai sapu tangan semua pasukan | Lain-lain | 13.05.2016 |
bagaimana hendak mengenal pasti kata majmuk? kemudian, adakah perkataan "sebagai",dan "ialah" juga merupakan kata majmuk? soalan kedua, perkataan "bersamanya", apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "-nya"? adakah ianya adalah kletik? dan bagaimana hendak diterangkan dalam pembentukan kata bagi perkataan "bersamanya". | Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar ; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: 1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya. 2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks. 3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas. kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133. "Sebagai" dan "ialah" bukan kata majmuk. "Sebagai" ialah kata sendi manakala "ialah" kata pemeri. "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga yang juga boleh berfungsi sebagai kata pembenda/penekan. Keterangan lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 295. | Istilah | 18.02.2009 |
Bagaimanakah caranya untuk membezakan kata ganda dengan kata majmuk ? contohnya mengapakah ' asal usul' tidak diberi sempang (-). Adakah perkataan ini kata ganda atau kata majmuk ? | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar ; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Asal usul ialah kata ganda kerana kedua-dua kata tersebut mempunyai makna tersendiri. | Tatabahasa | 18.10.2009 |
Salam sejahtera, Persoalan saya adalah mengenai cara penulisan dalam karya kreatif seperti novel dan cerpen. Adakah dalam gaya penulisan kreatif, perkataan seperti "ke", "kan", dan "kot" perlu diitalickan. Perkataan seperti ini adalah gaya percakapan harian yang biasanya dalam dialog seperti "Kan saya dah kata..." , "Mak cik dah sapu ke kat tangan?" , dan "Mungkin sebab aku gemuk kot". Atau boleh sahaja dibiarkan roman tanpa perlu italic. Mohon pencerahan pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Tidak perlu ditulis condong (italic). | Tatabahasa | 17.01.2024 |