Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.puan] | ساڤوان

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.puan] | ساڤوان

Definisi : hal menyapu; hasil drpd menyapu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan di antara frasa adalah dengan ialah contoh : ...... ialah sikap ...... adalah sikap yang mana satu jawapan yang betul

Sdr Sapuan,

Bagi menjawab pertanyaan sdr, jawapan yang betul ialah sikap bukan adalah sikap. Hal ini kerana, penggunaan kata pemeri  ialah hadir di hadapan atau sebelum kata nama. Kata sikap yang bergaris  dalam ayat ini merupakan kata nama. Manakala penggunaan kata pemeri adalah hadir di hadapan atau sebelum kata adjektif atau kata sendi. Contohnya:

  1. Sayur-sayuran segar adalah baik untuk kesihatan kita. (Kata baik yang bergaris merupakan kata adjektif).

  2. Wang yang dikumpulkan itu adalah untuk tujuan amal. (Kata untuk yang merupakan kata sendi).

Tatabahasa26.02.2009
Salam sejahtera. Boleh Tuan/Puan sarankan istilah bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk 'hazel nut spread'? Saya sedang cuba membantu anak teman saya menterjemahkan istilah tersebut tetapi tidak dapat mencari istilah yang sesuai di Carian Kata. Terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "hazel nut spread" ialah sapuan kacang hazel.Istilah01.02.2016
Syarikat kami menghasilkan mentega dan lepa susu. Pegawai daripada pejabat kesihatan memberitahu kami bahawa perkatan 'lepa susu' tidak sesuai digunakan dalam label sebab sumber bahan mentah bukannya semua daripada haiwan. Kami ingin tahu apa lagi perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan istilah 'lepa susu istimewa' yang dapat menterjemahkan perkataan ' luxury spread'. Harap pihak tuan dapat menolong kami untuk mendapat jawapan. Sekian, terima kasih.Cadangan kami ialah sapuan istimewa.Istilah12.09.2008

Kembali ke atas