Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = ~ hidup keperluan utk hidup (wang, makanan, dll), nafkah: suamilah yg ber-kewajiban berusaha mencari ~ hidup; 2. = wang ~ wang bantuan, wang sokongan hidup: ia mendapat ~ drpd syarikat itu; bersara 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2. berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan): bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena badminton baru-baru ini; membersarakan menyebabkan (membuat supaya) bersara: langkah ini diambil utk me-mudahkan pemimpin parti ~ Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yg difikir-kan perlu diganti; menyara menanggung sara hidup, memberi sara kpd: harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat; mereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yg berbilang mulut; saraan wang yg diberikan kpd seseorang utk membantu kehidupannya: ~ ini akan ber-panjangan sehingga ahli keluarga itu mampu berdikari; persaraan perihal (keadaan dsb) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara: penge-cualian cukai juga diberikan ke atas pen-dapatan drpd ~; penyaraan perihal (perbuatan, usaha dsb) me-nyara: kos ~ keluarga semakin meningkat sedangkan pendapatan mereka tidak ber-tambah; pesara orang yg sudah bersara (drpd bekerja atau berkhidmat); penyara orang yg menyara: sbg anak sulung, dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab Almarhum ayahnya sbg ~ keluarga mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Terdapat perbezaan pendapat antara Sara dengan Lina. 2. Terdapat perbezaan pendapat antara Sara dan Lina. Yang manakah betul?Yang betul ialah yang pertama, iaitu terdapat perbezaan pendapat antara Sara dengan Lina.Lain-lain10.11.2006
Mohon jawapan daripada pihak Tuan yang bijaksana. Jawapan manakah yang paling tepat? 1. Sara menunggu Halim di tengah Kota Nicea. 2. Sara menunggu Halim di tengah kota Nicea. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Sara menunggu Halim di tengah kota Nicea.Tatabahasa11.07.2013
Adakah ayat ini betul? Sara berpakaian seperti seorang doktor.Ayat  "Sara berpakaian seperti seorang doktor." adalah betul.Tatabahasa26.08.2013
menyara keluarga , menyara hidup keluarga dan menyara kehidupan keluarga,mana yang betul?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menyara bermaksud menanggung sara hidup, memberi sara kepada. Oleh itu, ayat yang lebih tepat ialah menyara keluarga. Perkataan 'hidup' atau 'kehidupan' tidak perlu kerana perkataan menyara sudah merangkumi maksud tersebut.

Tatabahasa18.01.2011
Salam sejahtera. Tuan, apakah istilah bagi orang yang mencari barang-barang buangan untuk dijual sebagai sara hidup. Sekian terima kasih.Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah peniaga barang lusuh (secondhand dealer).Istilah25.02.2013
dalam imbuhan BM, terdapat imbuhan peN-, N yang berhuruf besar itu merujuk kepada apa? -dalam kategori peN, terdapat imbuhan pe-, dalam imbuhan biasa juga terdapat imbuhan pe-, apa beza imbuhan pe- di bawah peN dan pe- sahaja.Merujuk Tatabahasa Dewan, imbuhan peN...an, 'N' huruf besar kerana mewakili pe, per, peng, peny. Perubahan peN..an menjadi pe..an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m,n,ng,r,l,y dan w. Contoh: lari - pelarian, waris - pewarisan, manakala contoh imbuhan pe sahaja: lari - pelari, sara - pesara. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 121-122.Tatabahasa08.04.2010
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak?Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis.Tatabahasa06.12.2009

Kembali ke atas