Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ra.an] | ساراءن

Definisi : wang yg diberikan kpd seseorang utk membantu kehidupannya: ~ ini akan ber-panjangan sehingga ahli keluarga itu mampu berdikari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saraan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mohon penjelasan tentang susunan jabatan, bahagian, seksyen dan unit bagi struktur organisasi sesebuah jabatan kerajaan dari yang besar sehingga yang paling kecil.

Susunan yang dicadangkan bagi sesuatu organisasi (termasuklah sama ada jabatan, institut, pusat, universiti, atau kolej) ialah Jabatan, Bahagian/Seksyen, dan Unit. Jabatan ialah organisasi paling induk yang diketuai oleh seorang ketua yang digelar sama ada Ketua Pengarah, Pengarah, Setiausaha Bahagian. Bahagian atau Seksyen pula merujuk kepada organisasi yang mengkhusus kepada bidang pentadbiran tertentu, seperti Kewangan, Sumber Manusia, dan Pentadbiran Am. Unit pula organisasi terkecil dalam sesebuah jabatan yang menjalankan fungsi lebih mengkhusus kepada bidang tertentu seperti unit perkhidmatan dan rekod, unit pinjaman, dan unit gaji dan saraan.

Istilah19.03.2014

Kembali ke atas