Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rah] | ساره

Definisi : Br, Mn serah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rah] | ساره

Definisi : Br sj peti drpd kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sarah mencuci pinggan di dalam singki, betul atau salah ? Jika salah mengapa?Ayat ini betul.Tatabahasa25.05.2014
Sarah mencuci pinggan yang kotor di singki. Ayat ini betul atau salah dari segi tatabahasanya. Jika salah, mengapa?Ayat ini juga betul.Tatabahasa21.05.2014
Sarah makan bersama ayah di gerai itu.(ayat penyata) Makanlah bersama ayah di gerai itu Sarah. (ayat suruhan) betulkah ayat tersebut setelah ditulis semula menjadi ayat perintah?Makanlah bersama-sama ayah di gerai itu Sarah merupakan ayat perintah.Tatabahasa14.10.2021
1. Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau. 2. Puan Sarah berada di hadapan gerai sambil memilih buah limau. Ayat manakah yang betul?sila berikan penjelasan jika penggunaan kata hubung itu salah. Terima kasih

Ayat yang betul ialah  “Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau.”

Kata hubung “sambil” tidak tepat untuk ayat ini kerana perkataan ini sesuai digunakan untuk menunjukkan dua aktiviti yang dilaksanakan serentak.

Tatabahasa06.02.2024
“Antara Sarah dengan Farah, ada banyak perbezaan” atau “Antara Sarah dengan Farah, banyak perbezaannya.” Mana satu ayat yang betul? Adakah kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan?Kedua-dua ayat adalah betul. Tatabahasa28.10.2024
Apakah ganti nama bagi raja yang zalim. Contoh ayat: Para pengawal membawa Sarah kepada Raja Mesir. Apabila beliau mendekati Sarah, tiba-tiba tangan dan kakinya lumpuh. **Raja Mesir dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang raja yang zalim dan suka merampas isteri orang**Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.Tatabahasa12.04.2013
Selamat Tengahari, Saya Sarah dari Tropical Marine Science Institute, Singapura. Saya perlukan sebuah buku cetakan Dr. Lokman Shamsudin pada tahun 1990. Tajuk buku ialah 'Diatom Marin di Perairan Malaysia'. Saya tidak dapat cari buku ini di online bookstore. Jadi, saya ingin tahu kalau DBP masih mencetak buku ini, dan berapa harga buku ini. Terima kasih. SarahSalam sejahtera Puan Sarah, Buku Diatom Marin di Perairan Malaysia sudah dihapus kira dan tidak dicetak ulang. Buku tersebut boleh dipertimbangkan untuk dicetak ulang sekiranya terdapat banyak permintaan daripada pembaca. Walau bagaimanapun, buku tersebut ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, untuk pinjaman.Lain-lain10.02.2010
Penggunaan kata yang mana betul antara pengajaran @ ajaran dalam ayat ini? “Sarah menumpukan perhatian terhadap pengajaran gurunya.”Berdasarkan cadangan padanan jawapan yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah "Sarah menumpukan perhatian terhadap ajaran gurunya."Lain-lain09.01.2024
Betulkah penggunaan tanda seruan ! dalam ayat ini “Eh! Bukan sayalah yang bertugas hari ini,” ujar Sarah dengan yakin.Penggunaan tanda seru yang betul ialah "Eh, bukan sayalah yang bertugas hari ini!", ujar Sarah dengan yakin. Tatabahasa03.10.2024
Adakah terdapat perbezaan antara penggunaan tanda baca bahasa Inggeris dan bahasa Melayu? Penggunaan semicolon (noktah bertitik), hyphen (tanda sempang), dash (tanda sengkang) dan sebagainya? Sebagai contoh, Najib terluka; dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya. Atau Najib terluka. Dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya (yang lazim ditulis). Terima kasih

Untuk penggunaan tanda baca dalam bahasa Melayu, gaya penerbitan DBP berpandukan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga dalam Bab 6. Semicolon atau tanda koma bertitik(;)  digunakan seperti yang berikut:

(a)  Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. (Contoh ayat:  Malam makin larut; kerja masih banyak.)

(b)  Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. (Contoh ayat:  Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.)

(c)  Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. (Contoh ayat:  Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za`ba, disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.)

(d)  Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. (Contoh ayat:  Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.)

 

Berdasarkan huraian di atas, contoh yang tuan/puan berikan tidak sesuai menggunakan tanda koma bertitik dan perlu dipisahkan dengan tanda noktah.
Tatabahasa04.12.2018
12

Kembali ke atas