Apakah ganti nama bagi raja yang zalim. Contoh ayat: Para pengawal membawa Sarah kepada Raja Mesir. Apabila beliau mendekati Sarah, tiba-tiba tangan dan kakinya lumpuh. **Raja Mesir dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang raja yang zalim dan suka merampas isteri orang** | Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
Selamat Tengahari, Saya Sarah dari Tropical Marine Science Institute, Singapura. Saya perlukan sebuah buku cetakan Dr. Lokman Shamsudin pada tahun 1990. Tajuk buku ialah 'Diatom Marin di Perairan Malaysia'. Saya tidak dapat cari buku ini di online bookstore. Jadi, saya ingin tahu kalau DBP masih mencetak buku ini, dan berapa harga buku ini. Terima kasih. Sarah | Salam sejahtera Puan Sarah, Buku Diatom Marin di Perairan Malaysia sudah dihapus kira dan tidak dicetak ulang. Buku tersebut boleh dipertimbangkan untuk dicetak ulang sekiranya terdapat banyak permintaan daripada pembaca. Walau bagaimanapun, buku tersebut ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, untuk pinjaman. | Lain-lain | 10.02.2010 |
Sarah mencuci pinggan di dalam singki, betul atau salah ? Jika salah mengapa? | Ayat ini betul. | Tatabahasa | 25.05.2014 |
Sarah mencuci pinggan yang kotor di singki. Ayat ini betul atau salah dari segi tatabahasanya. Jika salah, mengapa? | Ayat ini juga betul. | Tatabahasa | 21.05.2014 |
Adakah terdapat perbezaan antara penggunaan tanda baca bahasa Inggeris dan bahasa Melayu? Penggunaan semicolon (noktah bertitik), hyphen (tanda sempang), dash (tanda sengkang) dan sebagainya? Sebagai contoh, Najib terluka; dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya. Atau Najib terluka. Dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya (yang lazim ditulis). Terima kasih | Untuk penggunaan tanda baca dalam bahasa Melayu, gaya penerbitan DBP berpandukan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga dalam Bab 6. Semicolon atau tanda koma bertitik(;) digunakan seperti yang berikut: (a) Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung <i style="mso-bidi-font-style: normal;">dan, tetapi, atau, namun i>dan<i style="mso-bidi-font-style: normal;"> lalui>. (Contoh ayat: Malam makin larut; kerja masih banyak.) (b) Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung <i style="mso-bidi-font-style: normal;">juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnyai>, dan sebagainya. (Contoh ayat: Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.) (c) Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. (Contoh ayat: Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za`ba, disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.) (d) Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. (Contoh ayat: Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.) Berdasarkan huraian di atas, contoh yang tuan/puan berikan tidak sesuai menggunakan tanda koma bertitik dan perlu dipisahkan dengan tanda noktah. | Tatabahasa | 04.12.2018 |
Adakah ayat-ayat di bawah dikategorikan sebagai ayat aktif tak transitif: 1. Sarah menjeling manja ke arah kami apabila namanya dipanggil. 2. Saya yakin bahawa berita itu sungguh mendebarkan anda. | Kedua-dua ayat ini ialah ayat majmuk dan tidak terkait dengan contoh ayat aktif tak transitif. | Tatabahasa | 08.10.2015 |
Bilakah penggunaan 'yang' boleh atau tidak boleh digugurkan di dalam suatu ayat? Sebagai contoh, di dalam ayat "Buku yang Sarah pinjam itu mahal harganya." Bolehkah 'yang' di dalam ayat ini digugurkan? | Dalam ayat tersebut, perkataan yang tidak boleh digugurkan kerana 'yang' berperanan sebagai kata hubung. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 01.07.2010 |
Salam Ramadhan ! i Emak akan menjahit jika ada masa yang lega ii Walaupun mahal, kami membayar juga lega makanan itu. iii Fatimah berasa lega melihat kemajuan yang ditunjukkan oleh muridnya. iv Setelah melihat ayahnya semakin lega daripada demam, Sarah pun pulang. A i dan iii B iii dan iv C ii,iii dan iv D i, ii, iii, dan iv Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | Pada pandangan kami jawapan yang betul ialah B. iii dan iv. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
Saya ada ternampak iklan mengenai jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka, namun bila saya tekan pada pautan yang berkenaan, saya tidak menjumpai sebarang iklan jawatan kosong. jadi, bagaimana saya hendak memohon kekosongan jawatan berkenaan? Terima kasih. | Puan Siti Sarah, berhubung hasrat puan untuk memohon jawatan kosong di DBP, saya sarankan puan melayari laman sesawang dbp.gov.my dan memuat turun borang permohonan jawatan kosong tersebut. Menerusi laman sesawang tersebut juga, puan boleh melihat beberapa kekosongan jawatan berserta gred jawatan. Terima kasih dan semoga berjaya. Sekian. | Lain-lain | 09.04.2018 |
Saya menghadapi masalah dalam penggunaan "Antara....dan" dan "Antara...dengan". Pasangan yang mana satukah yang wajar? Dalam penjelasan saudara, sila sertakan dengan contoh ayat. | Pasangan kata sendi nama 'antara ... dengan' yang betul, seperti dalam ayat Antara Siti dengan Sarah, Sarahlah yang lebih pintar. Walau bagaimanapun kata hubung dan dapat digunakan apabila kata sendi nama antara diikuti oleh lebih daripada dua frasa. Contohnya, Satu pertemuan akan diadakan antara Perdana Menteri, Menteri Kerja Raya, dan Menteri Pengangkutan pada minggu ini. | Tatabahasa | 07.03.2011 |