Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ran] | سارن

Definisi : cadangan (fikiran, pendapat, dsb) yg dikemukakan; memberi ~ mengemukakan cadangan; menyarani mengemukakan cadangan (fikiran dll) kpd; menyarankan 1. mengemukakan (pendapat dsb), mengemukakan cadangan, memberi saran: dlm tulisannya itu, Nik Hasan ~ supaya kerajaan bertindak menyelamatkan negeri Kelantan; 2. menyebarkan di kalangan umum, menyiarkan, mempropagandakan: dia pandai berpidato ~ cita-cita politiknya kpd rakyat; saranan hal yg disarankan (dikemukakan dll): ~nya mendapat sambutan drpd orang ramai; penyaranan perihal menyarankan sesuatu, pencadangan, pengutaraan: ~ kesamaan hak itu bukanlah semata-mata demi kepentingan golongan tertentu; penyaran pihak atau orang yg menyarankan sesuatu, pencadang, pengusul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ran] | سارن

Definisi : Kl pusar (pd tubuh manusia atau binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ran] | سارن

Definisi : pendapat yg dikemukakan utk dipertimbangkan; usul; anjuran: mem­beri ~ mengemukakan pendapat. me­­­nya­rankan mengemukakan se­sua­tu pen­dapat; memberi saran; meng­anjur­kan: Dia ~ supaya suatu ta­bung khas diadakan utk membantu pelajar-pelajar miskin. saranan 1 apa-apa yg di­sarankan: ~nya mendapat sokongan drpd rakyat. 2 penyiaran pen­dapat utk mencari pengaruh dan so­kongan; dak­yah; propaganda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saran
Kata Terbitan : saranan, menyarankan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana satu betul untuk digunakan dalam penulisan? 1) sumbang saran / sumbang-saran 2) kraftangan / kraf tanganEjaan yang betul ialah sumbang saran dan kraf tangan.Ejaan28.08.2014
Salam sejahtera, 1. Apakah golongan kata bagi perkataan 'saran'? (Kamus Dewan (ed.4) tidak menunjukkan maklumat ini). 2. Antara definisi KD utk 'saran' (I) ialah 'cadangan' atau 'pendapat'. Saya andaikan definisi tersebut sama spt dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) utk 'saran' yg KBBI kategorikan sbg kata nama. Mohon klarifikasi dari pihak DBP sekiranya penggunaan 'saran' sebagai kata kerja dlm akhbar [contoh: 'TPM saran pelajar teroka bidang baru utk cipta kejayaan' (Utusan, 19/3/2010) atau 'Isteri PM saran ambil iktibar negara bergolak' (Utusan, 22/3/2010)] salah, betul, atau dibenarkan sbg kata kerja untuk tajuk berita. Sekiranya penggunaan 'saran' (dan bukan 'menyarankan') sbg kata kerja semakin popular, mungkin BM dapat menerima evolusi bahasa tersebut? Terima kasih.Saran ialah kata nama bermaksud pendapat yang dikemukakan untuk dipertimbangkan atau usul. Perkataan menyarankan pula menjadi kata kerja yang bermaksud  mengemukakan se­sua­tu pen­dapat; memberi saran; atau memberi usul. Ada kata kerja yang tidak memerlukan imbuhan seperti makan, minum dan tidur. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat perkataan saran digunakan untuk laras bahasa akhbar sahaja tetapi penggunaan yang betul dari segi tatabahasa adalah dengan meletakkan imbuhan menjadi menyarankan.Tatabahasa22.04.2010
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. Bolehkah perkataan "bersumbang saran" diterima sebagai kata kerja untuk perbuatan menyertai sesuatu sesi sumbang saran?Untuk makluman, perkataan sumbang saran sudah memadai bagi menunjukkan wujudnya aktiviti atau sesi sumbang saran.Tatabahasa22.04.2020
Apakah maksud sumbangsaranEjaan yang betul ialah "sumbang saran".  Sumbang saran bermaksud perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, men­dapatkan idea-idea baru, dan sebagainya.
Makna05.08.2016
---- dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang. A Penilaian diri B Refleksi diri C Sumbang saran. Saya NANDHANA ingin mohon penjelasan.Untuk makluman, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut ialah:

Penilaian diri = perbuatan atau hal menilai
Refleksi diri = Gambaran diri
Sumbang saran = Perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, men­dapatkan idea-idea baru, dan sebagainya

Sehubungan dengan itu perkataan yang paling tepat digunakan ialah "penilaian diri". Ayat lengkap, Penilaian diri dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang
Lain-lain17.10.2015
MALAYSIA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA EKAMUS.DBP.GOV.MY - RINGKASAN CADANGAN PERKATAAN BARU / SARAN KATA 9 APRIL 2014 - 6 OGOS 2018 (Pencadang : Kang Chuen Tat; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com) Mesej : Sila rujuk Lampiran Fail 180813USAMALAYSIANEWWORDS.txt. Sekian, terima kasih.Perbincangan lanjut berkaitan Cadangan Perkataan Baharu/Saran Kata boleh disalurkan kepada Puan Salmah Jabar, Ketua Bahagian Perkamusan DBP melalui e-mel salmah@dbp.gov.my atau melalui talian 03-2147 9175.Penyelidikan13.08.2018
Tuan, Bahagian cadangan perkataan atau saran kata Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia tidak berfungsi dan perlu diperbaiki. (http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/cadangankata/nb_cadangan_kata_ensi.aspx, http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx) “Error : Cannot execute statement: impossible to write to binary log since BINLOG_FORMAT = STATEMENT and at least one table uses a storage engine limited to row-based logging. InnoDB is limited to row-logging when transaction isolation level is READ COMMITTED or READ UNCOMMITTED. - See more at: http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx#sthash.mfSsA7My.dpuf” (Pencadang : Kang Chuen Tat - 江俊达; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com)Maklumat yang diberikan telah dikemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat, DBP untuk tindakan selanjutnya. Kami berusaha untuk menanganinya dengan kadar segera. Terima kasih.Lain-lain30.04.2014
Tuan, Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka E-kamus Saran Kata - Gambar tidak boleh dimuat (http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx). Mesej beralat "Sila pastikan lokasi fail anda" walaupun gambar disertakan. Pembaikan diperlukan untuk memuat gambar dalam lampiran : 140819ENTEROBIASIS.png. Sekian, terima kasih daripada Kang Chuen Tat; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com.Aduan tuan telah kami kemukakan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat DBP. Pada masa yang akan datang, jika masalah yang hampir sama berulang, sila kemukakan terus aduan tuan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat, DBP melalui e-mel sulaiman@dbp.gov.my.Lain-lain19.08.2014
Tuan, Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka E-kamus Saran Kata - Gambar tidak boleh dimuat (http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx). Mesej beralat "Sila pastikan lokasi fail anda" walaupun gambar disertakan. Pembaikan diperlukan untuk memuat gambar dalam lampiran : 140819POLIOVIRUS.jpg. Sekian, terima kasih daripada Kang Chuen Tat; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com.Aduan tuan telah kami kemukakan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat DBP. Pada masa yang akan datang, jika masalah yang hampir sama berulang, sila kemukakan terus aduan tuan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat, DBP melalui e-mel sulaiman@dbp.gov.my. Lain-lain19.08.2014
Lampiran : 140430NEWTERMSENGLISHMALAYBOOK5.txt Mesej : Tuan, Cadangan perkataan atau saran kata Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/cadangankata/nb_cadangan_kata_ensi.aspx, http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx) ingin dihantar melalui lampiran. Sekian, terima kasih. Pencadang : Kang Chuen Tat - 江俊达; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com.Tuan, terima kasih kerana mengunakan perkhidmatan DBP dan juga memberi cadangan bagi perkataan baharu. Pihak DBP telah memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu http://ekamus.dbp.gov.my/ 

Portal ini menyediakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak (Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain), bahasa orang asli (Mah Meri, Semelai, Jahai dan lain-lain), kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Portal ini juga merupakan medium yang merakam, menyimpan, membincangkan dan menggunakan semula semua maklumat tersebut, yang terdiri daripada makna kata, contoh penggunaan, kelas kata, terjemahan kata dalam bahasa lain, sebutan, bunyi, gambar, asal usul kata dan seumpamanya.

Kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menyalurkan cadangan tersebut dalam portal baharu ini.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain04.05.2014
123

Kembali ke atas