Mengikut saranan Buku Tatabahasa Dewan, perkataan terbitan dipenggalkan mengikut kata dasar dan imbuhannya. Kalau begitu, adakah pemenggalan ma-kan-an betul? | Yang betulnya ialah ma-ka-nan. Sila rujuk buku Daftar Kata Ejaan Rumi-Sebutan-Jawi. | Tatabahasa | 06.08.2010 |
1. Apa perbezaan makna perkataan 'layanan' dan 'perkhidmatan'? yang mana lebih sesuai digunakan untuk digunakan sebagai tagline sesuatu institusi yang memberikan 'servis' terbaik untuk pelanggan? 2. Bolehkan perkataan tindakan saranan digunakan serentak? Contoh ayat: Pihak ABC telah membentangkan status tindakan saranan yang dikemukakan oleh Ali. | 1. Terjemahan yang betul ialah "perkhidmatan" dan bukannya servis. 2. Perkataan saranan bermaksud cadangan, oleh itu tindakan cadangan tidak jelas maksudnya, kemungkinan tindakan untuk sebarang cadangan yang dikemukakan oleh seseorang. | Tatabahasa | 14.01.2010 |
Salam. Boleh saya tahu saranan terjemahan untuk frasa "Retractable USB" dalam bidang automotif? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "retractable USB" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "retractable' ialah boleh tarik, boleh lipat atau boleh retrak. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah USB boleh tarik atau USB boleh retrak. | Istilah | 02.05.2013 |
1. Apakah sumbangan filem mukhsin terhadap perkembangan bahasa melayu di malaysia. Adakah filem ini berjaya mengangkat martabat bahasa melayu atau sebaliknya. 2. Berikan 5 saranan untuk memastikan martabat bahasa melayu dapat di julang. | Filem Melayu sebenarnya memainkan peranan yang penting khususnya dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia. Namun demikian, jika sesebuah filem cenderung menggunakan bahasa rojak, usaha ini tidak akan dapat dicapai. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan saranan untuk memastikan martabat bahasa Melayu dapat dijulang, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Perancangan Bahasa Melayu tulisan Awang Sariyan atau membuat rujukan pada buku-buku/majalah terbitan DBP. | Lain-lain | 26.12.2007 |
Salam Tuan. Saya ingin memohon agar pihak DBP dapat membuat saranan kepada Menteri Pelajaran Malaysia agar memperkenalkan semula Tulisan Jawi kepada murid-murid sekolah melalui subjek Bahasa Melayu. Ini kerana KPM sedang membuka ruang dialog kpd rakyat Malaysia dalam menggubal kurikulum pendidikan negara yang baharu. Tulisan Jawi yang kini hanya dipelajari oleh murid Melayu dalam pelajaran Agama Islam perlu diperluaskan ilmu tentangnya seperti awal tahun 1970an. Amatlah menyedihkan apabila tulisan yang indah ini semakin dilupakan oleh bangsanya sendiri. Saya beranggapan memang menjadi tanggungjawab DBP memastikan kegemllangan tulisan jawi dan Bahasa Melayu di bumi tercinta ini. Sekian, terima kasih. | Kami bersetuju dengan pandangan puan. Molek kiranya kita bersama-sama dalam satu keluarga (Kementerian Pelajaran Malaysia) menyuarakan kepada pihak atasan agar perkara ini diambil perhatian dan tindakan. Hal ini elok dibangkitkan dalam suasana memartabatkan tulisan Jawi dan yang paling terbaharu Melaka akan melaksanakan papan tanda tulisan Jawi mulai bulan Jun 2012. | Lain-lain | 19.05.2012 |
dbp harus mengeluarkan majalah yang lebih padat dengan isu semasa | Terima kasih atas saranan tersebut | Lain-lain | 09.06.2009 |
soalan yang pertama,bolehkah anda memberikan definisi bagi bangsa dan bahasa melayu.dan apakah saranan yang patut dilakukan untuk menaikkan mutu bahasa melayu agar menjadi bahasa yang penting. | Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Bahasa merupakan kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan. Bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya. bangsa ialah kumpulan manusia yang menjadi rakyat sesbuah negara. Untuk meningkatkan mutu bahasa Melayu agar menjadi bahasa penting pelbagai usaha boleh dilaksanakan. Antaranya memastikan bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi terus digunakan dalam semua urusan dan bidang ilmu di semua peringkat pendidikan. Saudara boleh merujuk makalah tentang bahasa Melayu dalam buku, majalah dan akhbar tempatan. | Makna | 29.04.2008 |
Tuan/Puan, Apakah terjemahan Bahasa Malaysia yang sesuai bagi "Capitalisation of Weapons Systems"? Terma tersebut digunakan untuk ayat berikut: "Pengasasan semula KDNK telah mengambil kira saranan Sistem Akaun Negara 2008 (2008 SNA) iaitu menambah baik penyusunan Perkhidmatan Pengantaraan Kewangan Yang Diukur Secara Tidak Langsung (FISIM) serta Capitalisation of Weapons Systems dan Penyelidikan & Pembangunan (R&D)." Sekian, terima kasih. Rafliza Ramli Kementerian Kewangan Malaysia. | Capitalisation ialah permodalan. Kami cadangkan Capitalisation of Weapons Systems diterjemahkan kepada Permodalan Sistem Senjata, jika terjemahan tersebut sesuai dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=climate+change&d=1# climate change pemanasan sejagat Harap pembetulan akan dibuat pada istilah sasar frasa ini. Saya pasti istilah yang tepat adalah 'perubahan iklim'. | Saranan puan kami kemukakan untuk makluman dan tindakan Bahagian Peristilahan, DBP. | Istilah | 15.06.2010 |
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuan | Ayat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan. "Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan." Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan; Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pawang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau manteranya);
| Tatabahasa | 14.06.2013 |