Mana satukah di antara motto-motto ini membawa maksud meletakkan Sarawak (nama Sarawak) ke tahap yang lebih tingg: a. Menjulang Sarawak b. Menjulangi Sarawak c. Menjulangkan Sarawak | Tidak ada contoh penggunaan kata menjulangi dan menjulangkan dalam pangkalan data kami. Perkataan menjulang yang bermaksud menghormati dan menyanjung tinggi telah melengkapkan makna frasa "menjulang Sarawak". | Tatabahasa | 19.04.2012 |
kek lapis Sarawak ditulis Kek Lapis Sarawak atau kek lapis Sarawak? Adakah ia perkataan ini dikategorikan sebagai kata nama khas? | Ejaan yang betul ialah kek lapis sarawak dan merupakan kata nama am sama seperti selipar jepun yang dieja dengan huruf kecil. | Ejaan | 02.06.2020 |
soalan pertama 1. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan negeri Sarawak. 2. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan Negeri Sarawak. soalan saya: Merujuk kepada ayat di atas, penggunaan negeri Sarawak atau Negeri Sarawak betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul. Soalan kedua 1. Orang Melayu memakai baju Melayu. 2. Orang Melayu memakai Baju Melayu. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas pengggunaan baju Melayu atau Baju Melayu betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Soalan ketiga 1. Beliau ialah Guru Besar sekolah saya. 2. Beliau ialah guru besar sekolah saya. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas, penggunaan guru besar atau Guru Besar betul? Ayat 1 atau ayat 2 betul? Soalan keempat 1.Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional kaum Cina. 2. Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional Kaum Cina. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas penggunaan Kaum Cina atau kaum Cina betul?ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Sekian terima kasih. Tan Foo Sian | Saudara, Jawapan yang tepat ialah: 1. Ayat pertama jawapan yang betul ialah, 'negeri Sarawak' Penggunaan huruf besar pada perkataan 'negeri' apabila terletak di pangkal ayat sahaja kecuali pada kata nama khas misalnya 'Negeri Sembilan' 2. Ayat kedua jawapan yang tepat adalah 'baju Melayu'. Namun, sekiranya Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga pula, perlu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut. 3. Ayat yang betul ialah 'guru besar'. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis. 4. Jawapan yang tepat ialah 'kaum Cina' Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya bahawa dalam ayat "Inspektor Mohan akan ditukarkan ke Sarawak.", kata nama khas dalam ayat tersebut ialah 1. Inspektor Mohan / Sarawak atau 2. Mohan / Sarawak Terima kasih. | Inspektor Mohan / Sarawak | Tatabahasa | 15.02.2015 |
artikel perkembangan bahasa melayu di sarawak | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu di Sarawak : sejarah, perkembangan dan masa depan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak 2003 . 2. Monograf Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu/ Malaysia di Sarawak Prof Dato' Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) . 3. Seminar perkembangan Bahasa Melayu di Sarawak [t.p.] Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 | Lain-lain | 01.08.2007 |
- Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak? - Kanang anak Langkau berasal dari Selangor? a) Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak atau Selangor? b) Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak atau dari Selangor? Ayat majmuk (a) atau (b) yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat majmuk yang betul ialah Kanang anak Langkau berasal dari Selangor atau Sarawak? Dalam ayat tersebut, kata sendi nama dari digugurkan. | Tatabahasa | 25.09.2013 |
Adakah perkataan 'Menjulangi' boleh digunakan? Contoh, 'Menjulangi Sarawak'. Atau Adakah Menjulang lebih sesuai. Contoh, 'Menjulang Sarawak'. Terima kasih. | Tidak ada contoh penggunaan kata menjulangi dalam pangkalan data kami. Perkataan menjulang yang bermaksud menghormati dan menyanjung tinggi telah melengkapkan makna frasa "menjulang Sarawak". Oleh itu frasa "menjulangi Sarawak" tidak gramatis. | Tatabahasa | 23.03.2012 |
Yang manakah betul? Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak ATAU Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak. | Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak. | Tatabahasa | 02.03.2010 |
Apa peranan DBP Cawangan Sarawak? | Sejak penubuhannya, DBP Cawangan Sarawak memainkan peranan yang penting dalam pengendalian hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan sastera di negeri ini. Antara peranan yang penting ialah: 1. Melaksanakan kegiatan yang mengarah kepada peluasan, peningkatan penggunaan dan kejayaan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal. 2. Melaksanakan kegiatan-kegiatan kesusasteraan yang membantu ke arah: Membina bakat penulisan dan memupuk minat serta penghayatan sastera kebangsaan di Sarawak. Memperbanyak hasil dan bahan untuk diterbitkan dalam bahasa kebangsaan serta meningkatkan mutu sastera kebangsaan di Sarawak. 3. Mendapatkan bahan-bahan penerbitan dalam Bahasa Melayu daripada sumber budaya Sarawak yang sesuai untuk diterbitkan. | Lain-lain | 12.11.2007 |
Apakah judul novel terbaharu terbitan DBP Sarawak? | Judul-judul novel terbaharu terbitan DBP Cawangan Sarawak bagi tahun 2007 ialah Katarsis Perjuangan (Mohd. Faizal Jamil), Naluri Hidayah (Sarimah Alit), Bara Yang Menyala (Jaya Ramba), Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak Dayang Puteri (diselenggara oleh Jiso Rutan), Bunga Yang Menangis (Jaafar Hamdan) dan Sari Rahsia Terindah (Rosani Hiplee) | Lain-lain | 12.11.2007 |