Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ri.ngan] | ساريڠن

Definisi : 1. = penyaring penapis, tapisan; 2. acara dsb utk memilih (yg baik, elok dll): drpd jumlah ini, seramai 16 orang akan dipilih utk menjalani ~ bagi memilih 6 orang peserta paling baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri.ngan] | ساريڠن

Definisi : 1 hasil yg diperoleh drpd menyaring. 2 acara dsb utk memilih; pemilihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saring
Kata Terbitan : menyaring, saringan,


Khidmat Nasihat


Walau bagaimanapun sebaik-baik kaedah pengajaran adalah dengan berguru. Oleh itu, carilah kursus yang sesuai dengan minat saudara yang dianjurkan oleh DBP, persatuan-persatuan penulis dan universiti.
SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah tatabahasa ayat ini ? Dimanakah saya boleh membuat ujian saringan untuk gemuk?Tatabahasa yang betul ialah Di manakah saya boleh membuat ujian saringan untuk gemuk? .  Tatabahasa02.03.2010
assalamualakim saudara.. saya ingin bertanyakan perihal forum remaja kepada saudara. seperti yang saudara sedia maklum peringkat kebangsaan terdapat peringkat saringan, separuh akhir dan akhir. soalan saya. adakah tajuk yang digunakan sama sekiranya sesebuah kumpulan itu berjaya ke peringkat yang seterusnya?Tajuk Forum Remaja bagi setiap peringkat adalah berbeza.Lain-lain13.05.2009
salam sejahtera: untuk pengetahuan tuan,pasukan forum kami berjaya ke peringkat kebangsaan mewakili n.sarawak ke perak.. terima kasih atas nasihat yang diberikan!... soalan seterusnya:adakah pertandingan di peringkat kebangsaan menggunakan tajuk yang sama? sekiranya ada saringan,adakah kami tetap menggunakan tajuk yang sama?? saya berharap kami dapat membawa sesuatu dari sana lebih-lebih lagi ini kali pertama kami masuk ke peringkat kebangsaan..dan pengetua serta seluruh warga sekolah mengharap sesuatu daripada kami.. :0Tahniah kerana pasukan sekolah saudara telah berjaya ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2009 mewakili negeri Sarawak. Untuk makluman saudara, tajuk untuk pertandingan peringkat kebangsaan akan menggunakan tajuk yang berlainan, tidak sama dengan tajuk pada peringkat negeri. Tajuk untuk peringkat kebangsaan akan tentukan oleh pihak urus setia melalui undian.Lain-lain14.05.2009
Ayat mana yang betul? A) Saya tertarik dengan keindahan pulau itu. B) Saya tertarik oleh keindahan pulau itu. Jawapan yang diberikan dalam arkib soalan DBP tidak konsisten kerana kedua-dua jawapan telah diberikan sebagai jawapan yang betul dan mengikut kamus dewan, tertarik yang membawa maksud terpikat sebenarnya diikuti dengan perkataan 'oleh' dan bukannya 'dengan'. Sila jelaskan. Terima kasih.Kedua-dua sendi nama "oleh" dan "dengan" boleh digunakan. Sendi nama "dengan" digunakan dalam teks sastera, manakala "oleh" dalam teks biasa. Contoh lain: Suasana sekeliling dipenuhi dengan bunyi loceng dan burung pipit, burung merbah dan sekali-sekala bunyi burung helang (petikan daripada novel Madu dalam Saringan). Dalam ayat tersebut "dengan" boleh juga digantikan dengan "oleh".Tatabahasa20.11.2009
bagaimana hendak belajar sastera,bahasa baku bahasa melayu...boleh cadangkan buku-buku yang boleh dipelajari...saya berminatCadangan buku untuk rujukan:
Judul Penerbit Keluaran Tahun Terbit ISBN Sastera dan ilmu sastera : pengantar teori sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) Tiada 1995 983-62-4495-6 Sastera kebangsaan, pendidikan sastera dan pembinaan negara Tiada 2008 978-983-44252-0-3 Diskusi sastera - jilid I: sastera tradisi Dewan Bahasa dan Pustaka Tiada 1982 Akademi Sastera: " Pembinaan Kritikan Sastera dan Modal Insan Berketerampilan " ( Peringkat Saringan ) Pusat Dokumentasi Melayu Tiada 2008 Teori Moden Sastera dan Permasalahan Sastera Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) Tiada 1996 983-62- Isu-isu dalam pemasyarakatan bahasa Melayu baku Nurin Enterprise Tiada 1988 Ceramah pelaksanaan bahasa melayu baku Dewan Bahasa dan Pustaka Tiada 1995 Penulisan dalam Bahasa Melayu Baku Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) Tiada 1988 983.62.0600-0 Penulisan dalam Bahasa Melayu Baku (edisi kedua) Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) Tiada 1995 983-62-4924-9 Laporan Kajian Sosiolinguistik Penggunaan,penguasaan dan pelaksanaan bahasa Melayu Baku Dewan Bahasa dan Pustaka Tiada 1992 983-62-2546-3 Lain-lain28.11.2012
apakah fungsi sastera moden?

Antara fungsi sastera moden ialah:

1.   Untuk mendidik  -  unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein).

2.   Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang.

      -   Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang.

      -   Novel-novel perjuangan.

3.   Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai.

4.   Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman

      sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara - karya terjemahan - Madu

      Dalam Saringan, Ranjau Sepanjang Jalan).

5.   Berfungsi sebagai menghibur.

 Sekian dan salam. 

 

Lain-lain28.03.2009
apakah konsep,fungsi,ciri-ciri dan bentuk sastera moden

Salam. Berhubung dengan soalan tersebut, sdr. boleh mendapatkan maklumat lengkap dengan merujuk kepada buku berjudul Sejarah Kesusasteraan Melayu - Siri Lestari Sastera, terbitan DBP 2006. Sehubungan itu, antara fungsi dan peranan sastera ialah:

1.   Untuk mendidik  -  unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein). 

2.   Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca atau pengarang. Contoh  -  puisi-puisi merdeka  mengetengahkan semangat berjuang dan juga novel-novel perjuangan.

3.   Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai.

4.   Berfungsi sebagai alat perjalanan (pELANCONGAN) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman sebenar tanpa perjalanan fizikalasebenar. Contoh  -  karya berlatar luar negara - karya terjemahan seperti Madu Dalam Saringan, rRanjau Sepanjang Jalan

5.   Berfungsi sebagai menghibur.  

Sekian dan wassalam.

Lain-lain14.03.2009

Kembali ke atas