Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sar.ja.na] | سرجان

Definisi : 1. orang yg pandai-pandai (bijak), ahli dlm ilmu pengetahuan, cendekiawan; 2. gelaran orang yg telah melengkapi pelajaran di universiti (telah mendapat ijazah); ~ muda gelaran orang yg telah mendapat ijazah pertama di universiti (sebelum ijazah sarjana); kesarjanaan 1. pengetahuan dan ke­mampu-an seseorang sarjana, kepandaian, keahlian: ~ ini penting di universiti; 2. hal-hal yg ber-kaitan dgn sarjana: nyatalah bahawa buku ini ialah sumbangan besar dlm perkem-bangan dan ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sar.ja.na] | سرجان

Definisi : 1 orang yg ahli dlm sesuatu ilmu pengetahuan; orang yg pandai-pandai. 2 gelar utk orang yg telah mendapat ijazah “Master” atau “Doktorandus” atau “Doktoranda” dr universiti: ~ muda gelar utk orang yg telah mendapat ijazah pertama dr universiti. kesarjanaan hal-hal yg berkaitan dgn sarjana; ke­ahlian; kepandaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarjana


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mendapatkan kajian-kajian lampau tentang bahasa melayu oleh sarjana-sarjana seperti awang sariyan dn prof asmah hj omar, di mana saya boleh dapatkan sekianSaudara boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu (perlu mendaftar sebagai ahli), DBP untuk mendapatkan sumber rujukan yang diperlukan atau boleh juga berkunjung ke mana-mana perpustakaan berhampiran yang mendokumentasi kajian kebahasaan.Lain-lain18.09.2011
assalamualaikum. sy ingin bertanya berkenaan kata-kata sarjana. apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata sarjana? dan bagaimana kita hendak mengetahui bahawa seseorang itu diiktiraf sebagai seorang sarjana yg membolehkan kita memetik kata-kata beliau utk dimuatkan dalam sesebuah esei yg dikarangSarjana yang dimaksudkan di sini ialah orang yang bijak pandai ataupun digelar cendekiawan. Tiada batas yang ditetapkan untuk mengiktiraf seseorang sebagai cendekiawan tetapi dalam hal memetik kata-kata sarjana lazimnya kita memetik kata-kata tokoh yang sememangnya ahli dalam bidang tertentu seperti Ibnu Sina dalam bidang perubatan, Nuruddin Al-Raniri dalam bidang falsafah dan ulama dan Sasterawan Negara.Lain-lain07.06.2011
salam berkenaan Biasiswa Sarjana Tun Syed Nasir, adakah biasiswa sarjana ini baru diperkenalkan pada tahun ini, apa yang saya tahu, tahun-tahun sebelum ini biasiswa ini hanya dibuka kepada calon ijazah sarjana muda sahaja, dan adakah biasiswa sarjana ini akan dibuka setiap tahun. Terima kasih.Untuk maklumat lanjut tentang tawaran biasiswa ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP di talian 03-21479000 atau kemukakan e-mel pertanyaan kepada Ketua Bahagian, Encik Azhar Mohamad Dora melalui azhar@dbp.gov.my.Lain-lain21.09.2014
saya ingin dapatkan maklumat daripada munsyi bahasa dan lembar bahasa.Syarat menjadi Munsyi Dewan ialah calon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik atau Pengajian Melayu dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya lima tahun; atau memiliki ijazah idang Komunikasi atau mempunyai Sijil Perguruan/Diploma Perguruan serta mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 10 tahun. Syarat-syarat lain sila baca dalam akhbar. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Munsyi Dewan, sila layari laman web DBP. Bagi mendapatkan lembar bahasa, sila tulis surat permohonan kepada Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau datang sendiri ke Tingkat 25, Menara DBP, Kuala Lumpur.  Lain-lain07.09.2009
master of business administration bachelor ofsarjana pentadbiran perniagaan sarjana muda pentadbiran perniagaanLain-lain10.02.2009
Master of Renewable Energy Makna dalam bahasa Melayu Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharu @ Sarjana Tenaga Boleh DiperbaharuiSoalan sdr akan diajukan kepada Bahagian Peristilahan.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Terima kasiihIstilah02.07.2014
Adakah perkataan "bacelor" yang setara dengan sarjana muda boleh digunakan dalam penggunaan Bahasa Melayu? Contohnya Bacelor Pentadbiran Perniagaan.Perkataan "Bacelor" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP.  Istilah bahasa Melayu untuk "Bachelor" ialah Sarjana Muda. Contohnya, Sarjana Muda Pentadbiran PerniagaanIstilah15.08.2016
Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston @ Dia menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti BostonAyat yang betul ialah "Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston". Tatabahasa12.09.2011
Tuan, untuk iklan billboard, bolehkah saya meletakkan perkataan:- 1) Master 2) Bachelor 3) Diploma, tanpa saya menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu? Adakah ia menjadi satu kesalahan?Perkataan Master, Bachelor perlu diterjemahkan kepada Sarjana dan Sarjana Muda, manakala perkataan Diploma telah diterima dalam bahasa Melayu.Lain-lain02.07.2012
Assalamualikum, mohon bertanya mana yang betul: di dalam menyambung pengajian peringkat sarjana atau didalam menyambung pengajian peringkat sarjana Sekian, terima kasihFrasa yang betul ialah  "dalam menyambung pengajian peringkat sarjana".Tatabahasa30.09.2013
12345678910...

Kembali ke atas