Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston @ Dia menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Boston | Ayat yang betul ialah "Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston". | Tatabahasa | 12.09.2011 |
Adakah perkataan "bacelor" yang setara dengan sarjana muda boleh digunakan dalam penggunaan Bahasa Melayu? Contohnya Bacelor Pentadbiran Perniagaan. | Perkataan "Bacelor" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah bahasa Melayu untuk "Bachelor" ialah Sarjana Muda. Contohnya, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan | Istilah | 15.08.2016 |
apakah bidang perkerjaan yang boleh dimohon sekiranya mempunyai kelulusan: - diploma sains -Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Molekular) (Kepujian) -Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Marin) adakah terdapat permohonan untuk masuk dalam bidang perguruan sekiranya menggunakan kelayakkan diloma sains? | Dengan kelulusan tersebut, anda boleh memohon jawatan Pegawai Perancang Bahasa atau Penolong Pegawai Perancang Bahasa di DBP.Untuk kursus perguruan, anda boleh merujuk iklan yang berkenaan. | Lain-lain | 19.08.2007 |
memiliki ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan atau institusi yang diiktiraf oleh kerajaan. adakah perlu untuk saya menggunakan huruf besar sesetengah perkataan di atas? | Ijazah Sarjana Muda Kepujian ditulis dengan huruf besar, manakala yang lain ditulis dengan huruf kecil.Terima kasih. | Lain-lain | 09.01.2007 |
boleh tolong saya, saya hendak tahu mengenai ejaan sarjana muda, adakah ianya dieja dengan rapat atau jarak. | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah sarjana muda (dua perkataan) | Ejaan | 09.03.2017 |
saya ingin dapatkan maklumat daripada munsyi bahasa dan lembar bahasa. | Syarat menjadi Munsyi Dewan ialah calon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik atau Pengajian Melayu dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya lima tahun; atau memiliki ijazah idang Komunikasi atau mempunyai Sijil Perguruan/Diploma Perguruan serta mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 10 tahun. Syarat-syarat lain sila baca dalam akhbar. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Munsyi Dewan, sila layari laman web DBP. Bagi mendapatkan lembar bahasa, sila tulis surat permohonan kepada Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau datang sendiri ke Tingkat 25, Menara DBP, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 07.09.2009 |
Bagaimanakah penggunaan huruf besar dan kecil pada ijazah dalam ayat berikut: Beliau mendalat ijazah Sarjana dan Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya dan ijazah Doktor Falsafah daripada….. | Ayat yang betul ialah “Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sastera daripada Universiti Malaya dan Ijazah Doktor Falsafah daripada…”. | Tatabahasa | 20.10.2024 |
Penggunaan kata sendi nama dari/daripada yang manakah betul dalam ayat berikut: Mohd Akmal merupakan Pegawai Penyelidik. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dari/daripada Universiti Malaya. Penggunaan kata sendi nama dari atau daripada dalam konteks ayat tersebut yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian daripada Universiti Malaya". | Tatabahasa | 22.11.2023 |
Salam. Saya ingin mengethui cara untuk mendapatkan khidmat penterjemahan dokumen berikut dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris untuk keperluan peribadi saya bagi tujuan immigration. Juga kos yang teribat. =Kad pengenalan =Lesen Memandu =Sijil kelahiran =Sijil Pelajaran Malaysia =Sijil Universiti = Sarjana Muda =Transkripsi universiti sarjana muda =Sijil pendaftaran Malaysian Dental Council =Sijil Nikah/ Perceraian/ =Aduan/ laporan polis =Sijil Hakmilik Penjagaan Anak Adakah selepas penterjemahan, dokumen=dokumen tersebut perlu disahkan oleh mana=mana pihak? Terima kasih. | Wassalam, Puan, Untuk makluman pihak puan, DBP tidak menyediakann perkhidmatan terjemahkan tersebut. Pihak puan boleh berurusan dengan pihak Persatuan Perterjemah Malaysia kerana mereka menyedikan perkhidmatan tersebut. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.02.2017 |
Saya sedang menyiapkan projek sarjana muda. Oleh itu, boleh saya tahu translation perkataan yang bersesuaian dengan job insecurity? | Pihak kami mencadangkan padanan dalam bahasa Melayu untuk frasa "job insecurity" iaitu "ketidakyakinan terhadap kerjaya", sekiranya bersesuaian dengan konteks puan. Terima kasih. | Makna | 22.10.2019 |