maksud Anafora.metafora dan simile | Merujuk Kamus Dewan, anafora bermaksud (Sas) pengulangan sesuatu kata atau frasa pd permulaan beberapa kalimat atau klausa yg berturut-turut agar memperoleh kesan tertentu. Manakala metafora ialah (Lin) pemakaian kata-kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan). Simile pula ialah perumpamaan yg secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda, dsb) dan yg lain, mis bodoh macam lembu. | Lain-lain | 19.06.2010 |
Salam sejahtera; Tuan; Bolehkah Tuan menjelaskan perbezaan antara membatang suku kata dengan sebutan sesuatu perkataan? Guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah sering menimbulkan kekeliruan antar dua perkara ini? Perkataan contoh: 1. cuit 2. piano 3. berada 4. mengandungi 5. memasuki 6. pengunjung 7. berkenalan 8. berasaskan Harap Tuan menjelaskan perkara di atas dengan sepuhnya di samping memberikan petua atau teknik untuk membatang suku kata dan menyebut perkataan. Sekian terima. | Membatang perkataan adalah dengan membatang suku kata. Atau dengan kata yang lebih mudah, untuk mengeja perkataan (membatang perkataan) adalah dengan memenggalkan perkataan mengikut suku kata perkataan berkenaan. Kaedah mengeja sesuatu kata adalah berdasarkan pemenggalan suku kata. Kaedah mengeja kata harus dibezakan dengan kaedah sebutan iaitu berdasarkan pemenggalan suku kata dan pemecahan suku kata. Keterangan lanjut terdapat dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) DBP, 2004. 1. cuit (cuit) 2. piano (pia.no) 3. berada (be.ra.da) 4. mengandungi (men.ngan.du.ngi) 5. memasuki (me.ma.su.ki) 6. pengunjung (pe.ngun.jung) 7. berkenalan (ber.ke.na.lan) 8. berasaskan (ber.a.sas.kan)/(be.ra.sas.kan) | Tatabahasa | 27.03.2013 |
1. Apakah beza antara tabu dan eufemisme? 2. Ciri-ciri tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 3. Fungsi tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 4. 10 contoh tabu dan eufemisme dalam konteks masyarakat hari ini. Terima kasih. | Tabu: 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan? Eufemisme: (éufémisme) ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb) utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air kecil utk kencing. Untuk persoalan lanjut mengenai kajian kedua-dua kata ini sila rujuk artikel, buku atau majalah yang berkaitan. Tiada entri dijumpai Cadangan dari Kamus BI-BM: euphemism eulogise defense eugenics defensive elegise euphemistic extremism feudalism peacetime surmise uterine utilise edgewise eulogist eulogize lifetime defeatism defective effective eufemismekata nama euphemism(Inggeris-Melayu) eufemisme Huraian: Ungkapan yang lebih halus dan manis digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan. (SAS) Bidang: DIDIK, SAS, PUISI Istilah lama: kias halus, ungkapan halus | Lain-lain | 20.07.2009 |