Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : biasanya, akibatnya: banyak minum air dingin ~ sakit perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sasarannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA INGIN MENGHANTAR KARYA... TAPI BAGAIMANASaudara boleh menghantar karya kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur, sekiranya karya saudara merupakan karya sastera, seperti novel, puisi atau kajian yang pembaca sasarannya orang dewasa.  Sekiranya pembaca sasarannya kanak-kanak atau remaja, saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.  Jika karya saudara karya ilmiah untuk bacaan umum saudara boleh menghantarnya kepada Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain17.03.2010
Apakah terjemahan Bahasa Inggeris yang sesuai untuk "surau"? Bolehkah "small mosque" digunakan? Sasarannya adalah mereka yang tidak faham konsep surau.Lihat pada konteks penggunaannya dan konsep binaannya. Jika dibina khusus sebuah surau, mungkin boleh digunakan istilah small mosque, namun jika hanya ruang di dalam bangunan lain seperti di kompleks beli-belah, maka perkataan pray room lebih sesuai digunakan.Penyemakan dan penterjemahan23.03.2015
saya ingin menghantar antologi cerpen untuk diterbitkan. bagaimanakah caranya? apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menghantar sebuah antologi cerpen?Saudara boleh menghantarnya kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur untuk karya yang pembaca sasarannya dewasa dan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur untuk karya yang pembaca sasaranya kanak-kanak dan remaja.Lain-lain24.07.2010
Perkataan "mengenai" tergolong dalam kata apa? Cth ayat: 1.Tembakan itu mengenai sasaran. 2. Datuk bercerita mengenai kehidupannya semasa kecil.Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.

Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut:
1. Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.
Tatabahasa19.10.2012
Apakah perbezaan antara ketepatan kata dan kesesuaian kata?

Mengikut Kamus Dewan, kata tepat bermaksud 1. betul (arahnya, tujuannya); 2. tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu); 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, jitu; 7. Tidak tirus, iaitu betul-betul 90 darjah.

Sesuai bermaksud 1. padan benar (keadaan, rupa), cocok benar: 2. berpadanan , berpatutan; 3. setimbal, seimbang, selaras:; 4. sepakat, sehati, setuju 5. serasi,cocok benar

Dari segi makna mengikut Kamus Dewan, ketepatan kata boleh membawa maksud kata yang patuh pada hukum tatabahasa bahasa Melayu, gramatis dan makna semantik, manakala kesesuaian kata ialah kata yang mengambil kira faktor pragmatik.
Istilah11.01.2015
Adakah kata boleh digolongkan ke dalam lebih daripada satu golongan kata ? Berdasarkan contoh kata 'mengenai' dalam ayat 1. Tembakan itu mengenai sasaran. 2. Nenek bercerita kepada kami mengenai kehidupannya semasa kecil.Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut:
1. Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.
2. Berita kematiannya dihebahkan melalui radio.
Tatabahasa18.09.2012
soalan peperiksaan ini berdasarkan gambar- seorang penjaga gol menjaga gawang daripada dibolosi . pemain bola daripada pasukan lawan dalam aksi menendang bola. ayat soalan begini- Pemain bola menendang bola ______ (kepada atau ke) penjaga gol. Mana satu yang paling tepat?Melihat kepada penerangan yang diberikan penggunaan kata sendi nama yang betul ialah 'kepada' kerana merujuk sasarannya 'penjaga gol'. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa13.03.2012
salam, saya ingin tahu syarat syarat sekiranya ingin menghantar karya untuk dinilai seterusnya diterbitkan oleh pihak dbp, terima kasih

Karya boleh boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.  Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), sekiranya pembaca sasarannya terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan remja.  Karya saudara hendaklah ditaip di atas kertas saiz A4, langkah dua baris.  Selain menghantar manuskrip bercetak (hardcopy) saudara juga perlu menghantar disket atau CD (softcopy) untuk memudahkan proses seterusnya.

Lain-lain31.12.2009
Tuan, Saya ingin bertanya tentang kata 'mengenai' yang berfungi sebagai kata sendi dan kata kerja. Adakah "mengenai" sama dengan kata sendi "tentang". Jadi akan ayat ini betul. Saya membaca buku mengenai sejarah Tanah Melayu. atau Saya membaca buku tentang sejarah Tanah Melayu.Mengenai - tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Contohnya, Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contohnya, Mereka berbincang mengenai masalah (tentang) negara.Tatabahasa06.02.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata 'mengenai' dalam ayat. Patutkah digantikan dengan perkataan lain atau boleh digunakan kata 'mengenai' itu. Ayat contoh: Mengenai bentuk tulisan Arab yang digunakan dalam penulisan al-Quran sehingga hari ini.......

Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.

Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut: "Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan".

Sehubungan dengan itu, sila kemukakan ayat yang lengkap supaya pihak kami dapat membantu membuat semakan.

 

 

 

 

Tatabahasa05.08.2019
123

Kembali ke atas