Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sasterawan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya memerlukan biodata Keris Mas dan T. Alias Taib.Sila rujuk bahan ini : 1.Sasterawan negara: Keris Mas Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001 2. The Memoirs of Keris Mas Shah Rezad Ibrahim Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2004 3. Keris Mas dalam Kenangan Tuk Aji Dewan Siswa 01/04/1992 . 5. Keris Mas Dewan Sastera 01/06/2005Lain-lain23.09.2007
senarai nama sasterawan negara keseluruhanSenarai nama Sasterawan Negara ialah: 1. 1981 - Keris Mas (Kamaludin Muhamad) 2. 1982 - Dato' Shahnon Ahmad 3. 1983 - Dato' (Dr.) Usman Awang 4. 1985 - Datuk (Dr.) A. Samad Said 5. 1987 - Arena Wati (Muhamad Abdul Biang) 6. 1991 - Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7. 1993 - Dato' Noordin Hassan 8. 1996 - Dato' Abdullah Hussain 9. 2003 - S. Othman Kelantan (Syed Othman Syed Omar)Lain-lain11.11.2007
Saya ingin mengetahui ciri - ciri sebuah sastera yang baik.Sebuah sastera yang baik, sila baca: 1. Karya sasterawan negara kerana karya-karya tersebut telah dianggap bermutu oleh ahli panel penilai. 2. Karya yang menang hadiah kerana karya tersebut telah melalui proses penilaian. 3. Karya dalam majalah kerana semua karya tersebut telah melalui proses penyuntingan oleh editor.Lain-lain22.11.2007
Penggunaan (banyak) dalam ayat no.1 dan 2 yang mana satu betul ? Mengapa ? 1.Sayur-sayuran (banyak) mengandungi vitamin C. 2.Sayur-sayuran mengandungi ( banyak ) vitamin C. Penggunaan kata pemeri dalam ayat berikut yang mana satu betul ? Mengapa? 3. Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Malaysia. 4. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia. 5. Usman Awang adalah sasterawan yang terkenal di Malaysia. 6.Usman Awang ialah sasterawan yang terkenal di Malaysia. 7. Mengedar dadah ialah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. 8. Mengedar dadah adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

Ayat yang betul ialah:

1. Sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin C. - yang banyak ialah vitamin C, bukan mengandungi

2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia. - kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama/frasa nama

3. Usman Awang ialah sasterawan yang terkenal di Malaysia. - kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama/frasa nama

4. Mengedar dadah adalah salah di sisi undang-undang. - kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif  

Tatabahasa05.05.2011
1)bagaimanakah ejaan "kongres" terhasil? 2)bilakah berlaku kongres bahasa dan persuratan melayu yang pertama? siapakah yang terlibat? dimanakah dan bilakah kongres itu berlangsung? apakah yang dibincangkan semasa kongres tersebut? 3)bagaimana pula dengan kongres kali kedua dan ketiga? seperti diatas.. 4)sekarang kali ke berapakah kongres diadakan? kali ke-7 atau ke-8? terima kasih
Kongres bermaksud mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu. Kongres (Bahasa) dan Persuratan Melayu I, diadakan di Special Hall, Sea View Hotel, Singapore, pada 12 dan 13 April 1952. Kongres ini anjurkan oleh persatuan yang menjadi kerabat Kongres, dipelopori oleh Angkatan Sasterawan ’50. Oleh sebab itu tujuan utama Kongres ini lebih kepada menjaga kepentingan ahli-ahli kerabat Kongres. Dengan demikian, Kongres memberi perhatian kepada pembentukan PIAGAM CONGRESS, yang kemudian-nya telah di-sahkan oleh Persidangan dan di-tandatangani oleh tiap2 ketua perwakilan yang hadhir bersidang hari ini. Tidak ada kertas kerja dibentangkan, tetapi tumpuan perbincangan berkisar pada isu-isu berikut: a. Perlunya ada usaha mempersatukan badan2 Persuratan Melayu di-Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara. b. Badan-badan ini menjadi pihak yang mengambil keputusan muktamad atas sebarang hal mengenai kemajuan bahasa dan persuratan Melayu. c. Adanya keperluan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli-ahli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut kongres sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan di pusat pengajian tinggi.
Lain-lain26.06.2008
tuan 1. ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan kepadanya tidak setimpal dengan kesalahannya. (kepadanya adalah salah..adakah ini betu? 2. bahagian hadapan rumah itu remuk apabila dirempuh oleh bas. ( tuan, bolehkah remuk digunakan ? kalau tak bboleh, apakah kosa kata yang sesuai dignakan?) 3. Majlis sebulat-bulat suara membuat keputusan untuk membantah cadangan kerajaan itu.( sebulat-bulat adalah salah..tuan, mengapa?) 4. mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. ( diputuskan adalah salah, tuan...mengapa?) 5. sasterawan itu tidak hadir ke majlis pemberian anugerah itu kerana dia sakit. ( tuan, pemberian adalah salah..mengapa?) 6. tuan.. terima kasih bersungguh-sungguh atas bantuan tuan kepada saya.

1. Ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kesalahannya. - ayat yang lengkap ialah ... dijatuhkan oleh hakim ... (ayat pasif kepada ... hakim menjatuhkan ...

2. Bahagian hadapan rumah itu roboh/rosak teruk/musnah apabila dirempuh oleh bas. - remuk bermaksud hancur berkecai seperti kaca 

3. Majlis sebulat suara membuat keputusan untuk membantah cadangan kerajaan itu. - bulat-bulat bermaksud berbentuk bulat  

4. Mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. - peraturan yang ditetapkan (bukan diputuskan) 

5. Sasterawan itu tidak hadir ke majlis penganugerahan itu kerana dia sakit. - penganugerahan bermaksud penyampaian atau pemberian anugerah, manakala pemberian bermaksud penyampaian hadiah (bukan anugerah)

Tatabahasa11.04.2011
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara.

 
Berikut ayat yang telah dipinda.

1. Ali yang  bersalah dalam pergaduhan itu.
2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali.
3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.
 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi.
5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji.
6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda.
7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara.

Tatabahasa19.07.2013
assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. saya ada 2 soalan. 1. adakah persoalan seperti perpaduan, kecemerlangan, kemiskinan dan kepincangan sosial dalam sajak boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan? kerana dalam kajian perbandingan terdapat peraturan2 tertentu untuk mengklasifasikan persoalan2 dalam sajak. 2. untuk menggunakan teori semiotik, boleh tak guna untuk gaya bahasa lain selain lambang?

Walaikummussalam,

Saudara,

1. Persoalan sedemikian boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan kerana karya sastera bukan hanya berkaitan ilham atau khayalan semata-mata malah sebagai cerminan  realiti kehidupan masyarakat dan persekitarannya dalam pelbagai sudut dan tafsiran. Sasterawan  melalui mekanisme seninya mampu mengangkat pelbagai permasalahan tentang kehidupan yang berlaku dalam masyarakat. Namun jika dalan kajian tersebut  memerlukan peraturan tertentu maka kebijaksanaan saudaralah  menentukannya berdasarkan kehendak kajian.

2. Saudara disarankan mendalami dan memahami dengan merujuk buku-buku berkaitan teori semantik.

sekian, terima kasih.  

Sastera26.01.2011
contoh-contoh Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera sekolah menengah.1.      Kehendak soalan ini kurang jelas. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan penanya, sebenarnya kajian yang berupa kritikan terhadap sesebuah karya akan menjadi lebih ilmiah jika ada penerapan sesebuah teori sastera. Contoh-contoh kajian yang menerapkan teori-teori sastera boleh diperoleh dalam prosiding atau kertas kajian hasil daripada Seminar Pemikiran Sasterawan Negara ataupun Program wacana Ilmu (Bicara Karya) yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, lihat kajian “Ekologi, Etika dan Bahasa dalam Puisi-puisi Usman Awang: Satu Kajian Eko” oleh Sohaimi Abdul Azizi dalam Prosiding Pemikiran SN Usman Awang, DBP, 2006. 

     2.  Intrinsik merupakan kajian yang lebih melihat unsur-unsur dalaman yang membina sesebuah karya iaitu kajian yang berbentuk formalistik yang     membincangkan tentang tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa.

Lain-lain15.10.2010
Saya adalah pelajar ijazah sarjana, ingin mendapatkan maklumat berkenaan pandangan ahli sarjana bahasa atau ahli sejarah atau sasterawan terhadap buku atau teks HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI dari sudut berikut: a). Sumbangan teks klasik ini kepada pengamal bahasa Melayu masa ini (genarasi sekarang). b). Penggunaan teks ini sebagai sampel kajian terhadap pengkaji bahasa khusus kepada kajian tatabahasa Melayu. c). Keperluan teks ini kepada kajian pada masa hadapan. Sekian terima kasih Ghans1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="Datagrid4" bordercolor="#e7e7ff">
Abdullah Munsyi dan Sastera CetakHashim Awang1&Kata=Seminar Sastera Cetak Abad ke-19">Seminar Sastera Cetak Abad ke-19KK 899.2309 Sem Terperinci
Menyingkap Tempurung Orang Melayu: Sejarah Melayu, Buku Teks dan Abdullah MunsyiPutten, Jan Van Der1&Kata=Seminar Sastera Cetak Abad ke-19">Seminar Sastera Cetak Abad ke-19

Andah boleh merujuk kertas kerja ini :

1. Abdullah Munsyi dan Sastera Cetak oleh Hashim Awang

2. Menyingkap Tempurung Orang Melayu : Sejarah MElayu,Buku TEks dan Abdullah Munsyi oleh Putten,Jan Van Der

' Seminar Sastera Cetak Abad ke 19'.

Saudara juga boleh merujuk dalam artikel majalah Dewan yang terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP

Lain-lain29.10.2008
12

Kembali ke atas