Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sat] | ست

Definisi : daun terup yg tertinggi nilainya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sat] | ست

Definisi : ark ukuran banyak beras dll; ~ besar sepuluh gantang; ~ kecil lima gantang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sat] | ست

Definisi : bp saat, sesaat, sekejap, sebentar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sat] | ست

Definisi : daun terup yg ditandai angka satu atau yg ditandai satu lambang saja dan mempunyai nilai yg tertinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sat (adjektif,)
Bahasa Asal :bahasa percakapan
Bersinonim dengan sesaat, sekejap, sebentar.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAT 13:06 Daus A'aily Daus Assalamualaikum. ..klu ade kje kosong utk part time. .mntk tlg infi kt sy...sy dtg bwk smua dokumen yg dprluknIklan jawatan kosong di DBP akan diiklankan melalui laman web kami dan akhbar harian utama berbahasa Melayu. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa.Lain-lain04.02.2017
SAT 20:34 Mike Bry Mike Hello ada jual tak Buku Teks Sejarah Tingkatan 4? Masih ada stok kt kedai buku DBP?Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476 atau Mohon rujuk Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501. Terima kasihLain-lain03.12.2016
Salam, sat gi yang bermaksud sebentar lagi boleh dijumpai di dalam Glosari Dialek Pulau Pinang. Saya ingin tahu jika perkataan "gi", singkatan bagi perkataan "lagi" boleh diterima? Terima kasih.
Singkatan  "gi" bagi perkataan  "lagi" boleh diterima dalam dialek Pulau Pinang. 
Lain-lain10.06.2020
Aizat Akmal SAT 12:25 asalamualaikum dbp. saya nak bertanya ttg kamus dewan online. adakah kamus tersebut mengalami sebarang masalah. hal ini kerana, lama tersebut tidak dapat di buka. masalah ini telah sekian lama berlaku. saya juga cuba buka melalui ejen pencarian lain selain google tp hasilnya ttp lah sama. mohon penjelasan.Aduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.Lain-lain11.03.2017
Nur Hidayah SAT 14:46 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya nak bertanya sesuatu. Di negara kita, siapakah penulis kreatif yang bukan dalam bidang penulisan selain drpada Nisah Harun, Shahkang dan sebagainya? Boleh saya dapat senarai penulis yang bukan dalam bidang karya penulisan kreatif ? TERIMA KASIHSalam, Untuk makluman, pihak kami tidak ada menyimpan sebarang data berkenaan perkara tersebut.Lain-lain11.03.2017
ID Nai SAT 13:16 ID Nai Nai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan ID Nai Nai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan Saya, Nur Asrina Idris, Mahasiswa Tahun 3 dari Universiti Brunei Darussalam dalam jurusan Komunikasi Profesional dan Media ingin mengetahui jika pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia ada menawarkan penempatan latihan praktikal industri (internship). Program latihan praktikal industri (internship) tersebut adalah salah satu program yang dikelolakan oleh Universiti Brunei Darussalam bagi pelajar Tahun 3. Program tersebut akan diadakan selama 14 minggu bermula bulan Februari/Mac 2017. Besarlah harapan saya jika pihak Tuan dapat memberikan jawapan dalam masa terdekat. Sekian, Terima kasih.Segala program yang berkaitan dengan latihan industri dan diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Ketua Bahagian Tuan Haji Abang Padeli bin Abang Muhi, e-mel apam@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479000/01/02.Lain-lain07.01.2017
Nur Uswah SAT 16:40 Nur Uswah Nur Assalamualaikum.. nk bertanya.. ada kerja freelancer utk menterjemah buku? Sy tiada pengalaman tetapi ingin mencuba.. buat permulaan mungkin buku kanak kanak..Untuk makluman puan, DBP tidak terlibat dengan penterjemahan kecuali yang diuruskan oleh pegawai dalaman sahaja.Lain-lain07.01.2017
Siti Hanum SAT 14:14 Siti Hanum Siti Assalamualaikum DBP, maaf mengganggu,saya Siti Hanum nak tanya, DPB ada keluarkan buku bahasa asing tak macam bahasa greek atau latin? terima kasihWaalaikumussalam, Untuk maklumat puan, DBP tidak ada menerbitkan buku bahasa Greek atau Latin. Terima kasih.Lain-lain26.11.2016
Cahaya Petunjuk SAT 20:14 Cahaya Petunjuk Cahaya Assalamualaikum dan salam sejahtera, Admin. Saya mahu bertanya. Apakah sumbangan DBP dalam perkamusan ? terima kasih.Waalaikumussalam, Puan, sumbangan DBP dalam perkamusan ialah menghasilkan kamus dalam bentuk bercetak dan digital. Kamus yang telah dihasilkan dalam bentuk bercetak terdiri daripada kamus ekabahsa dan kamus dwibahasa. KAMUS YANG DIUSAHAKAN OLEH BAHAGIAN PERKAMUSAN Kamus Ekabahasa 1. Kamus Dewan 2. Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar 3. Kamus Dewan (Ejaan Baru) 4. Kamus Rendah Dewan Bergambar 5. Kamus Dewan Edisi Baru 6. Kamus Kebalikan Dewan 7. Kamus Dewan Edisi Ketiga 8. Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua 9. Kamus Dewan Edisi Keempat 10.Kamus Pelajar Edisi Pertama 11.Kamus Pelajar Edisi Kedua 12.Kamus Saku Bahasa Melayu Dewan 13.Kamus Dewan Edisi Keempat 14.Kamus Pelajar Edisi Kedua Kamus Dwibahasa 1. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 2. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas 4. Kamus Perancis-Melayu 5. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Edisi Kedua 6. Kamus Thai-Melayu Dewan 7. Kamus Melayu-Inggeris Dewan 8. Kamus Tamil-Melayu Dewan 9. Kamus Cina-Melayu Dewan Kamus Istilah 1. Kamus Istilah Sains Am 2. Kamus Perhutanan 3. Kamus Biologi KBSM 4. Kamus Perakaunan 5. Kamus Hidrometeorologi 6. Kamus Mekanik Gunaan 7. Kamus Perubatan 8. Kamus Kimia KBSM 9. Kamus Ekologi 10.Kamus Fizik KBSM 11.Kamus Ekonomi 12.Kamus Komputer 13.Kamus Kewangan 14.Kamus Kejuruteraan Kimia 15.Kamus Pelaburan 16.Kamus Linguistik 17.Kamus Meteorologi Perhubungan 18.Kamus Matematik KBSM 19.Kamus Perbankan 20.Kamus Teknik Elektrik 21.Kamus Kejuruteraan Kimia Edisi Kedua 22.Kamus Kejuruteraan Polimer Hasil Berbentuk Elektronik yang diusahakan oleh pihak luar dengan menggunakan data kamus DBP 1. Dewan-Eja (Perisian komputer untuk menyemak ejaan Bahasa Melayu 2. E-Kamus (Cakera padat yang mengandungi Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Komputer 3. CD Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (Kamus Interaktif, ilustrasi, animasi, dan audio permainan) 4. Dewan Eja Pro - Kamus-kamus yang terdapat dalam PRPM (digital: 1. Kamus Dewan Edisi Keempat 2. Kamus Pelajar Edisi Kedua 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 4. Kamus-kamus lain.Lain-lain05.11.2016
Nurul Syuhada SAT 22:57 Nurul Syuhada Nurul Assalamualaikum, terima kasih kerana membaca mesej saya ini. Tujuan saya menulis ini adalah ingin mencari 2 buah buku terbitan DBP yang telah saya baca di zaman persekolahan saya dulu. Antologi cerpen itu begitu dekat dengan hati saya, dan kini, saya sangat rindu utk membacanya lagi. Saya amat berharap agar DBP dapat mempertemukan saya dengan buku berikut: 1. Antologi cerpen bertajuk Musim Penyesuaian 2. Antologi Cerpen Hawa. Saya amat berharap agar dapat membaca karya ini lagi. Terima kasih atas perhatian.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasihLain-lain01.10.2016
123

Kembali ke atas