1)Malaysia berjaya melancarkan dua buah satelit di angkasa leaps.(Adakah penggunaan (di) betul. 2)Satelit itu berada di ruang angkasa lepas.(betul) | Untuk ayat (1), jawapan yang lebih tepat ialah "ke" dan bukan "di". Malaysia Berjaya melancarkan dua buah satelit ke angkasa lepas. Untuk ayat (2), penggunaan sendi "di" adalah betul. Satelit itu berada di ruang angkasa lepas. | Tatabahasa | 07.09.2016 |
Assalamualaikum wrt. wbt. ang manakah lebih tepat untuk digunakan dalam prosedur permohonan data remote sensing : i) Nyata sebab-sebab imej satelit berkenaan diperlukan atau ii) Nyatakan kenapa imej satelit berkenaan diperlukan. Terima kasih. | Ayat yang paling tepat ialah "Nyatakan sebab-sebab imej satelit berkenaan diperlukan". | Tatabahasa | 23.05.2011 |
Apakah konsep 'core and satellite' dalam bahasa melayu? | Kami cadangkan frasa tersebut diterjemahkan kepada teras dan satelit. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.04.2014 |
Penggunaan perkataan diperoleh atau diperolehi dan ditentusah atau ditentusahkan dalam : Data primer yang diperoleh/diperolehi daripada analisis imej satelit remote sensing ditentusah/ditentusahkan menggunakan kaedah lazim di lapangan. Terima kasih. | Yang betulnya ialah diperoleh. Ditentusahkan dalam ayat tersebut kurang tepat. Cadangan kami ialah disahkan. Dalam ayat tersebut juga, perkataan Inggeris hendaklah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau ejaannya disengetkan. | Tatabahasa | 12.01.2009 |
Tuan, bulan hanya satu, kenapa dia bukan kata nama khas ? sekian, terima kasih! Lim | Bulan mempunyai banyak makna yang menyebabkan ia bukan dalam golongan kata nama khas. Bulan bukan sahaja satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan bersinar pada waktu malam oleh cahaya yang dibalikkan dari matahari tetapi mempunyai banyak makna yang lain. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bulan untuk makna bulan yang lain. | Tatabahasa | 13.01.2013 |
Saya ingin tahu istilah yang digubal oleh pihak DBP bagi set-top box. Terima kasih | Untuk makluman, dalam pangkalan data kami terdapat dua padanan bahasa Melayu, iaitu kotak atas set dan kotak set atas. Huraian untuk kedua-dua istilah itu adalah seperti yang berikut: kotak atas set - Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet. kotak set-atas - Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya. | Istilah | 06.08.2014 |
Saya ada dua pertanyaan: i)Boleh saya tahu mengapa set-top box diterjemahkan sebagai kotak atas set dan bukan kotak set atas? ii) Apakah terjemahan yang sebaiknya bagi "TV point" atau "cable TV point"? Terima kasih | Dalam data kami, terdapat dua padanan bagi istilah tersebut, iaitu -top box | kotak set-atas | Teknologi Maklumat | Tiada | Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya. | set-top box | kotak atas set | Teknologi Maklumat | Tiada | Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet. | Kedua-dua istilah tersebut digunakan bagi konsep yang berbeza. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=set+atas dan boleh menghubungi Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.08.2014 |