Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.tu] | ساتو

Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan bagi pecahan dieja rapat atau jarak? Contohnya, satu perdua atau satu per dua?Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.Ejaan28.10.2018
Satu per satu ATAU Satu persatu? Satu persepuluh ATAU Satu per sepuluh?Cara penulisan yang betul ialah "satu per satu" yang bermaksud "satu demi satu"
Cara penulisan yang betul ialah "satu persepuluh" yang bermaksud "satu daripada sepuluh"
Tatabahasa15.11.2017
Pecahan: satu per dua ATAU satu perdua? satu per sepuluh ATAU satu persepuluh?Ejaan yang betul ialah satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima, satu persepuluh  bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian dan seterusnya.
Ejaan20.11.2017
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. Sila rujuk pada lampiran fail untuk contoh. *Ini lima jari saya. *Satu, satu, jari saya ada apa? *Satu, satu, jari kamu ada rusa. *Dua, dua, jari saya ada apa? *Dua, dua, jari kamu ada kuda. *Tiga, tiga, jari saya ada apa? *Tiga, tiga, jari kamu ada nuri. *Empat, empat, jari saya ada apa? *Empat, empat, jari kamu ada kura-kura. *Lima, lima, jari saya ada apa? *Lima, lima, jari kamu ada rama-rama. *Satu, dua, tiga, empat, lima. *Ini lima jari saya.Jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP.Lain-lain27.12.2016
Tajuk Soal: "Di satu pihak" atau "Pada satu pihak"? Selamat petang tuan DBP. Saya kurang pasti akan pemilihan antara dua frasa, "di satu pihak" atau "pada satu pihak". Satu ayat misal saya nukilkan daripada buku Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (2000) oleh Awang Sariyan: (1) Ertinya saya tidak menitikberatkan soal wujudnya golongan pengguna bahasa Melayu tinggi yang sekali gus membayangkan kelas menegah atau atasan di satu pihak dan golongan pengguna bahasa Melayu rendah yang terdiri daripada kelas bawahan di satu pihak. Adakah frasa "di satu pihak" tepat akan peraturan kata sendi? Setahu saya, kata sendi "di" digunakan untuk menunjukkan tempat sesuatu benda atau orang berada. Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa "pada satu pihak" lebih ghalib digunakan orang marcapada, tetapi apakah rasional atau dasar di balik penggunaan itu? Penggunaan tersebut bersandarkan peraturan apa? Minta tuan tafsir soal ini.Penggunaan yang betul ialah pada satu pihak. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu serta sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa14.08.2016
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.a)Satu kilogram setengah ATAU satu setengah kilogram? b)Satu jam setengah ATAU satu setengah jam? c)Satu meter setengah ATAU satu setengah meter? 2.a)Lagenda ATAU legenda? Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk mengganggu.Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. satu setengah kilogram ii. satu setengah jam iii. satu setengah meter. Ejaan yang betul ialah legenda.Lain-lain19.03.2019
1. Bolehkah kita memulakan ayat atau satu-satu perenggan dengan "Untuk" ? 2. Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke mulutnya terasa __________ . ( pahit atau tawar ). Tolong jelaskan sebabnya.
i.  Menurut data kami, perkataan "untuk" boleh berada di pangkal ayat. Sebagai contoh, "Untuk makluman ....."
ii. Perkataan "pahit" bermaksud 1 (be)rasa tidak sedap seperti rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yang ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yang berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yang tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. Manakala perkataan "tawar" ialah 1 tidak ada rasa (bukan makanan, minuman dan sebagainya); tidak cukup manis, masin dan sebagainya; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bukan air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bukan ubat dan sebagainya); sudah hilang kekuatannya (bukan bisa atau racun). Oleh itu, berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, perkataan yang sesuai ialah "pahit".
Lain-lain28.06.2016
Apakah beza antara 'suatu' dan 'sesuatu'? Terima kasih.

Suatu ialah hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi;

Sesuatu pula ialah perkara (hal, barang, dll) yang kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; 

Makna17.10.2016
Apakah perbezaan penggunaan istilah "Majlis "dan "Persatuan" ?Kekeliruan ini timbul sekiranya ingin mewujudkan satu-satu organisasi di peringkat daerah ? Contoh, Majlis Guru-Guru Besar atau Persatuan Guru-guru Besar .Majlis bermaksud badan yang dilantik atau dipilih, yang mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat, manakala persatuan bermaksud kumpulan beberapa orang, pasukan dan sebagainya yang mempunyai tujuan yang sama. Organisasi yang melibatkan kuasa pentadbiran kebiasaaannya dinamakan majlis.Penyemakan dan penterjemahan04.03.2020
Apakah padanan yang sesuai untuk 'twist ending'? Terima kasihPadanan satu-satu istilah sangat bergantung pada konteks penggunaan dalam bidang khusus. Soalan anda tidak menyatakan konteks penggunaan istilah ‘'twist ending' dan bidang penggunaan.  Dalam data kami, makna keenam twist ialah corak nada.
Contoh penggunaan dalam ayat adalah:  The story has a humorous twist at the end.  Terjemahan: cerita itu mempunyai corak nada yang melucukan pada bahagian akhirnya. 

Sekiranya, padanan makna ini tidak menepati makna yang anda perlukan, mohon berikan ayat contoh dalam bidang penggunaan yang anda perlukan.
Makna28.09.2017
12345678910...

Kembali ke atas